BAB 4

1.4K 181 14
                                    

BAM!

Tersentak bahu Park Jihoon apabila mejanya diketuk kuat oleh Yoshi dan Junkyu. Mereka berdua tertawa lantas mengambil tempat masing-masing.

Junkyu disebelah Jihoon.

Yoshi didepan mereka, bersebelahan Yoonbin.

" Semalam kau hilang pergi mana? Aku call tak angkat. " Bebel Junkyu. Jihoon yang sedang mengulangkaji pelajaran tertawa kecil.

" Aku lupa nak inform korang. Korang kenal Saeyoon tak? Ahn Saeyoon? "

" Kelas 10B-3 ke? " Tebak Yoshi dan anggukan Jihoon berikan.

" Budak tu bukan pelik ke? "

" Pelik? " Kerut Jihoon. Yoshi merapatkan diri pada Junkyu. Berniat mahu mendengar juga ceritanya.

" Dia suka cakap sorang-sorang. Ramai takut dengan dia. Tapi sekarang dia senyap je. Dah sedar dia gila kot. " Tawa Junkyu namun tawanya mati apabila Jihoon memandangnya tajam.

" Dia ada kebolehan sama macam aku. Boleh tengok hantu. Tapi sekarang kebolehan dia dah ada kat aku. " Bidas Jihoon.

Mereka berdua terdiam.

Yoshi mengusap belakang tengkuknya. Dia berdehem.

" Erm Jihoon? Kau serius ke kau boleh nampak hantu? Tak rasa tu cuma ilusi kau? "

" Kau nak cakap aku gila ke? "

" Bukan! Dia macam mana ek... " Geleng Junkyu. Dia memberikan isyarat mata pada Yoshi. Meminta sahabatnya menyambung.

" Aku rasa kau stres lah. Sebab ayah kau kan baru meninggal kan? Maybe pressure tu dorong kau boleh nam-- "

" Aku tak stres. Aku memang nampak dorang. " Celah Jihoon.

Mendiamkan Yoshi dan Junkyu.

Mereka berdua menghela nafas kasar. Junkyu menepuk bahu Jihoon.

" Harap kau sentiasa okay. "

Yoshi hanya memerhati. Helaan nafas kedengaran olehnya. Pemuda Kanemoto itu berdiri.

" Aku nak pergi tandas jap. " Pintanya. Dia menapak keluar.

Namun Yoshi tidak ke tandas.

Hala tujunya ditukar.

Pemuda berdarah Jepun itu menapak ke tangga.

Sehinggalah dia tiba didepan satu bilik.

Bilik kaunseling.

Tok tok!

Selepas mengetuk pintu, dia menapak masuk dengan cermat. Terpancul muka Mrs Kang, guru kaunseling dan bimbingan di sekolah ini.

" Ya, Yoshi? Apa boleh saya bantu? " Soal guru itu dengan senyuman. Dia mempersilakan Yoshi untuk duduk.

" Miss, saya nak minta miss adakan sesi deep talk dengan seseorang boleh? Saya risau. Banyak perkara malang jadi dekat dia baru-baru ini. Jadi saya rasa dia perlukan bimbingan. " Pinta Yoshi. Mrs Kang mengangkat sebelah keningnya. Cermin mata yang terlorot dipangkal hidung, dinaikkan pantas.

" Siapa? "

" Kawan saya, Park Jihoon. "

---------------------

30 minit berlalu.

Namun gadis yang ditunggu masih tidak kunjung tiba.

Jihoon menilik di pergelangan tangannya. Harini sengaja dia pulang awal daripada sekolah.

Mi Àngel // Jihoon ✓Où les histoires vivent. Découvrez maintenant