BAB 8

1.1K 161 12
                                    

Mata Saeyoon terbuka dengan perlahan. Dia mendesir kesakitan lantas tangan kanannya memegang kepala yang mencucuk sakit dengan mendadak.

Dia menggeleng perlahan lantas menoleh ke sisi. Bibirnya dikemam melihat figura yang tertidur pulas disisi katilnya beralaskan lengan.

Park Jihoon.

Saeyoon mengeluh kecil. Tangannya cuba menyentuh bahu Jihoon, namun lelaki itu sudah terjaga dahulu.

" Errr.. kau dah sedar? "

" Kau buat apa kat sini? " Jam didinding bilik perubatan dikerling.

" Sekarang kan masih waktu belajar. "

" Aku dapat tahu kau pengsan kat toilet. Sebab tu aku dat-- "

" Mana perempuan yang tolong aku tadi? "

" Na Miya ke? "

" Nama dia Na Miya? Mana dia? " Soal Saeyoon. Matanya melilau kebelakang Jihoon, cuba mencari figura gadis itu, namun hampa.

" Miya dah balik kelas. "

" Kau? Tak balik kelas? "

" Aku nak jag-- "

" Baliklah, Jihoon. Aku tak nak kena serang dengan peminat kau lagi kalau dorang nampak kita macam ni. "

Jihoon terdiam. Dahinya berkerut.

" Peminat aku? Maksudnya yang buat kau kat toilet tu, peminat aku? "

Saeyoon menunduk. Hanya hembusan nafas kasar yang kedengaran.

" Jawab la soalan aku. Pahal kau senyap? "

" Eh kau ni bisinglah Park Jihoon! "

....

....

" Lantak kaulah! " Jihoon mendengus lantas menghempas kerusi yang didudukinya. Dia terus menapak keluar.

Dan tanpa disedari, air mata sang gadis mengalir keluar.

Langkah Jihoon laju menapak semula ke kelasnya. Tangannya dikepal kuat membentuk urat. Nafasnya kedengaran berat sekarang. Sebaik sahaja tiba di kelasnya, dia terus menapak masuk tanpa mempedulikan semua mata-mata yang melihatnya.

Dan punggungnya dilabuhkan di tempatnya.

" Kau pergi mana tadi time kelas Mrs Kim? " Soal Junkyu. Jihoon meraup mukanya. Dia terdiam, lama.

" Mrs Kim cari aku ke? "

" Taklah. Kau kan murid favourite dia. Kau tak masuk kelas dia pun, kau masih score subject dia. " Balas Junkyu. Jihoon hanya angguk perlahan. Kepalanya dilabuhkan di meja. Dadanya masih turun naik menahan amarah.

" Kau tak jawab lagi soalan aku. Kau pergi mana tadi? "

" Haah. Kau pergi mana? Masuk kelas terus mengamuk macam ni. " Sokong Yoshi. Jihoon mengangkat muka memandang wajah kedua sahabat yang paling dipercayainya.

" Miya tak bagitau kau eh, Junkyu? "

" Awek aku? Tak ada pun dia text. Kenapa? Ada apa dengan Miya? "

" Saeyoon kena buli dengan fans aku kat toilet. Lepas tu, Miya yang tolong dia. "

" Hah?! Habis tu mana Miya sekarang?! " Kalut Junkyu. Dia baru sahaja mahu bangun sebelum bahunya digenggam kuat oleh Jihoon.

" Yang kena buli nya Saeyoon, kenapa Miya yang kau gelabahkan? "

" Miya tu girlfriend aku. Wajarlah aku risaukan dia. Takkanlah aku nak risaukan Saeyoon. Dia tu tak ada hubungan dengan aku. " Jeling Junkyu. Jihoon hanya mengatup mulutnya. Malas mahu berbicara.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now