BAB 15

1.1K 146 27
                                    

Aku menapak masuk kedalam kelas dengan berdebar. Jantung berdegup tidak sekata. Aku segera menghembus nafas perlahan bagi menghilangkan rasa gemuruh.

Sebaik sahaja masuk, aku dapat lihat semua tempat duduk sudah dijarakkan. Sebagai tanda peperiksaan bakal menjelang sebentar lagi.

Aku menapak ke tempat aku dan mengerling ke tempat duduk Jihoon yang berjarak 2 meja daripadaku.

Dia berpaling dan memandangku. Lantas dia tersenyum.

Ah, senyuman itu.

" Dah study? " Soalnya. Aku angguk perlahan.

" Takut tiba-tiba lost. " Gelengku. Jihoon mengenyit sebelah matanya lantas ibu jari dinaikkan.

" Hard works never betray you. "

Aku tersengih. Haih, Park Jihoon. Namun semuanya tidak lama apabila mataku bertembung dengan Yoshi yang sedang memandang kami.

Mukanya beku, dan pandangannya tajam.

Serta-merta aku menelan liur.

" Tersengih macam monyet apahal? " Soalnya, keras. Aku menggulingkan mata keatas.

Kalau nak hidup, aku tak boleh dengar cakap orang. Hidup berpaksikan komen orang, sampai mati takkan bahagia.

" Pahal? Bibir aku ada tumpang bibir kau ke? "

" Annoying, pembunuh. "

" Yoshinori. " Panggil Jihoon, keras. Matanya tajam memandang Yoshi dan lelaki ini seperti tidak menyesal menuturkan ayat itu.

" Apa? Nak backup perempuan ni? Dia kan pembunuh. Sejak bila Park Jihoon kawan dengan pembunuh? "

" Aku kan dah cakap aku bukan pembunuh! Miya ada dengan Junkyu masa tu, bukan dengan aku. " Kataku, lantang. Cuma suara aku diperlahankan bagi mengelakkan rakan sekelas terdengar.

" Kau nak cakap apa pun tak gunalah. Junkyu mana? Pahal dia tak datang, hah? " Yoshi memandangku.

Dan aku mengangkat bahu.

Manalah aku tahu, tanya aku ni macam aku ada set waze kat body Junkyu.

" Eh kau ni, memang tak ada rasa bersalah kan? "

" Dah bukan aku pembunuh. Pahal aku nak serba salah? Aku sedih jugaklah, Yoshi. Miya kawan perempuan pertama aku. " Bidasku dengan wajah yang sedikit mendung.

Dorang ingat aku happy ke? Miya tu kawan aku. Dia yang bantu aku, belanja aku. Sedikit sebanyak, aku pun terkesan.

" Junkyu cuti lagi ke? " Soal Jihoon.

" Yelah, orang dia sayang dah mati. Siapa je boleh datang sekolah macam tak ada apa. " Sekilas Yoshi menjelingku.

Eee jantan ni!

Elak aku baling selipar je.

" BANGUNNN!! " Arah ketua kelas sebaik sahaja cikgu bertugas menapak masuk.

Kami segera menyimpan segala buku rujukan dan mulai fokus pada arahan yang diberikan oleh guru peperiksaan.

Dalam diam, aku berdoa.

Tuhan, bagilah aku kejayaan.

Sebaik sahaja kertas berpindah ke tanganku, segera soalan pertama dibuka. Mataku membulat. Melopong aku dibuatnya.

Baru soalan pertama dah susah.

Apa aku nak jawab ni?

Bibir bawah digigit dan belakang tubuh Jihoon dipandang.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now