BAB 3

1.5K 185 23
                                    

Jihoon menapak masuk kedalam rumahnya. Langkah yang layu diaturkan sebelum matanya tertancap pada seseorang yang sedang mengemas meja makan.

Eommanya.

" Oh Jihoon? Dah balik. Nak makan tak sayang? " Soal eommanya ramah. Senyuman manis menghiasi wajahnya.

Namun, Jihoon jijik. Dia terus melintasi tidak menghiraukan soalan sang ibu. Biliknya dituju.

" Momma tinggalkan makanan atas meja ya, sayang! Nanti Jihoon lapar, turun makan okay? " Teriak eomma. Jihoon menjeling dan menutup pintu biliknya kuat.

BAM!

Tersentak bahu si ibu apabila terdengar hentakan di pintu. Dia mengurut dadanya dan menggeleng perlahan.

Sebaik sahaja menutup pintu, Jihoon merebahkan tubuhnya diatas katil. Matanya tidak berkelip memandang siling. Kipas yang berpusing ditenung lama.

" Saya harap ada orang boleh bantu saya tunaikan wish eomma. Tapi sayangnya, tiada. Sebab tu lah saya terkilan bang. "

Jihoon mendengus. Dia meraup muka. Serabut!

Gadis itu.

Ahn Saeyoon.

Dia juga ada kebolehan sepertinya dahulu? Bagaimana gadis itu dengan senang hati mahu membantu hantu-hantu itu?

Kau tak boleh macam ni, Jihoon! Kau jangan jadi selfish! Tuhan dah beri kebolehan ni untuk kau bantu orang. "

" ARGHHH! " teriak Jihoon. Fikirannya berkecamuk sekarang. Segalanya berselerak dan menganggu dirinya.

BAM BAM!

Jihoon tersentak. Dia segera duduk dan melihat sekeliling. Bunyi apa tu?

BAM BAM!

Bunyi lagi! Itu bunyi bola keranjang yang dilantunkan! Di mana?

BAM BAM!

Dengusan kasar dikeluarkan daripada lelaki itu. Dia bangun dan bercekak pinggang ditengah-tengah biliknya. Setiap sudut dilihat.

" Keluarlah. Kau nak apa? " Katanya, lembut.

Dan dengan perlahan, roh seorang budak kecil yang sedang melantun bola berdiri didepannya. Jihoon membongkok bagi menyamai ketinggian mereka.

" Kau nak apa dik? "

" Bantu kami, bang. Bantu kami. Kami nak bebas. " Sedihnya. Jihoon tersentak. Tangannya naik mengelus rambut si kecil.

Apa salahnya kali ini kan?

Jihoon rasa dia perlu membantu.

Jihoon mahu bantu.

" Okay, abang tolong. " Serta-merta mata budak itu membulat. Dia memandang Jihoon dengan sengihan.

" Terima kasih bang! Kami sayang abang! " Dan serentak dibelakang budak kecil itu muncullah 5 lagi hantu yang turut sama tersenyum.

Jihoon memandang seorang demi seorang.

" Siapa yang nak aku tunaikan permintaan dia dahulu? "

Tok tok!

Jihoon berdecit. Dia mengatur langkah kasar ke pintu lantas tombol ditarik laju.

Terpancul muka eommanya.

" Jihoon okay? Momma dengar Jihoon menjerit tadi. Ada lipas ke, lipan ke? " Soal eommanya, risau. Wajah Jihoon dipandang penuh kasih.

Namun, tidak bagi remaja ini.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now