6 | Syak

63 10 1
                                    


Kringgg.. Kringg.

"Azlin, bangun. Dah rehat dah ni. Perut kau sakit lagi ke?" soal Anis disebelahnya.

Sakit 'menyerang' perut Azlin sewaktu kelas Sains tadi. Disuruhnya berehat di klinik kecil sekolah itu, dia tidak mahu.

Katanya, dia boleh menahan rasa sakitnya. Tahu tahu, dah tidur.

"Hah? Dah rehat?" soal Azlin polos. Dia menggosok mata.Anis mengangguk dan tersenyum nipis.

"Jom lah korang lepak dekat belakang bengunan sekolah" Ajak Ain.

Disitu memang tempat lepak mereka. Ketika balik sekolah, mereka pasti akan lepak disitu menunggu ibubapa mereka mengambil mereka pulang dari sekolah.

Kadang- kadang , jika Azlin keseorangan, dia akan menunggu di ruangan menunggu sekolah itu.

"Ish. Dia kan sakit. Biarlah dia makan makanan berkarbohidrat. " Tegur Mawar. Amboi.. jadi doktor nampak.

Ain membentuk senyuman hambar.

"Dah, jom pergi kantin." mereka mengorak langkah ke kantin. Mata Azlin sempat mengerling meja Haris dan Durrah. Kosong.

"Lin, kau tak rasa pelik ke dengan 'budak baru' tu?" Tanya Ain curiga. Ish dia ni main lepas aje! Tak kena masa betul nak cakap!

"Uhuk. Uhuk. Uhuk." Azlin menitip air kosong dan memberhentikan kunyahan.

"Kau ni. Dia tengah makanlah! Nasib baik tak tercekik. Kalau tak,dah satu hal lagi nak selesaikan."

Anis bangun dan membuang plastik makanan ke dalam tong sampah berdekatan tempat mereka makan.

"yelah. Sorry Azlin." Wajah Ain tegang. Tiada senyuman pun yang dilemparkan.

Dia betul - betul buntu masa ini. Dari tadi dia fikir fasal 'ni' sampaikan apa yang cikgu ajar tak masuk dalam otak.

"Ish, kau ni Ain! Tak payahlah nak syak yang bukan - bukan fasal dia." Ujar Anis positif.

"Hrm, aku pelik lah dengan kau ni Ain. Kau bukannya peduli pun pasal orang sekeliling. Then, budak baru tu kau boleh pulak peduli ?" Soal Mawar

"Aku tak tahulah kenapa. Tapi, aku dapat rasa benda yang tak baik akan jadi lepas ni!"

"Tak pe, Ain. Kita fikirkan benda ni nanti, ok?"

"Ok. "

Entah mana satu yang dia nak ikut pun, tak tahu. Dalam hidup ni, kena sentiasa berjaga-jaga. Tak boleh baik sangat dan tak boleh jahat.

'Buat baik berpada -pada, buat jahat jangan sekali.' Kekadang, kawan kita dari kecil yang kita kenal dan rapat pun boleh tikam belakang kita.

Anis menarik tangan Ain. Apalah yang budak ni fikir? Orang dah nak balik kelas dah.

Terperanjat Ain dibuatnya.

"Jom balik kelas. Kau termenung apa?"soal Anis. Kaki mengatur langkah ke kelas.

"Ah? Er.. tak da papelah. Hehe" Ain mengikuti langkah Anis ke kelas.


SKIP


Azlin mengenakan baju sweater ala - ala korea berwarna hitam bersama seluar tracksuit Puma. Malam ini, terasa sejuk pula. Nak hujan mungkin.

Usai solat isyak, langkah aku atur ke meja belajar dan laptop Asus dicapai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Usai solat isyak, langkah aku atur ke meja belajar dan laptop Asus dicapai.  Punggung dilabuhkan  di atas katil. Enjin pencarian dihidupkan. Pen di jari aku genggam sambil jari - jari yang lain bergerak - gerak menaip sesuatu.

Nama 'Tengku Haris Fahmi Bin Tengku Ahmad Shah' dicari.

"Eh, dia pakai kot lah. Hensem! Eh jap. Aku cakap dia hensem ke tadi? Tapi memang hensem pun. Cuma perangai je . Heh, menyampah!"

Gambar di skrol lagi sampailah aku jumpa gambar Haris dan seorang gadis berpelukan sewaktu kecil.

"Ni..  siapa?" Ditekan gambar itu. Lalu, dibaca tajuk pada gambar.

"Rakan..sepermainan... sewaktu...kecil?" Dahi dikerutkan. Hai, keliru sungguh!
Ditekan lagi link pada bawah tajuk gambar tersebut.

Aku pun apa lagi, terus je aku baca  artikel pada blog tu. Dan apa yang aku dapat adalah..
"Jadi, Budak perempuan yang dalam gambar ni......"

TOK !
TOK!
TOK!

Aduh potong betul! Aku bangun dan menapak ke pintu. Tombol pintu dipulas.

Maka, terpaparlah muka mak yang suci lagi murni di hadapan pintu.

"Hai, Mak! Ada apa?"soalku ceria. Wajah mak pun aku tengok tersenyum-senyum je dari tadi. Ok ke tak mak aku ni? Sihat tak?

"Hai,Azlin. Jom turun bawah. Kita ada tetamu khas sekarang." ajak mak.

"Hah? Tetamu? Siapa? Kenapa datang mengejut?" Aku menapak semula ke katil dan menutup laptop.

Lepastu, aku ke belakang pintu untuk mengambil  tudung sarung yang tersidai di penyangkut lalu dipakai.

"Adalah. Lin turun jelah bawah. Kita tengok siapa yang datang. Ni pakai baju macam ni je. Cuba pakai cantik-cantik sikit baju tu. Dah macam tomboi dah mak tengok. Nasib pakai tudung. Kalau tak.. hrm"

bebel mak sambil menggeleng kepala melihat aku dari atas ke bawah.

"Alah. Oklah ni mak. Simple je. Cantik pun cantik. Jumpa tetamu je pun. Bukannya nak jumpa bakal suami. Kalau jumpa bakal suami pun, belum tentunya Azlin nak pakai lawa lawa." jawabku. Tangan diseluk ke dalam poket.

"Hrm. Yelah Lin. Jom turun bawah."Aku mengikuti langkah mak menuruni tangga.

Langkah terhenti sebaik saja melihat keluarga'nya' bersantai di ruang tamu. Mata digosok-gosok. Tak mimpikan?

Aku jalan semula menuju ke ruang tamu mengikuti mak yang kian menjauh. Menjauh lah sangat!

Mak melabuhkan punggung di sebelah ayah manakala aku melabuhkan punggung di sebelah mak bertentangan dengan Haris si mamat poyo!

Tengku Ahmad menghirup teh yang disediakan mak tadi. Eh, mana aku tahu teh tu mak yang buat? Diletakkan semula cawan kaca bercorak bunga ke meja.

"So, macam mana Faiq dengan rancangan kita?"

"Rancangan? rancangan apa ni?" sampukku.

"Rancangan kahwinkan Lin dengan putra bongsu Tengku Ahmad" jawab Ayah. Mata ku membulat. A... Apa?!

Nak 🌟boleh?
To be continued...

Tengku Itu Suamiku! - HIATUSWhere stories live. Discover now