1 | Cari pasalll

266 16 6
                                    


"Kau cakap apa tadi? Aku tak dengarlah! Tak payahlah cakap perlahan-lahan!" kata Azlin, dingin . "Se.. sebenarnya... A... Aku.. Aku sukakan kau !" kata lelaki yang berwajah kacak itu dengan tergagap - gagap.
"A..Apa?!!!"

*****


"Ehhh mak kau comel! " Mariam yang dari tadi memanggil Lin untuk bangun, melatah akibat jeritan dan aksi bangun mengejut dari anaknya itu. Pantas dia beristighfar.

"Lin.. Lin mengigau apa , Sampai terjerit macam ni?" setelah beberapa minit beristighfar, akhirnya terpacul jua soalan itu dari mulut Mariam.

Lin tersentak daripada lamunan. Turun naik dadanya apabila emaknya tiba- tiba sahaja berada di tepi katilnya. Tangan kanannya mula mengurut dada . Tidak pula dia perasan bahawa emaknya sejak tadi, duduk di tepi katilnya itu. Cecair jernih perlahan-lahan turun dari dahinya .

"Maafkan Lin mak, Lin tak sengaja" Lin tergeleng sendiri. Dia masih tidak menjawab soalan yang diberikan oleh Mariam.

Namun, Mariam membiarkan sahaja soalannya tidak terjawab. Mungkin lin tidak bersedia lagi nak kongsi apa yang dia mimpi tadi? Fikir Mariam.

"Dah setengah jam mak kejut Lin. Tapi, Lin tak bangun pun"

"Lahhh yeke? Astaghfiruallahal a'zim.Sekarang pukul berapa mak?"

Belum sempat mariam ingin mengambil telefon anak nya, Lin terlebih dahulu
mencapai telefon pintarnya di atas meja bersebelahan dengan katilnya.

"Alamak, Dah lambat! Mak , Lin siap dulu ya, dah lambat sangat ni nak ke sekolah!"

"Hrm. Baiklah" jawab mariam ringkas. Tergelak kecil dia melihat gelagat anaknya itu. Dia bangun dan bergegas ke dapur untuk menyiapkan bekalan anaknya.

Lin juga turut bergegas ke bilik air untuk bersiap siap kesekolah.

Oh ye! Sebelum terlupa. Memperkenalkan, Nama aku , Nur Azlin Humairah Binti Faiq Aimal. Boleh panggil aku Lin atau Azlin . Aku berumur 17 tahun. Aku mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki. Aku anak kedua. Aku mempunyai tiga orang sahabat iaitu, Anis Zulaikha , Ain Sakinah dan Mawar Suraya . Aku adalah seorang gadis yang periang dan manja! Cuma luaran sahaja yang nampak kasar. Siapa yang baik dengan aku, aku baiklah dengan dia! Kalau tidak, jangan haraplah!

"Azlin, cepat sikit!" jerit ayahnya yang sedang menunggunya di ruang tamu. Lin yang sedang termenung sambil menyikat rambutnya itu, terhenti dari lamunan.



*****

Sebuah kereta alphard milik Tengku Ahmad Shah, terparkir di sebuah sekolah menengah itu menarik perhatian para gadis serta wanita yang berada di sekolah tersebut.

Sementara itu,
Sampai sahaja di sekolah, Azlin terus bersalaman dengan emak dan ayahnya yang berada di seat hadapan.

"Assalamualaikum ayah, Assalamualaikum, mak" pantas dia keluar dari kereta itu untuk meluru masuk ke dalam kelas.

Budak yang baru keluar dari kereta alphard yang berwarna hitam itu pula ialah Tengku Haris Fahmi. Dia anak kepada Tengku Ahmad Shah dan Datin Maya Arissa. Dia sebaya dengan aku. Dia tu menjengkelkan. Dahlah sombong! Berlagak macho pulak tu. Ingat apa? Tertarik sangat ke aku kat dia?

Heh. Langsung tak, ok? Tapi mungkin dari sudut hati dia baik. Ishh tak mungkinlah! Eh. eh. eh. Kau ni Azlin! Melebih lebih pulak dah kenapa?

Kalau nak tahu, dialah musuh ketat aku dekat sekolah ni. Setiap hari akan ada je benda yang kitorg akan bertengkar. Entahlah kenapa kitorg setiap hari bertengkar. Mesti ade jelah benda yang tak kena!
Itu semua bermula dari form 1 lagi. Dasar mamat poyo ngak ada akhlak!

Tengku Itu Suamiku! - HIATUSWhere stories live. Discover now