23 |

46 1 0
                                    


AZLIN duduk berteleku di meja bulat yang berada di dalam perpustakaan. Buku yang diambil tadi tidak pula dibaca. Dia hanya merenung buku itu bagai nak tembus dah.

Sudah tiga bulan berlalu. Sejak kes Azlin dibuli, Cikgu Faris yang memegang jawatan sebagai guru disiplin di sekolah, tidak lekang mengingatkan semua murid akan hukuman bagi mereka yang membuli.

Hasil daripada kes tersebut, pihak sekolah berjaya membuka ke semua kesalahan yang pernah dilakukan oleh geng Divassgirl. Sebagai denda, ahli - ahli kumpulan Divassgirl telah pun di buang sekolah.

Sepanjang kes itu, dia tidak habis - habis keluar masuk ke bilik cikgu Faris untuk di soal - siasat. Betul - betul macam orang yang dekat mahkamah tu! Dia terlalu penat dan letih ingin bersoal jawab sepanjang kes itu diselesaikan.

            BUM!

"Oh mak cik bawang sesat dalam hutan. Eh, Eh . Astagfirullah. Anis!"

"Shhh. Tolong diam. " Pengawas pusat sumber itu memberi amaran.

Azlin dipandang. Dia ketawa mengejek namun masih dalam mood senyap. sambil itu, dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah Azlin. Azlin menjegil kan mata.

"Rilekslah weyh. Jangan marah - marah. Nanti cepat tua lepastu suami kau tak nak dah kat kau."

Habis Anis melontarkan ayat , terus dia mencubit peha Anis. Anis mengaduh kesakitan.

"Hah, sebutlah lagi 'suami' tu. Auto kau kena cubit dengan aku. Kita dahlah dekat tempat umum."

"Umum apanya. Bukannya ramai pun dekat sini. Cakap pun senyap senyap. Kalau boleh, kena bisik barulah dinamakan library" Azlin mengangkat muka memandang sekeliling. Ini dia kata sikit? Dia menyiku lengan Anis.

" Banyak lah kau punya sikit. Kau tengok dekat meja sebelah kita pun ada orang. Ni dah lebih 15 orang dalam ni!"

"Shhh. Tolong diam." Pengawas pusat sumber itu memberi amaran yang kedua.

"Tengok, dah kena marah! Kau lah ni!"

"Eh, aku pula yang kena." Rungut Anis. Cis, dia yang marah orang, orang yang kena.

"Malas lah layan kau. Lagi baik aku baca buku ni." Buku cerita yang nipis itu ditayang di hadapan Anis.

"Pmft.."

"Asal kau gelak? Nak gaduh?" Ketawa yang ditahan tadi terhambur juga.

"Hahaha. Sang puteri dengan kapaknya. Kau ni, dah tua bangka pun baca cerita dongeng yang entah apa - apa ni. SPM dah nak dekat dah.. bla...bla...bla..."Hrm, dah mula dah minah ni membebel. Dia hanya buat tidak endah.

"Kau dengar ke tak aku cakap ni?" Soal Anis.

"Ye, dengar. Dengar. Dah - dah. Shhh shhh. Cukup - cukuplah dengan bebelan kau tu. Simpan jelah nanti nasihat kat orang lain. Aku nak membaca ni."

"Yelah." Pasrah dengan Azlin, dia pula mencari buku dongeng seperti buku yang Azlin baca.

Almaklumlah, buku tu bersiri. Banyak pula tu! Tak rugi betul cari. hehe.





********




"Saya akan bahagikan setiap kumpulan dua orang untuk awak semua. Saya akan bagikan nama ahli kumpulan secara rawak. Jadi, dengar baik - baik nama ahli kumpulan masing - masing. Nanti jangan nak terkial - kial pula jumpa saya tanya nama ahli kumpulan awak ye." Ujar cikgu Yana.

Siapa tak kenal cikgu Yana. Cikgu perempuan yang paling garang di sekolah itu. Nasiblah siapa yang belajar dengan dia.

".....Grup ke 11, Azlin Humairah dengan Irfan Danial, Grup ke 12, Adam Hariez dengan Sarah Qasdina, and last one, grup ke 13, Tengku Haris Fahmi dengan Durrah Fatiha"

"Saya ingatkan awak semua balik, tempoh tugas ni saya bagi dua minggu. Tugas ini sangat penting untuk markah pbd serta akan diambil kira dalam UD2 which is percubaan SPM. Jadi, tolong buat tugasan ini dengan sebaiknya. Jangan buat sambil lewa je." Sambung cikgu Yana.

"Okey, itu sahaja dari saya. Boleh bersurai." Selepas ucapan terima kasih diberi, masing - masing mula keluar dari makmal ICT itu lalu bergerak ke kelas mereka.

Sesampai sahaja Azlin di kelas, Anis terus memanggilnya.

"Kenapa?" Keningnya berkerut.

"Nanti waktu balik Irfan nak jumpa kau. Dia kata nak tanya pasal kerja kumpulan tadi." Azlin hanya mengangguk sambil menayang tangannya yang berbentuk 'good' (👍)







................






Selesai saja solat zuhur, dia membuka telekung lalu terus menghempaskan tubuh ke atas katil empuk miliknya.

Ting! Ting!

Nada dering telefonnya berbunyi. Lalu terus dia mencapai telefonnya.

Whatsapp
2 Messages

Laju saja tangan menekan mesej tersebut.

011677****

Assalamualaikum
Ni Nombor Azlin kan?

Waalaikumsalam . Ye . Siapa ni?

Irfan Danial
Asal kau tak datang jumpa aku tadi
Kat sekolah?

Typing....

Azlin berjeda seketika tangannya naik menepuk dahi. Haahlah, lupa! Laju tangannya menaip.

Sorry weyh. Lupa tadi
Sorry sangat.

Sokay. Tak pe. So, petang ni. Boleh?

Petang ni? Kenapa dengan petang ni?

Jumpa? Bincang pasal projek tu.

Nanti aku bagi tahu balik

Azlin menutup telefon selepas itu, dia terus berfikir panjang.

Petang ni, tak de apa - apa. Boleh kot. Eh tapi....


"MAK"

"Habiskan dulu makanan dalam mulut tu." Tegur Mariam yang sedang menyediakan sedikit juadah pada petang itu.

" Mak, pukul 5 nanti Azlin nak keluar pergi Cafe Didi kejap nak discuss kerja sekolah dengan kawan. Boleh tak?"

"Tanya Haris."







Hrmmm ok tak dengan bab ni? Nantikan bab yang seterusnya tau!

>>> nak vote boleh? Thank you❤️

Tengku Itu Suamiku! - HIATUSWhere stories live. Discover now