EPILOG

1.9K 195 37
                                    

15 tahun kemudian....

Jihoon membetulkan kaca mata yang semakin melorot di tulang hidungnya. Tangan dimasukkan kedalam poket sebelum punggungnya dilabuhkan pada salah satu bangku ditaman itu.

Matanya meliar memerhati sekeliling lantas sengihan menghiasi bibirnya.

Masih macam dulu.

" Jangan selfish lah! "

Satu suara menarik perhatian Jihoon. Segera lelaki itu memandang hadapan, cuba mendengar perbualan dua remaja didepannya.

Seorang lelaki dan perempuan.

" Ni semua mengarut lah! Zaman sekarang mana boleh nampak hantu dah! " balas si remaja lelaki.

Serta-merta, darah Jihoon berderau. Ayat ini seperti pernah dituturkannya dahulu.

" Kau kena tolong dorang. Kau tahu tak, dorang ada kau je. Hantu tu semua tak boleh minta tolong orang lain dah! " Si gadis merayu. Namun, lelaki itu tidak menghiraukannya.

Jelas sekali wajahnya riak tidak mahu membantu.

" Dorang tu semua hantulah! Pahal kita kena tolong selesaikan request hantu?! "

" Eh, hantu pun ada perasaan! "

Sekian lama memerhati, Jihoon bangkit daripada tempatnya lantas menghampiri dua remaja yang sedang bertengkar itu. Senyuman menghiasi bibirnya.

" Adik semua gaduh sebab apa? "

Dan teguran Jihoon menyentakkan mereka berdua. Segera wajah Jihoon dipandang.

" Err...pakcik ni siapa? "

Jihoon segera mendudukkan diri selaras dengan tinggi remaja itu. Wajah dua remaja itu dipandang.

" Korang gaduh sebab lelaki ni boleh nampak hantu, tapi tak nak bantu dorang ya? "

" Macam mana uncle tahu?! " lopong si gadis. Jihoon tersengih. Dan reaksi si lelaki itu hanya kaku memandang Jihoon.

" Adik nak tahu tak? "

" Tahu apa? "

Jihoon menarik nafas. Dia memandang kaki langit dan satu senyuman hambar menyungging di bibir. Kemudian, fokusnya kembali pada dua remaja itu.

" Nama kamu apa? " Soalnya pada si lelaki.

" Kim Minho. " Jawabnya. Jihoon mengelus lembut rambut lelaki itu sebelum dia memandang si gadis pula.

" Kamu? "

" Ahn Saeyoon. "

Mata Jihoon membulat. Nafasnya terasa tersekat. Wajah gadis yang mengatakan namanya Ahn Saeyoon itu dipandang lama.

Dia mengeluh dan melepaskan nafas berat.

Senyuman terpaksa lahir di bibir.

" Nama uncle, Park Jihoon. Dan dulu uncle pun boleh nampak hantu. "

" Uyoo! Serius? " Soal Minho. Jihoon angguk laju menyetujui.

" Lepas tu, uncle buat apa? Uncle tolong hantu? "

" Iya. Uncle tolong dorang. Dengan kawan uncle. Perempuan juga. Dia ada disisi uncle daripada mula-mula uncle boleh nampak, sampailah uncle kehilangan kuasa tu. "

" Hilang kuasa? " Kerut Saeyoon. Jihoon mengangguk.

" Ya. Uncle kena tunaikan 6 request hantu. Dan selepas sahaja request terakhir selesai, uncle tak boleh nampak lagi dah dorang. Mungkin sebab uncle dah berjaya selesaikan misi. "

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now