14 | 😡😡😡

79 9 0
                                    


"Anis. Bagi aku cakap dengan Lin. Sekejap je. Please." rayu Haris. Dah 10 kali dia merayu. Tetapi tidak dilayan.

"Ish. Yelah - yelah. Aku bagi kau masa 10 minit je. Cepat - cepat. Aku nak balik rumah ni." Anis menampar lembut bibirnya.

Tolonglah, janganlah kau cepat tangkap apa yang aku dah cakap tadi. Eii mulut ni kan, selalu terlepas cakap.

"Kau nak balik rumah? Kenapa tunggu dia? Ke.. dia duduk rumah kau?" berdas - das soalan yang ditujukan Haris.

"Hah? Err... errr--"

"Anis jom. Kenapa kau layan mamat ni? " soal Azlin. Entah dari mana datangnya tiba tiba kat sini pula.

Fuh, nasib Azlin ada., Getus Anis

"Aku bagi kau 10 minit cakap dengan dia" Azlin merenung Anis tajam. Dasar kawan!

"Apa ni Anis?"

"Aku tunggu dekat sana. Bye!" Anis menapak meninggalkannya.

"Anis!" jerit Azlin sambil menghentakkan kaki.

"Apa kau nak? " Azlin menoleh dengan berpeluk tubuh. Muka ketat dan bosan ditayangkan.

"Kenapa kau lari rumah?"

"Kenapa kau nak tahu? Apa urusan kau?"soalan dibalas soalan.

"Sebab aku suami kau. Kau tahu tak, mak ayah risaukan kau. Keluar tak minta izin aku. Bagitahu pun tak." ujarnya.

"Hahaha. Kau ada nampak muka aku kesah ke? Kalau pasal mak ayah tu, pandai - pandailah aku nak bagitahu!

And .. pasal suami? Euw, tolonglah! AKU - TAKKAN - ADA - SUAMI - YANG - SIBUK - MENGGATAL - DENGAN - PEREMPUAN - LAIN! " Nada suara Azlin naik seoktaf.

"Kalau aku ada suami pun, aku takkan mengaku dia suami aku sebab..." Azlin terasa sebak ingin menyambung ayat.

Common, Azlin. Kau benci dia! Kenapa kau mesti sedih disebabkan dia?

Sebab dia sendiri membenci aku, dia send...diri--" Pecah air matanya yang ditahan dari tadi. Dia menundukkan wajah.

Tidak mahu menunjukkan dirinya lemah bersama lelaki yang bergelar suami. Haris. Ye, Haris. Itulah lelaki yang dimaksudkan.

Aku pun tak tahu kenapa aku menangis sebab jantan ni. Dia cam pelik tapi benar. Cepat - cepat aku mengusap titisan jernih dari pipi.

"Time's up!- Eh,kau kenapa?" soal Anis.

"Tak de apelah. Jom. Aku nak balik." Azlin mengesat air matanya kasar lalu langkah diatur ke kereta . Haris terkedu. Anis pula blur. Lama. Setelah itu, dia kembali bersuara.

"Aku nak kau datang cari dia dekat sini" sehelai kertas kecil dihulur. Kertas kecil bertukar tangan.

"Tu.. Alamat rumah aku. Aku nak kau selesaikan masalah ni dengan cara baik dan dengan secepat mungkin. Aku tak nak dosa dia dengan kau bertambah. And.. kalau kau nak tahu, dia marah sebab dia ternampak Durrah peluk kau dan yang paling TAK BOLEH BLAH bila kau balas pelukan Durrah. Dah. Aku nak balik. Bye. Assalamualaikum"

ujar Anis kemudian berlalu meninggalkan Haris yang masih memproses apa yang dikatakan Anis.

Dia nampak?





              "KAU cakap apa dengan dia?" soal Azlin setelah Anis masuk ke dalam perut kereta.

"Pak cik boleh jalan" ujar Anis kepada pemandunya.

"Aku minta tolong dia kirim salam dengan mak ayah kau." tipu Anis menjawab persoalan Azlin. Azlin mengangguk perlahan.




*****






Tengku Itu Suamiku! - HIATUSWhere stories live. Discover now