BAB 13

1.1K 155 24
                                    

" Serius kau tak nak beli apa-apa? " Soal Miya. Dan aku mengangguk. Sejujurnya, aku tak mahu menyusahkan sesiapa.

Lagi-lagi Miya.

Aku bukannya apa, tapi boyfriend dia mulut jahat. Aku tak suka hadap, nanti aku juga sakit hati.

Hari ini, hari hujung minggu. Miya yang menelefonku untuk temannya pergi berbelanja di mall. Memandangkan harini Jihoon tak ada jadual study dengan aku, jadi aku okay jelah.

Banyak juga Miya borong. Buku rujukan, set melukis, kertas lukisan, rantai, dan sekarang kami sedang menghala ke sebuah kedai lagi.

H&M.

" Jom teman aku masuk. "

" Kau nak beli baju eh? "

" Yup! " Segera tanganku ditarik masuk. Langkahku laju mengikuti jejak Miya sehinggalah kami masuk kedalam kedai dan menghala ke ruangan baju tshirt dan blaus yang cantik.

Miya mengambil sehelai tshirt berwarna biru gelap sebelum dia memadankan dengan ukuranku.

" Eh kenapa ukur saiz aku? "

" Aku nak bagi hadiah kat kawan. Saiz dia sama dengan kau. "

Dan aku angguk. Miya masih meneliti satu persatu baju dan semuanya dipadankan dengan aku.

Ada juga beberapa blaus yang Miya suruh aku pilihkan. Katanya, taste aku agak menarik.

Kemudian, kami menapak ke kaunter pembayaran. Aku lihat tiada satu pun baju yang dibelinya. Kesemuanya dibelikan untuk temannya.

Dalam hati, aku terdetik juga mahu membeli baju. Namun, aku tak nak menyusahkan uncle aunty dengan meminta wang mereka.

Cukuplah aku dah diberi tempat tinggal oleh mereka.

Kami melabuhkan punggung disatu bangku di mall ini. Miya menghembus nafas lelah. Mungkin penat berbelanja. Aku dan dia saling berbahagi beg kertas. Walaupun tiada barang aku langsung, aku mahu membantu Miya mengangkat. Dia bukannya kuat nak angkat semua beg.

" Saeyoon.. "

" Hm? "

" Maafkan Junkyu, ya? "

" Untuk apa? "

" Semua benda buruk dia cakap kat kau. Maaf kalau dia buat kau sakit hati. Aku tak tahu nak nasihat apa dah. " Miya menunduk kesal. Dan aku tersengih. Segera bahunya aku tepuk perlahan.

" Tak apa. Aku faham. Dia kan lelaki, so memang annoying sikit. Aku pun faham dia terlampau sayangkan Jihoon. Mesti dia nak lindungi sahabat dia. "

" Dia pun tak kasik aku kawan dengan kau. "

" Dah tu kenapa hangout dengan aku? Kalau Junkyu nampak ni... "

" Kisah apa aku. Kalau tak ada, aku nak hangout dengan siapa? "

" Kawan kau yang lain? Hah, ni! Kawan yang kau belikan tshirt ni. Keluarlah dengan dia. " Cadangku. Miya tersenyum.

Semua beg kertas yang dibeli di H&M tadi disua kepadaku.

" Ambil ni. "

" Hah? "

" Kan aku dah cakap aku belikan untuk kawan. Dan kau je kawan aku. "

Aku masih termangu. Beg kertas itu dipandang sekilas lagi.

" Tapi harga dia mahal. Tak apa, aku bayar bal-- "

" Aku jujur ni belanja. Biarlah aku belanja kau eh? Kau sejujurnya bawak cahaya dalam hidup aku selepas Junkyu. "

" Sayang betul kau kat Junkyu eh? " Usikku. Miya mengangguk dan memandang wajahku.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now