BAB 22

1.2K 143 20
                                    

" Cepatlah! "

" Aku tak nak! "

" Aku kira sampai tiga eh! "

" Satu. "

" Dua. "

" Ti-- "

" HEY MEMAKSA JE KERJA! " marahku. Jihoon tertawa kecil dan mengusap kasar rambutku. Habis serabai.

" Kalau kau tak nak ikut, aku call uncle cakap kau nak lari rumah. "

Aku membulatkan mata.

Seriously mamat ni?

" Woi fitnah kau, tinggi betol! "

" Tinggi macam aku lah. "

" Tinggi macam dosa kau jugak. "

" Ahn Saeyoon! "

" AKU TAK NAK IKUTLAH! " marahku. Jihoon ni suka betul memaksa. Agaknya dulu masa momma dia mengandungkan dia, Jihoon ni mesti paksa momma dia beranak en?

EH TIBE.

" Harini je weh. Petang ni uncle dengan aunty dah balik. Lepas tu, esok sekolah. Bila nak hangout lagi? " Muncungnya. Aku menggeleng.

" Kau cakap macam aku nak mati je. "

" Saeyoon..bukan macam tu! But, alah kau ni. Jomlah. Aku belanja semua. "

" Termasuk makanan? "

" YES! BREAKFAST AND LUNCH! " angguk laju Jihoon. Aku tersenyum sinis. Selamat dompet aku.

" Okay boleh. Bila nak pergi? "

Dan Jihoon memandangku atas dan bawah lagi. Aduh Park Jihoon ni memang mata rosak ke apa? Suka sangat pandang orang macam tu.

" Sekarang. "

" WARGHHHHH!!! " menjerit aku apabila secara tiba-tiba Jihoon menarik tanganku. Tanpa apa-apa terus dia membawaku ke motosikal miliknya di luar rumah. Enjin dihidupkan pantas.

" Pakai hel-- "

Pap!

Jihoon terdiam.

Aku mendengus.

Puas hati aku.

Aku baru sahaja tepuk kuat tangan Jihoon. Gatal sangat macam sotong. Main tarik macam aku ni orang-orang kat sawah!

" Kau pukul aku? "

" Yelah, takkanlah aku dukung kau pulak. "

" EH KAU NAIK CEPAT SEBELUM AKU LANGGAR KAU! "

" YELAHHH YELAHHHH!!! "

--------------------

Yeah, here we are.

Seoul Land.

Salah satu theme park di Seoul. Dan aku tak sangka Jihoon bawa aku kesini. Kalau aku tahu, dah lama aku bersiap sikit tadi. Ni dengan bawa sekali selipar jepun.

Jihoon ni lainlah.

Dah memang natural handsome.

Dengan tahi lalat bawah mata, senyuman yang menyepetkan mata, kulit putih dan tubuh yang agak tegap.

Kalau aku lalu sebelah dia, banyak kali aku toleh nak pastikan tu orang ke patung.

CEH.

Puji lebih-lebih bukannya Jihoon nak bayar aku pun.

" Jom. " Ajaknya selepas membayar tiket masuk. Aku mengangguk dan mengikut langkahnya. Selepas sahaja menapak masuk, aku ternganga sebentar.

Cantik woi!

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now