17 | Genting

50 4 0
                                    


      BARU sahaja Azlin hendak keluar dari tandas, Alice menghadirkan dirinya di hadapan Azlin bersama dua orang sahabatnya, iaitu Luna dan Aila.

"Kau nak apa? Tiba - tiba datang jumpa aku?" Soal Lin. Mukanya cemberut. Dah kenapa pula minah ni datang jumpa aku? Aku bukannya ada cari gaduh pun dengan dia. Dekat tandas pula tu!

"Kau rasa sebab apa?" Soal Aila pula. Azlin hanya menjongket bahu tanda tidak tahu. Mukanya pula berkerut. Aduh minah senget ni! Kacau je masa aku!

"Kalau kau nak cakap, cepat sikit lah ! Buang masa aku je! " Bentak Azlin.

Alice menarik tudung Azlin dari belakang apabila Azlin berani membentak dirinya. Dia 'Queen' okey dekat sekolah ni? Tak da siapa boleh lawan dia!

"Eh, apa masalah kau ni?!" Kini giliran Azlin merentap tudung Alice.

Luna dan Aila bertindak menarik tubuh Lin menjauhi Alice untuk meleraikan pergaduhan mereka. Mereka menolak Azlin ke belakang kantin sekolah. Tidak mahu orang lain melihat kerja mereka yang satu itu. Kantin, Kawasan yang agak terpencil dan berhutan. Orang kantin pula sudah lama pulang.

"Apa masalah kau orang, hah? Buat aku macam ni?!" Meronta - ronta Azlin minta dilepaskan.

"Kau kata apa masalah kita orang? Kau tu yang bermasalah!" Jerkah Alice.

"Aku tak faham. Maksud kau?"

Alice menampar wajah bersih Lin. "Kau ni memang buat tak tahu kan? " soal Alice berang. Azlin ketawa. Dia meludah air liurnya ke wajah Alice.

Alice naik loya. Pantas dia mengesat air liur Azlin yang melekat di pipinya. Terpaksa menahan loyanya.

"Euwww. Ergh!"

"Berani, kau! " Tangan naik menampar lagi wajah perempuan di hadapannya. Azlin terteleng ke kiri. Azlin menjerit kesakitan. Pipinya kemerahan akibat menerima tamparan yang agak kuat daripada kumpulan perempuan gedik itu.

"Sakit tak, sayang? Ni baru sikit tau aku bagi kau. Ni, baru warning aku. Kau jangan dekat lagi dengan Haris! Kalau kau dekat lagi dengan dia, aku takkan teragak - agak nak kacau kau lagi!" Ujar Alice penuh amaran. Matanya menjegil iris mata milik Azlin.

Azlin tersenyum sinis.

"Kau ingat, Haris suka kau ke? Nonsense! Dia takkan sukalah dengan perempuan macam kau ni! Walaupun kau jauhkan dia dengan semua perempuan pun! " Jerkah Azlin. Amik ni! Serangan dari aku! Walaupun hanya mulut. Hoho!

"Diamlah perempuan! Aku akan pastikan dia jadi milik aku sampai bila - bila!"

Kali ini, Azlin menggunakan segala tenaganya untuk melepaskan diri.

"Kau takkan boleh lepas, Azlin!" Ujar Aila. Sedaya upaya menahan rontaan Azlin.

Alice hilang pertimbangan. Dia mengambil kayu selebar 5 inci yang berdekatan . Walaupun sedikit berat, dia tetap cuba untuk mengangkat kayu itu.

"Alice! Kau nak buat apa?!" Soal Luna cemas.

Sebelum sempat Luna merampas kayu daripada pegangan Alice, Alice sudah pun menghayunkan kayu tepat mengena kepala Azlin. Mata Azlin perlahan - lahan tertutup. Dia rebah di atas lantai.

Luna terperanjat dengan tindakan mengejut Alice. Sejujurnya, tindakan itu tiada  dalam perancangan mereka!

"Alice, apa kau dah buat,ni?" Soal Aila cemas. Jari sudah digigit.

Alice hanya diam. Dia kaku. Dia sendiri tidak percaya bahawa dia yang lakukan semua itu. Sungguh tindakan itu memang tidak disengajakan  dan dikawal emosi. Malah, tiada dalam perancangan mereka.

"Dah, baik kita lari cepat. Kita balik rumah! Lagi pun   dah habis waktu sekolah pun!" Gesa Luna. Mereka semua berlari meninggalkan Azlin yang tidak sedarkan diri.




HARAP BAB KALI NI MEMUASKAN HATI KORANG SEMUA. APA - APA PUN, COMMENT AND VOTE TAU! JANGAN LUPA!

Tengku Itu Suamiku! - HIATUSWhere stories live. Discover now