24

58 2 0
                                    





"Mak."

"Habiskan dulu makanan dalam mulut tu." Tegur Mariam yang sedang menyediakan sedikit juadah pada petang itu.

" Mak, pukul 5 nanti Azlin nak keluar pergi Cafe Didi kejap nak discuss kerja sekolah dengan kawan. Boleh tak?" Soal Azlin sesudah menghabiskan kunyahannya di dalam mulut tadi.

Mariam mengerling jam di dinding. Jam 4.55
"Hrm, tanya lah Haris" putus Mariam. Hampir terlupa anaknya itu sudah pun berkahwin.

Azlin mendengus. Kenapa eh, semua kena tanya dia? Hesh. Pasrah jelah.

"Hah, tupun Haris."

"Kenapa mak?"

"Azlin ni ha." Azlin dipandang. Kemudian dia menjongketkan kening tanda ingin tahu.

"Aku. Eh Saya nak keluar pergi Cafe Didi. Nak bincang kerja kumpulan dengan Irfan. Boleh tak?" Haris berjeda memikir seketika.

"Boleh" Azlin menghembus nafas lega. Kemudian pisang goreng disuap kembali ke dalam mulut.

"Tapi dengan syarat aku ikut." Hampir tercekik Azlin ketika itu. Dia terbatuk - batuk kecil. Mariam yang baru sahaja ingin duduk di kerusi, terus sahaja mendapatkan Azlin lalu menepuk kuat di bahagian belakang Azlin. Air disua.

" Azlin, kan mak kata jangan makan sambil bercakap." Dahi Azlin berkerut. Sejak bila pula aku makan sambil bercakap ni?

Sesudah air diteguk, laju sahaja aku menjawab.

"Mana ada mak. Haris tu yang buat orang terperanjat." Haris dipandang sekilas. Dilihatnya Haris sedang tersenyum mengejek. Terus saja dia mengerling suaminya itu.

"Yelah tu. Biarlah dia nak ikut sekalipun." Bela Mariam.

Hish mak ni! Selalu bela si Haris tu dari anak sendiri.






............





Shawl yang tersangkut di kepala hampir saja berterbangan akibat ditiup angin. Terus saja dililit kembali shawl tersebut

"Asal lah harini kau buat hal?" Beberapa kali dililit, tetap juga terbarai.

Kini, pin yang tadi terlekat di kepala hilang pula. Akhirnya, shawl tersebut hanya diselempangkan saja ke atas bahu kiri dan kanan.

Masuk saja ke Cafe Didi, seorang lelaki mengangkat tangan melambai - lambai ke arahnya. Laju saja kaki melangkah ke arah  lelaki itu.

"Lama ke tunggu aku?" Soal Azlin sambil menarik kerusi ke belakang untuk duduk. Lelaki itu hanya menggeleng.

"Tak delah. Aku pun baru je sampai." Katanya. Seketika, lelaki itu memanggil pelayan kafe untuk memesan makanan.

"Bagi saya jus oren. Kau nak minum apa?" Azlin berjeda seketika.

"Hrm.. mocha coffee lah. Dah lama tak minum."

"Kau datang dengan siapa?" Soalnya membuka perbualan setelah lama berdiam.

"Err, orang hantar" jawab Azlin kemudian perbualan mereka masuk ke tajuk perbincangan iaitu kerja kumpulan.

Masing - masing mengeluarkan idea yang tersendiri. Laptop yang belum dihidup terus dihidupkan lalu mereka mula membuat kerja mereka.

"Oklah, dah petang ni. Kita tangguh dulu kerja ni. Kita sambung hari lain." Kata Irfan setelah jam berjenama rolex ditangannya ditilik.

"Hrm, yelah. Nanti apa - apa kau chat je aku." Meja kafe dikemas. Laptop dimatikan lalu air yang berbaki dihirup. Masing - masing meminta diri pulang ke rumah.




******





Beg komputer diletakkan ke atas meja belajar sebelum tubuh dihenyakkan ke atas katil. Hari yang memenatkan. Jam menunjukkan pukul 6.15 petang.

"Hrm baguslah tu balik je rumah terus tidur. Bukannya nak mandi dulu."

Baru sahaja Azlin ingin melelapkan mata, Haris memerli. Aduh, kacau daun betul lah mamat ni.

Tanpa menghiraukan Haris, dia kembali melelapkan mata. Penat woo menghadap laptop lama - lama.

"Ye, memang aku ni bercakap dengan tunggul. Pergi lah mandi. Kau tu dahlah busuk habis berbau bilik ni"

Fuh, cakap tu memang tak boleh nak pedas lagi! Azlin bingkas bangun dengan wajah ketatnya. Dia mencapai tuala lalu terus masuk ke dalam tandas. Pintu tandas di hempas tanda protes.

"Hah! Hempas lagi! Hempas kuat kuat. Biar tercabut pintu tu. Lagi senang aku nak intai!"

"Ish, diam!" Jerit Lin. Menyakitkan hati betullah mamat ni! Kalau sehari tu tak sakitkan hati tak sah! Ada je benda tak kena!







HRM DAH LAMA AUTHOR TAK UPDATE! SORRY YANG TERAMAT SANGAT. JALAN CERITA PUN MACAM MEREPEK JE. KORANG OKEY KER? BTW VOTE LER!

Tengku Itu Suamiku! - HIATUSWhere stories live. Discover now