12 | Jealous ke?!

83 13 9
                                    


"Azlin? Azlin?"

"Nur Azlin Humairah Binti Faiq Animal! Eh Aimal!" Panggil Cikgu Ayu dengan suara naik seoktaf.

"Oh mak nenek jatuh longkang!" Latah Lin. Saat tersedar, pantas dia menutup mulutnya menggunakan tangan. Semua mata - mata pelajar terarah padanya.

"Ehem. Ye, cikgu" Dia berdiri dari duduk.

"Dah sampai mana awak termenung? Tembus dah whiteboard depan ni? Tolong beri perhatian. SPM dah nak dekat. Walaupun awak pelajar cemerlang, awak tak boleh buat sambil lewa je. Duduk." Bebel cikgu Ayu tegas.

"Maafkan saya cikgu." Seraya itu, Azlin duduk dan mula menumpukan perhatian kepada pembelajarannya.




*****


Selepas tamat waktu persekolahan,

Azlin menapak keluar dari kelas. Matanya menangkap susuk tubuh Haris keluar bersama Durrah. Hatinya mula rasa tak tenteram. Nafas dihembus berat.

Tak tak tak. Aku benci dia. Buat apa aku nak kisah pasal dia? Persetankan semua tu. Positif Azlin, positif.

Langkah diatur ke belakang bangunan. Harini, semua balik awal. Dia pula kenalah tunggu pakcik Rahim ambil. Dan sekarang ni, dia tiada mood nak tunggu dekat ruangan menunggu sekolah tu. So, dia lepaklah belakang bangunan sekolah sementara nak tunggu pakcik Rahim.

Sedang berjalan , tiba - tiba dia ternampak Durrah memeluk Haris. Dan apa yang menyakitkan hatinya ialah bila Haris membalas pelukan tersebut. Erghhhh.

Air mata mula bertakungan di tubir mata. Dia berlari ke luar sekolah. Telefon awam dicari.

Dimasukkan duit syiling berjumlah 50 sen
dan nombor Anis didail laju.

Tut tut.. tut tut..

"Assalamualaikum A..Anis. Boleh tak kalau aku tumpang rumah kau untuk sehari dua ni? Aku.. Ada masalah lah. "

"k, thanks. Bye. Waalaikumsalam"

Kereta Alphard berhenti dihadapannya. Segera ditujah masuk ke dalam kereta tersebut.

"Pak cik. Saya nak minta tolong pakcik"




*****




"Kau ok ke tak? Kalau tak ok, ceritalah apa masalah kau " soal Anis risau. Anis meletakkan dua cawan kopi di atas meja. Punggung dihenyakkan diatas sofa.

"Nantilah aku bagitahu. Sekarang ni, boleh ke kalau aku tumpang tinggal kat sini dua tiga minggu? "

"Boleh je. Lagipun mummy dengan daddy aku pergi outstation. And lagi satu, diaorang izinkan je. Yang penting, kau tak buat masalah dahlah." Azlin mengangguk perlahan.


*****


Sesampainya dirumah, dia keluar dari perut kereta. Kaki diatur ke dalam rumah.

"Assalamualaikum." Dia menyalam tangan kedua orang tuanya dan kedua mertuanya.

"Waalaikumsalam."

"Haris naik bilik dulu ye." ahli keluarganya mengangguk. Lalu, dia menapak kebiliknya aka bilik Azlin.

Dia mengambil tuala mandi selepas menanggalkan stokin, tali leher dan tali pinggang . Kemudian, dia berlalu ke bilik air.

Kata - kata Durrah terngiang - ngiang di kepala.

"Aku datang sini sebab kau. Aku.. Aku sayang kau Haris. " Segera Durrah memeluk tubuh   Haris. Tangisannya pecah. Pelukan itu dibalas Haris.

"Kau.. bo..leh teri..m..a a..ku.. kan? Ak..u la..yak jadi ...mi..lik kau ..kan? Isk.. Isk " Tersedu-sedan Durrah menyoal. Pelukan dileraikan.

"Aku.. boleh kau bagi aku masa untuk fikir semua ni? Aku kenot brain ah sekarang" ujar Haris dengan sisa tawa. Menyempat je eh kau. Tapi memang pun. Sekarang ni dia kenot brain.

"Ish. Sempat dia ni. isk. Isk"Durrah ketawa dalam tangisan. Dada Haris dipukul lembut. Gediks!

Haris pula hanya membiarkan. Kau tahu tak mahram peluk peluk? Eiii yai terajang kang mati terus. Geram tul aku.



So.. how guys? Hrmm tak de idealahhhh huwarghhh. Sorry kalau bosan. Saya tahu cerita saya tak seberapa😔

Papepun, bagilah vote . And jangan lupa untuk comment Okey?

Tengku Itu Suamiku! - HIATUSWhere stories live. Discover now