BAB 16

1K 150 25
                                    

Selepas sahaja kertas peperiksaan terakhir dikutip, terus kelas menjadi hingar-bingar. Jam loceng sekolah juga berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Sedang aku mengemas beg dan bukuku, Jihoon datang menghampiri mejaku.

" Weh Saeyoon, harini kau balik sorang tau. "

" Eh kenapa? "

Jihoon mengerling matanya kearah Yoshi yang sedang memandang kami. Oh, aku faham. Yoshi nak bincang something dengan Jihoon.

" Okay. " Senyumku. Jihoon menepuk kepalaku, lembut.

" Take care. Jangan lupa datang station petang ni. "

Aku membulatkan mata. Tidak percaya.

" Petang ni ke kita pergi Busan? "

" Haah. Pukul 12 malam ni request tamat. Aku tak nak ayah aku terbakar. " Balasnya, sayu. Aku terus mengangguk laju.

Aku memahami. Lantas aku menapak keluar daripada kelas dan lanjut pulang ke rumah sendirian.

Dikelas kini cuma ada Yoshi dan Jihoon.

Berdua.

" Kau nak cakap apa? Semua orang dah balik, so kita boleh cakap freely. " Soal Jihoon. Dia memandang wajah Yoshi yang sedang tersenyum sinis.

" Angau betul kau kat perempuan tu. "

" Kau nak cakap apa sebenarnya ni? "

" Ji, kau perasan tak? Kau dah berubah sekarang? " Keluh Yoshi. Dia mengetap bibirnya.

" Berubah? Kenapa? Apa aku buat? "

" Kau dah lupakan Junkyu ke? Dah 3 hari dia tak datang sekolah. Dah 3 hari juga kau tak jenguk dia kat rumah dia. Kau tak risaukan kawan kau ke? " Bentak Yoshi. Jihoon menarik nafas dalam.

" Siapa kata aku tak risau huh? Dia tu kawan baik aku. Mestilah aku risaukan Junkyu! "

" Then, mana kau?! Mana?! Kau sibuk menempel dengan pembunuh t-- "

" Dia bukan pembunuh. "

" Wow! " Yoshi menepuk tangannya dan senyuman sinis tergantung dibibir.

" So now kau dah mula backup perempuan tu and abaikan kitorang? Jihoon, kawan kita tengah down. Kita kena ada dengan dia, bukannya sibuk setelkan kes hantu bodoh ni! " Marah Yoshi. Dadanya turun naik menahan amarah.

Pandangan matanya tajam menikam Jihoon yang ketika ini juga sedang dalam keadaan geram.

" Kau tak paham, Yoshi! Kalau aku tak setelkan request dalam masa 72 jam, roh tu akan terbakar! "

" SO WHAT? PERGI MAMPUSLAH KALAU TERBAKAR PUN! "

" Tapi roh kali ni roh mendiang appa aku! "

Terdiam.

Sunyi.

Kedua-duanya saling memandang sebelum rasa sunyi menakluki diri.

Jihoon meraup mukanya. Dia berdehem sebelum Yoshi dilihat lagi.

" Okay, look. Petang ni aku akan ke Busan, nak pergi rumah mendiang appa aku. Yoshi, aku janji akan jumpa Junkyu esok. Kita pergi sama-sama. "

" Tanpa Saeyoon. "

" Tap-- "

" Saeyoon dah bunuh Miya! Lepas tu kau nak tunjuk muka Saeyoon depan Junkyu? "

" Pembunuh Miya kan dah kena tangkap! Bukan Saeyoon! "

Yoshi berdecak. Dia menarik nafas kasar.

" Aku tak nak dengar alasan. Lepas request kau tamat, aku nak kau jauhkan diri daripada Saeyoon tu. Atau pun, jangan anggap aku dengan Junkyu kawan kau lagi. "

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now