19 | MISI BERMULA!

51 2 1
                                    


Tit tit... tit tit .....

Jam tangannya berbunyi menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Tin kopi nescafe yang dikeluarkan dari peti sejuk sebentar tadi dibuka lalu dihirup perlahan. Matanya masih tidak lepas dari komputer.

Kemudian, tangannya kembali menaip sesuatu di komputer miliknya. Sudah 3 jam dia duduk di situ menatap komputer miliknya melakukan sesuatu. Walau sudah beberapa kali menguap, ditahan dirinya daripada melelapkan mata.

"Kau tak mengantuk, ke?" Soal Danial dari belakang. Badannya pun sudah keletihan. Haris hanya menggeleng.

"Kau ni, esok jelah kita sambung." Kata Syazwan pula. Tangannya mengosok - gosok mata.

"Mana Faiz?"

"Hrm, dia dah lama tumbang pukul 1.45 pagi tadi. Ujar Danial diselangi dengan tawa kecil. Syazwan ikut sama. Haris hanya tersenyum kemudian menggeleng perlahan tetapi matanya tetap menatap komputer.

"Korang nak tidur, tidurlah dulu. Aku tak mengantuk." Ujar Haris setelah lama berdiam.

"Okey, tapi kau jangan paksa diri. Kalau mengantuk tu, tidur je." Kata Danial sebelum bergerak bersama Syazwan ke bilik masing - masing.

Haris meregangkan otot. Dia meletup - letupkan tulang jarinya dan pinggangnya. Kali ni, dia tekad. Tujuannya hanya satu, mencari dalang di sebalik semua ini.





*****



AZLIN mengangkat kepala. Kelihatan Tubuh Haris terlantar di atas sofa berdekatan. Hari ni, hari Jumaat. Dia... tak pergi sekolah ke? Pelik...

Tiba - tiba Haris terjaga. Cepat - cepat Azlin pejam mata. Dia membuka sedikit matanya memerhati tingkah laku Haris.

Haris mulai duduk. Dia menggeliat.

'Comel' getus hati Lin. Haris bergerak menghampiri katil yang menempatkan Azlin beberapa hari ini.

"Kau dah bangun, ke?" Soal Haris sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Azlin pejam mata serapat - rapatnya.

"Oii! Main - mainlah kau ni. Buka mata sekarang." Gesa Haris. Azlin mencelikkan mata lalu tersengih sendiri. Memalukan betul!

"Sengih - sengih pulak kau."

"Ish, kau ni! Aku sengih, salah. Aku sedih pun salah." Haris hanya diam.

"Asal mata kau macam tak cukup tidur ni?" Soal Azlin. Pelik pula dia ni. Selalunya Haris ni cukup tidurnya. Tapi hari ni bawah mata dia ada eyeback pula.

"Tak da apalah. Kerja sekolah banyak." Balas Haris acuh tak acuh. Entah apalah yang dia tengok dalam telefon tu.

Azlin cuba untuk duduk.
"Ish, susah pulak."

Haris mengalihkan pandangan kepadanya.

"Asal tak cakap dengan aku yang kau nak duduk?" Marah Haris. Segera di bantu Azlin untuk duduk dengan betul. Ketinggian katil dinaikkan sedikit.

"Terima kasih"

"Sama - sama"



              Azlin rasa seperti tunggul yang sedang menatap Haris. Dari tadi asyik main telefon je? Ni ke, muka budak - budak target SPM? Hesh!

"Kau ni kan, dari tadi main benda 'alah' tu. Bangun tidur je terus main fon. Tak bosan ke?" Bebel Lin.

Yelah, bosan kut duduk dekat hospital ni. Sorang - sorang pula tu. Ni kan bilik VVIP, so nak jumpa kawan susah lah. Kenapa lah keluarga aku tak letak je dekat dalam wad biasa? Kan senang, dapat kawan!

Lepastu bila Haris melawat, dia bukan nak layan aku. Layan fon je. Lagi baik tak payah melawat! Sama je macam duduk sorang sorang. Ish, tak sporting langsung! 

Eh, tapi kenapa soalan yang aku tujukan dekat Haris tadi tu macam soalan bengap ek? Fon kan banyak website like Instagram, Facebook, Tiktok, and everything lah yang ada! Mestilah tak bosan! Hrm, apalah yang aku merepek ni.

Jawapan Haris hanya satu iaitu.... Angguk kepala! Ey, menyampahnya!

"Bak sini!" Telefon Haris dia rampas.

"Kau dah kenapa? Orang tengah buat kerja, main rampas rampas pula."

"Ini ke buat kerja? Sembang dengan perempuan, lepastu cakap kau buat kerja. Kerjalah sangat!" Perli Azlin. Haris dijeling sebelum telefon bertukar tangan kepada pemiliknya semula.

"Ni kerjalah ni." Jawab Haris. Tak nak kalah!

"Oh, baru aku faham. Selama aku dekat hospital ni, kerja kau menggoda perempuan lah ye?!" Marah Azlin selepas terdiam seketika.

"Hello? Sorry sikit. Aku bukan lelaki macam tu eh!" Bantah Haris. Tolong lah! Aku bukan jantan yang tergedik-gedik nak layan perempuan!

"Huh, lelaki semua sama! Mulut je manis!"

"Hrm" jawapan dia, Ya Allah! Rasa macam nak tumbuk je Haris ni sampai lebam sekarang jugak!

Nasiblah aku ni perempuan. Kalau lelaki, walau sakit macam ni pun, mesti dah tumbuk dah dia ni.








HI AWOK AWOK SEMUA! HAH, OK KAN PART NI? VOTELAH, KOMENLAH! JANGAN JADI SILENT READER... KESIAN AUTHOR HUHUHU... PAPEPUN, HARAP PART NI MEMUASKAN HATI PEMBACA PEMBACA SEKALIAN.. AUTHOR BARU NAK UP DEKK SUPPORTLAHHH.

SEKIAN,
DARI AUTHOR YANG TERPALING KIUT MIUT + BARU NAK UP

Tengku Itu Suamiku! - HIATUSWhere stories live. Discover now