10 | Pervert!

109 8 1
                                    



            Azlin berjalan keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap.

Dia berjalan mendekati Haris yang sedang lena diulit mimpi di atas katil.

"Oii. Bangun. Pergi mandilah. Haris. Cepatlah. " Kejutnya sambil menggoyang goyangkan bahu Haris.

"Nak apa? Aku nak tidurlah. Jangan kacau!" Mata masih terpejam. Hanya mulut sahaja yang bergerak. Eeee mamat ni!

"Eiii cepatlah pergi mandi! Kau dahlah busuk. Malam ni, kau kena tidur bawah. Hah, jangan lupa--- " Haris terus menarik Azlin ke dalam dakapannya.

"Jangan membebel boleh tak?" ujarnya lagi.

"Weyh! Apa kau buat ni? Pergi mandilah!"Azlin cuba melepaskan diri tapi malangnya Haris mengetatkan lagi pelukannya.

"Lepaskan akulah! Kau tu tengah tidur. Kau tak sedar kau tengah peluk siapa sekarang ni!" Azlin meronta-ronta lagi.

"Diamlah! Kejap lagilah aku mandi. Kau diam sekejap boleh tak?"

"Tak na--"

Cupp!

Mata Azlin membulat. Pipi mula merona merah. Hari ni dah dua kali dia cium dahi aku! Dia terdiam seketika.

"Tahu pun senyap. Dah pergi sanalah. Aku nak mandi." Haris meleraikan pelukan kemudian dia bangun mengambil tualanya lalu terus menapak masuk ke dalam bilik air.

Azlin masih lagi terkedu dengan perlakuan Haris sebentar tadi. Dia memegang dahinya yang dikucup tadi.

Diimbas kembali apa yang berlaku tadi. Dia tersenyum sendiri. Eh, wait wait. Dia tergeleng kepala sendiri. Kenapa dengan aku ni? Kenapa tersenyum ni? 

Dia kemudiannya mengambil bantalnya lalu ditekup ke muka dan menjerit kecil. Auwwwww , malunyaa!




*****



Lama tubuh dibaringkan diatas katil namun tidak terasa mengantuk langsung sejak tadi. Mata masih 'segar' lagi.

Krek...krek..

Pintu bilik air dikuak perlahan. Alamak, Haris nak keluar dari bilik air!

Terus aku menarik selimut sehingga ke paras bahu . Diiringkan tidur ke kanan. Mata dikatup rapat.

Haris menapak ke closet dengan tuala yang masih terlilit di pinggang. Rambut yang basah di keringkan menggunakan sehelai tuala kecil yang tersangkut di lehernya.Disarungkan baju tidur ke tubuh.

Setelah itu, dia menghempas tubuh ke atas katil. Tubuh dirapatkan ke isterinya yang sedang berpura-pura tidur.

"Kau tak payahlah berlakon pura- pura tidur. Aku tahu kau belum tidur lagi. Tak payahlah nak tipu aku." ujar Haris. Lin pula kaku. Tidak bergerak. Mata masih lagi terpejam rapat.

"Azlin.... " panggil Haris meleret dengan suara menggoda. Dia kenapa weyhh?  Azlin masih lagi tidak berganjak dari tempatnya.

'Oh, tak nak mengaku ya.. kejap.. aku bagi kau auto bangun.' getus hatinya. Senyuman sinis diukir.

Dia mendekatkan lagi dirinya dengan Lin. Hanya beberapa inci sahaja ruang di antara mereka.

Dahi Lin berkerut. Aduh, mamat ni dah kenapa? Asal gatal pulak malam ni? Takut!Tak pe Lin. Keraskan je badan kau seolah-olah kau tidur. Chaiyok! Dia cuba menyedapkan hatinya sendiri.

Tengku Itu Suamiku! - HIATUSTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon