BAB 21

1K 145 7
                                    

" Lama lagi ke, Ji? " Keluhku. Rasanya dah setengah jam aku berdiri sebelah dia. Daripada aku duduk pegang tangan dia, sampailah aku ambil turn suluhkan lampu suluh.

Dan lelaki ini masih tidak berjaya temui titik penyudahan.

Rumah masih blackout.

" Aku rasa bukan salah fius lah. Tak ada yang terbakar pun. Okay je. " Balas Jihoon. Aku berdehem sebelum lampu diserahkan semula kepada Jihoon.

" Pegang jap, aku nak pergi luar tengok rumah lain. " Kataku. Jihoon angguk faham dan mengiringi pemergianku ke pintu rumah.

Sebaik sahaja pintu rumah ku dibuka, dapat ku lihat rumah lain masih elok sahaja bercahaya. Sesetengah sudah dipadamkan lampu mungkin kerana mereka sudah tidur.

Tetapi, hanya rumahku sahaja yang sedang bergelap.

Pin pin!

Satu trak besar berhenti didepan halaman rumahku. Segera Jihoon keluar dan turut sama memerhatikan rak itu sehinggalah seorang lelaki berpakaian pekerja elektrik keluar.

" Ni kediaman Encik Cha Hyunseok ya? " Tegurnya. Aku mengangguk laju. Ini rumah uncle.

" Maafkan pihak kami. Tadi semasa sedang pihak kami bersihkan tiang tenaga utama tu, kami terbengkokkan wayar yang menghala ke kediaman ini. Kami tengah cuba betulkan dan harap Cik dan En-- "

" Apahal cuai sangat ni? "

Aku mendengus.

Haish mula dah.

" Jihoon, rilekslah. " Tegurku. Jihoon geleng.

" Mana boleh! Ni kecuaian tau! Yang tak boleh berlaku! Boleh report kat po-- "

" Tak apa. Saya okay. Bila rumah saya boleh ada elektrik kembali ya? " Potongku lantas wajah pekerja yang mulai berubah mendung itu aku pandang dengan senyuman.

" Kalau mengikut perkiraan pihak kami, pukul 1 pagi mungkin? Kami minta maaf sangat-sangat! " Pekerja itu menunduk dan aku hanya mengangguk.

Daripada sisi aku dapat lihat Jihoon menjeling.

Aku tak tahulah dia jeling aku ke pekerja tu.

Lantaklah. Aku okay je. Bukannya dorang sengaja pun.

Jihoon ni je melebih.

Selepas sahaja meminta maaf, terus trak itu berlalu pergi. Aku menghembus nafas panas lantas melabuhkan punggung di buaian luar rumah.

Kepalaku didonggakkan memandang langit malam.

Cantik, ada bulan sabit dan ditemani beribu bintang.

Bagai bulan dipagari bintang. Maksudnya, kecantikan yang tiada tandingan.

Dan dalam tak sedar, terasa tempat disebelahku berat. Tahulah aku, Jihoon yang melabuhkan punggung disitu.

" Cantik sangat ke bintang? " Tegurnya. Aku tersenyum.

" Cantik. " Jawabku tanpa memandangnya. Jihoon tersengih dan turut sama menyertai gadis itu melihat langit malam.

Lama.

Senyap.

" Ji.. kau tak rindu momma kau? " Soalku, memecah kesunyian. Jihoon tergelak.

" Aku baru salam tangan dia sebelum pergi. Takkanlah rindu? "

" Sebelum ni. Kau kan berpisah dengan momma kau and duduk dengan papa kau kan? So, kau tak pernah rindu dia? "

Jihoon terdiam.

Sebelum dia berdehem dan mengangguk.

" Rindu. Tapi masa tu aku dikuasai amarah. Aku benci fakta yang momma tu pelacur dulu. Jadi, aku sedaya upaya lupuskan dia daripada ingatan. Sampai aku pernah cakap kat orang yang momma aku dah mati. " Tawanya.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now