BAB 1

2.1K 210 12
                                    

Ting tong!

Ting tong!

Ting tong!

" Iya! Sabar woi! " Berlari Junkyu ke pintu lantas tombol dibuka. Terpancul muka Jihoon dimuka pintu.

" Hah, Jihoon? K--kau buat apa kat sini? " Kerut Junkyu. Jihoon menghela nafas kasar sebelum menapak masuk. Meninggalkan Junkyu tertanya-tanya.

Junkyu melihat keluar lantas pintu ditutup pantas. Tubuh Jihoon yang terbaring lemah disofa segera dihampiri.

" Kau okay? "

" Hmm. "

" Bangunlah Jihoon. Kenapa kau tak balik rumah? "

" Tak nak. "

Senyap.

Sunyi.

Junkyu mengeluh. Dia meraup mukanya.

" Ayah kau dah selamat dikebumikan? " Soal Junkyu dan Jihoon mengangguk lemah.

" Momma kau datang? " Penuh berhati-hati Junkyu menuturkan, dan anggukan Jihoon yang dia perolehi.

Junkyu terus mendiamkan diri selepas itu. Syukurlah dia duduk berseorangan di apartment ni. Tak adalah Jihoon serba-salah mahu datang.

Semuanya berubah minggu lepas.

Jihoon dan ayahnya mengalami kemalangan jalan raya. Dan kemalangan itu mengorbankan ayahnya.

Ayah tersayangnya sudah pergi.

Ibu dan bapa Jihoon sudah bercerai disaat pemuda ini baru menginjak ke usia 13 tahun. Tahun dia baru nak melangkah ke alam sekolah tinggi.

Kerana keadaan ekonomi, ayahnya berjaya meraih hak penjagaan Jihoon. Segalanya normal. Kadangkala Jihoon akan dipertemukan dengan eommanya.

Dan Jihoon okay. Dia melayan eommanya seperti biasa walaupun eomma dan appanya sudah bercerai.

Hinggalah satu hari, dia dikejutkan dengan berita yang membuatkan dia benci eommanya sehingga sekarang. Ketika itu Jihoon baru menginjak ke usia 15 tahun, dan itu jelas mendera mentalnya.

" Woi Jihoon! " Seorang lelaki membaling kotak air susu yang sudah habis ke muka Jihoon. Berkerut lelaki itu.

" Kau nak apa? "

Lelaki itu berdecit dan menghampiri tubuh Jihoon lantas kerusi lelaki itu disepak kuat sehingga Park Jihoon jatuh terduduk. Meringis sakit lelaki itu kerana tulang punggung yang menghentak lantai.

" WOI KAU KENAPA?! " teriak Jihoon. Seisi kelas sedang memerhatikan mereka sekarang. Jarang Jihoon berteriak begitu.

Kerana Jihoon sangat murah dengan senyuman.

" Mak kau. " Dahi Jihoon ditunjal.

" Pelacur kan? " Pipi Jihoon ditepuk.

Jihoon berkerut. Tangan lelaki itu ditepis.

" Kau mengarut apa ni?! "

" Appa aku pergi bar semalam untuk majlis syarikat. Guess what? He saw your mother. Pakai sexy, layan lelaki, goda sana-sini. Bagi alkohol lepas tu tarik masuk bilik. "

" So... Mak kau pelacur kan? "

Jihoon tersentak. Tubuhnya terasa seperti direnjat elektrik. Dia masih kaku.

Eomma pelacur?

" JANGAN FITNAH EOMMA AKU LAH! " dengus Jihoon. Dia memandang tajam lelaki didepannya.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now