21 | Balik!

54 4 0
                                    


"KAU tak dengar apa - apa ke pasal perempuan tu?" Soal Alice. Baru hari ini, mereka bertiga bersemuka di sekolah. Empat hari juga tidak hadir ke sekolah selepas berlakunya kejadian itu.

"Yang aku dengar, dia masuk hospital. Tu je."jawab Luna.

"Kuat juga lah kan kau pukul dia hari tu? Hahaha" sambungnya lagi.

"Aku pun tak sangka aku boleh buat macam tu dekat dia." Mereka berdua ketawa jahat.

Lain pula sikap Aila. Dia menjadi lebih takut semenjak hari itu.

"Korang... korang tak takut ke? Korang tak rasa bersalah ke?" Soalnya. Wajahnya jelas kelihatan murung dan serabut, tidak seperti selalu. Eyeback di bawah matanya menandakan tidurnya kurang.

Serta - merta tawa Luna dan Aila berhenti.

"Buat apa nak takut? Kita yang paling berkuasa dalam batch kita dekat sekolah ni!" Luna tersenyum sinis.

"Aku... aku takut. Macam.. macam mana kalau orang nampak kita waktu tu? Macam mana.. kalau kita tertangkap? Macam mana.. kalau .. kalau-"

"Apa kau mengarut ni. Aila? Tak da orang pun yang nampak kita. Kau ni takut semacam. Macam lah kita ni tak pernah buat jahat." Ujar Alice. Agak pelik dengan sikap rakannya itu. Tak pernah - pernah jadi macam ni. Hari ni, sikapnya lain pula.

"Tapi.. kita tak pernah buat lebih macam tu. Tu.. betul - betul dah lebih. Aku takut.. Aku tak nak jadi pembuli.." Aila menggigit jari. Jelas, mukanya cukup penat dan tampak begitu serabut.

Benar. Sejak kejadian itu, dia berasa tidak senang. Tidurnya terganggu. Semua yang dia lakukan rasa tidak tenteram. Ingatannya sentiasa terbayangkan hari itu. Hari mereka semua merancang untuk 'membasuh' Azlin.

"Aila! Dengar sini! Kita ni bukan pembuli! Kita tak buli dia pun! Kita cuma nak 'ajar' dia supaya dia tu tak menggatal nak dekat dengan Haris!" Alice mencengkam kuat kedua - dua bahu milik Aila. Dia ingin menyedarkan Aila.

Sejujurnya, dia juga merasa seperti Aila. Namun, perasaan itu diabaikan. Lagipula, dia tidak mahu fikirannya serabut disebabkan hanya hal kecil sebegitu.




********






"Yeay, Hari ni balik!" Sorak Azlin riang.
Tangan sibuk mengemas bajunya.

"Azlin!" Sapa mereka bertiga  tiba - tiba yang entah bila sampai.

"Opocot cat cot cot! Astaghfirullahal a'zim. Korang rupanya! Terperanjat aku tahu tak?"

"Hehehe sorrylah." Ujar Anis. Mereka tertawa kecil.

"Eh, Hah. Sejak bila korang masuk bilik ni? Aku tak dengar pun bunyi pintu tu."

"Kau tulah. Bahagia benar nak balik rumah sampaikan kita orang masuk pun kau tak dengar." Jawab Ain seraya duduk di atas katil bersebelahan Azlin. Azlin menayangkan barisan giginya.

"Kau okey ke? Sihat ke tak ni?" Soal Mawar. Habis dibelek - belek muka kawannya.

"Aku okey lah! Kau ni. Tak da apa yang perlu dirisau. Lagi satu, ni kalau aku belum sihat, memang tak nya aku dapat keluar sekarang ni." Bebelnya.

"Rindu lah!"

"Kalau rindu, kenapa korang tak datang pun jenguk aku?" Bibir sudah dimuncungkan.

"Ala, sorry lah" Bibir Azlin mengukir senyuman.

"Eh, kiranya korang lah kan yang hantar aku balik?" Pelik juga. Tiba - tiba je dia orang ni datang. Haris pula memang tak datang - datang dari tadi.

Mereka mengangguk.

"Kita orang dah minta izin dia tadi. Siap boleh bawa kau jalan - jalan lagi. Dia kata okey je" Azlin terangguk - angguk.

"Hah kalau macam tu, nanti belanja aku tealive tau!"

"Nasi ayam sekali" sambungnya.

"No problemo. Untuk kau, semua boleh." Ujar Anis.

"Dah siap."

"Ok, jom"





YOWWWW PEMBACA - PEMBACA SEKALIANN! HAH, NAK KEMANA TU? VOTE DULULAH KALAU YE PUNNN.. MEH SINI SUPPORT AUTHOR YG X SEBERAPA NIIIII HUHUHU TEKAN TAU TNDA BINTANG DI BAWAH YITU..

DAH TEKAN?

THANK YOU SO SO SO SO MUCHHHHHHH HUHUHU LOVEYOUALLS

Tengku Itu Suamiku! - HIATUSHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin