18 | Risau

45 5 0
                                    

           " Korang nampak Azlin, tak?" Soal Haris kepada Anis, Ain dan Mawar.

"Azlin? Eh, haahlah! Mana dia?" Soal Mawar.

"Waktu dah nak balik tadi, bukan dia pergi tandas ke?" Soal Ain pula

"Haah, memang pun. Tapi, takkan lah dia pergi lama sangat sampai tak balik- balik lagi sekarang, kan?" Fikir Anis. Haris mengetap bibir.

"Boleh tolong aku cari dia?" Mereka mengangguk setuju.



*******



"Aku dah cari, tapi tak jumpa. Kau?" Soal Haris. Rintik - rintik peluh turun membasahi dahinya.

"Tak da juga." Ujar Anis cemas.

"Aku pun sama."

"Aku.. tak jumpa juga . Tapi, ada satu lagi tempat yang aku rasa kita belum cari." Ujar Mawar

"Kat mana?"

"Belakang kantin"

Haris terus berlari menuju ke belakang kantin. Hatinya berharap agar Azlin berada di sana dan berada dalam keadaan baik - baik sahaja.

"Azlin Humairah!" Teriak Haris apabila melihat sekujur tubuh yang dicarinya terbaring lesu di situ.

"Mawar, Anis, Ain! Cepat! Aku dah jumpa dia!"

"Astaghfirullahal a'zim" Anis, Ain dan Mawar menekup mulut. Tidak sangka Azlin berada di sini dalam keadaan begini.

"A.. Apa yang jadi dekat dia?" Soal Anis sendiri.

"Aku.. Kita.. Kita kena bawa dia balik cepat."

"Aku call driver aku" ujar Anis kemudian dia mengambil telefonnya dari dalam kocek baju sekolah.

Haris segera mengendong tubuh Azlin ala bridal Style.

"Driver aku akan datang secepat mungkin."






*****




Dia mengelipkan mata. Pandangannya yang kabur perlahan - lahan menjadi jelas. Kepalanya tiba - tiba sakit. Mukanya berkerut menahan kesakitan yang dialami.

Dia melihat tangan. Tangan kanannya dicucuk jarum. Dia buntu. Bertambah lagi dengan kesakitan yang mencengkam di kepala. Kedua - dua tangannya naik menyentuh kepala yang sakit.

" kau dekat hospital" jawabnya.

"Hah?" Kening Azlin berkerut . Keliru. Sejak bila?

"Dah dua hari dah kau tak sedarkan diri. " sambung Haris lagi seakan - akan dapat membaca fikiran Azlin. Dalam hatinya hanya memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi saat ini.

"dua... dua hari?" soalnya bingung. Dia cuba mengingati apa yang berlaku pada dirinya dua hari yang lepas.

"Argh!" Terasa kepalanya sakit semula.

"Kau okey, ke tak ni?" Soal Haris cemas. Segera dia menekan punat yang berdekatan dengan katil wad itu untuk memanggil doktor sebelum mendapatkan isterinya.


Tengku Itu Suamiku! - HIATUSWhere stories live. Discover now