BAB 18

1K 151 3
                                    

" Kau serius ke ni, Saeyoon? " Soal Jihoon. Dia bercekak pinggang dan memandang wajah Saeyoon. Gadis itu tampak tidak takut.

" Aku serius. Lagipun, ni je caranya. " Balasku, bersahaja.

Tanganku lincah menyusun colok, limau dan beberapa makanan didalam bulatan lilin. Jihoon yang sedari tadi berdiri disebelahku masih mendecih.

Jihoon tidak mahu.

" Kita cari cara lainlah. Jangan cara ni. Apa kat-- "

" Kau nak Junkyu dengan Yoshi benci aku pulak ke? Cukuplah dorang cuma salahkan aku atas kematian Miya. Aku tak nak dorang sampai tahap membenci. " Bidasku. Pandanganku tajam menusuk matanya.

Jihoon mengeluh lantas menghampiriku. Lenganku digenggam sementara.

" Tapi permintaan Junkyu tu salah. "

" Tak salah. Aku pun nak jumpa Miya. " Gelengku. Tangan Jihoon yang memegang lenganku, segera aku tepis.

Aku kembali pada tugasku.

Menyusun alat upacaraan.

" Pahal Junkyu panggil kita? " Soal Jihoon sambil jalan beriringan dengan Yoshi menuju ke rumah Junkyu.

Jam menginjak ke angka 9 malam. Dan panggilan telefon oleh Junkyu mengejutkan mereka. Lantas dua sahabat ini menuju ke rumah pemuda Kim itu.

" Manalah aku tahu. Entah-entah, dia merajuk. Yelah, kau tak lawat dia sejak Miya meninggal. "

" Kan aku dah kata. Aku sibuk uruskan hal mendiang ayah aku. "

" Jangan sampai lupa kawan, Ji. "

Jihoon terus mendiamkan diri. Tak guna berbalah dengan Yoshi. Lelaki ini agak keras kepala. Jika makin dilayan, silap-silap boleh berakhir dengan pergaduhan.

Dan Jihoon tak nak kehilangan kawan-kawannya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Junkyu, loceng ditekan beberapa kali sebelum eomma Junkyu menyambut mereka dengan senyuman.

" Eh Jihoon, Yoshi! Jemput masuk. Junkyu dah tunggu kat ruang tamu. " Senyum sang ibu. Yoshi membalas senyuman itu dengan lebar. Jihoon hanya menunduk.

" Err.. auntie? Junkyu okay? Sebab dah seminggu dia tak datang sekolah. " soal Jihoon, perlahan. Eomma Junkyu menarik nafas berat.

" Kyu dah tak sedih macam dulu. Tapi dia masih murung. Harap korang bolehlah pujuk dia ya? "

Jihoon angguk. Dia terus menapak masuk dan menyertai Junkyu di ruang tamu. Namun, baru sahaja dia mahu melabuhkan punggung, dia kaku.

Matanya membulat.

" Apa kau buat kat sini? "

Ya, didepannya ada aku.

Saeyoon.

Sedang duduk disebelah Junkyu.

Sebenarnya, Junkyu menelefonku terlebih dahulu sebelum menelefon Jihoon dan Yoshi. Dan katanya kehadiranku sangat penting.

" Sekarang semua dah ada. " Junkyu bersuara menghiraukan pertanyaan Jihoon. Lelaki Kim itu bangun dan mengambil iPad miliknya diatas meja televisyen.

" Kau nak buat apa, Kyu? " Soal Yoshi. Junkyu hanya menutup mulutnya dan melanjutkan membuka sesuatu di iPadnya.

Sehingga ianya terpancul lantas disua kepada kami.

Ianya jurnal mengenai Ghost Day.

" Ghost Festival? " Kerut Yoshi. Junkyu mengangguk.

Mi Àngel // Jihoon ✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora