13 | Grrrr

83 10 5
                                    

"Lah.. Macam tu je?"

"Yelah. Nak macam mana lagi? Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri kot!"

"Ish kau ni. Lek lek (Relaks) sudah ah. Mana tahu Haris peluk dia untuk tenangkan dia ke? Dia menangis kan?" Azlin terdiam. Lama. Mencari akal untuk dijawab soalan Anis yang tak masuk akal tu.

"Ah, Dosa tetap dosa. Dia bukannnya ada pertalian darah dengan Haris " jawab Azlin.

"Haah ek? Betul juga cakap kau. Tapikan, kau... jealous eh?" Tangan Anis naik menyiku kepala Lin.

"Mana ada aku jealous. Auch! Sakitlah makcik!" Lagi sekali Anis menyiku kepala Lin.

"Aduh!"

"Hah, kan dah kena. Siapa suruh panggil aku mak cik?"

"Kepala jangan mainlah!" Tangan Azlin naik mengusap perlahan kepalanya. Muncung ditarik. Ingat kepala aku ni apa? Punching bag ke nak siku siku bagai ?

"He he. Sorry sorry" Tangan Anis naik merimaskan rambut Azlin.

"Habis rambut ak-"

"Dah siap kemas kan? Sekarang ni, jom turun bawah. Kita makan pastu layan drama."

Potong Anis. Azlin menayang muka menyampah sebelum mengikuti langkah Anis dari belakang.



******



MANA Azlin ni? Dari tadi tak da dalam bilik. Dia pergi mana?

Haris turun ke ruang tamu rumah. Matanya melilau mencari kelibat mak. Ayah sudah tentu pergi kerja. Mama dan papa pula sudah balik ke rumah mereka pagi tadi.

"Mak, mak ada nampak Azlin tak?" soal Haris sebaik sahaja menghampiri mak.

"Azlin? Tak da lah pulak. Bukan ke Azlin ada dalam bilik tadi?"

"Tak tahulah mak. Tak apalah. Haris tanya pak cik Rahim." Mak mengangguk perlahan.

Dia menuju menghampiri pak cik Rahim pula yang sedang membasuh kereta.

"Hai pak cik!" sapa Haris.

"Waalaikumsalam. Eh, Haris. Hai" Pak cik Rahim tersenyum sumbing.

"Haha. Pak cik, ni Haris nak tanya. Pak cik ada nampak Azlin tak? " soal Haris

"Azlin? Tak dalah pulak. Kenapa?"

"Oh. Dari tadi Haris tak nampak Azlin."

"Hrm tak palah pak cik. Kalau dia ada pergi mana - mana , nanti dia baliklah tu. Saya masuk dalam dulu ye pak cik." Pak cik Rahim mengangguk.

Maafkan pak cik, Haris . Pak cik terpaksa tipu Haris. , Getus hati pak cik Rahim.

Flashback,

"Saya nak minta tolong pak cik boleh?" soal Azlin selepas pintu kereta ditutup.

"Tolong apa tu?" soalan dibalas soalan.

"Pakcik, saya ada masalah dengan Haris. Jadi, saya nak tinggal rumah kawan saya untuk beberapa hari. Please Pak cik. Nanti kalau saya dah tenangkan fikiran, saya baliklah semula ke rumah. Boleh ye pakcik?"

Tengku Itu Suamiku! - HIATUSWhere stories live. Discover now