PROLOG

2.5K 216 0
                                    

Jihoon mengambil earphones lantas dilekatkan ke telinga. Lagu iKON - Apology ditekan. Sekadar menghilangkan bosan didalam bas sementara dia akan bergerak pulang ke rumah.

Hujan pula lebat di luar. Menambahkan rasa sejuk didalam bas.

Bas berhenti di hentian yang seterusnya. Mengambil penumpang yang ada di perhentian. Jihoon memandang ke luar tingkap. Dia tergamam seketika apabila melihat ramai orang dihentian itu.

Seorang budak kecil melambai-lambai Jihoon. Dengan senang hati, Jihoon membalas. Senyuman manis menghiasi wajah lelaki ini. Dan senyumannya mati apabila meneliti wajah lain orang di hentian bas itu.

Muka kesemua orang disitu pucat. Mereka juga duduk berdekatan dan sedang memandang Jihoon.

Serentak.

Jihoon menelan liur sebelum berpaling semula ke telefonnya. Dia terasa orang di perhentian itu kelihatan pelik.

" Dia boleh nampak kita ke? "

Bas sudah bergerak namun Jihoon masih mendengar suara orang bercakap-cakap.

Oh, mungkin orang belakangnya sedang berbual.

" Dia lah orang yang boleh bantu kita. "

Kedengaran lagi. Jihoon menguatkan volume musicnya. Dia memejam mata lantas menyandarkan kepalanya dikerusi bas.

" Dia pura-pura tidur ke? "

Jihoon membuka mata. Dia dengar lagi suara orang bercakap walaupun musicnya sudah ditahap maximum.

Jihoon berdecit lantas menanggalkan earphonesnya. Dia berpaling ke belakang.

" Boleh diam sikit? Saya terdengar sua-- "

Jihoon tergamam.

Dalam bas sekarang...

Kosong!

Jadi, tadi suara siapa?

Jihoon menggosok lengannya yang mulai seram sejuk. Dia menggeleng sebelum mengambil kembali earphonesnya.

" Woi budakk~ "

Jihoon membatu.

" Park Jihoon~~ "

Jihoon memejam matanya.

" Jihoonnnn~~ " Jihoon menelan air liur apabila terasa angin dipipinya. Seperti ditiup.

Dia menarik nafas.

Dia kena usir makhluk ni.

Jihoon membuka matanya lantas memandang sebelahnya. Niat mahu memarahi terbantut apabila melihat 'penumpang' yang mulai memenuhi bas.

Ada budak kecil yang ditegur tadi.

Dan beberapa orang yang tidak dikenali Jihoon.

" Siapa kalian? " Soal Jihoon, bingung. Wajah mereka tak adalah menakutkan.

Cuma mereka terlampau pucat sehingga menimbulkan urat lengan.

" Park Jihoon. Kau je boleh nampak kitorang. Tolong. " Lelaki itu menghampiri Jihoon lantas membisik ditelinga Jihoon.

" Tolong bantu kami. "

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now