BAB 2

1.8K 200 39
                                    

Jihoon menikmati nasi goreng diatas mejanya. Waktu rehat dimanfaatkan sebaik mungkin. Masa makan.

Ada sesetengah menggunakan rehat untuk membuat kerja sekolah atau pun dating.

Tapi tidak pada Park Jihoon.

Dia lapar, dia nak makan.

Junkyu meletakkan pinggan disebelah sahabatnya sebelum bahu Jihoon ditepuk.

" Jihoon, kau okay tak? "

" Okay je, kenapa? "

" Semalam tu-- "

Junkyu membulatkan mata apabila mulutnya ditekup dengan tangan Jihoon. Tersentak lelaki itu. Dia kaku.

" Woi pehal ni? Nak culik ke apa? " Keliru Yoshi didepan mereka. Junkyu menghantar isyarat mata meminta pertolongan Yoshi. Matanya dikelip-kelipkan.

" Kau dah kenapa, Kyu? Kelip-kelip. " Kerut Yoshi. Junkyu mendengus. Dia menepuk dahinya.

Bijaknya alahai.

Jihoon menghembus nafas lantas tangannya ditarik menjauhi Junkyu. Dia menunduk.

" Pssttt.. " bisik Yoshi meraih perhatian Junkyu. Dia meminta penjelasan Junkyu.

" Kenapa dengan dia? "

Junkyu mendekatkan bibir pada telinga Yoshi.

" Tanyalah Jihoon sendiri. "

" Lahhh! " Keluh Yoshi. Dia menghembus nafas kasar sebelum bahu Jihoon ditepuk.

" Kau okay? Kalau ada masalah, tolong kongsi, Jihoon. Kita bertiga kan kawan. Jangan simpan lepastu stres sorang macam ni. " Nasihat Yoshi. Jihoon memandang mata sahabatnya.

Mata Junkyu dan Yoshi.

Dia mengelus tapak tangannya.

" Aku boleh nampak hantu lepas ayah aku meninggal. "

....

.....

........

" HAH?! " Yoshi melopong. Tapi tidak bagi Junkyu. Kerana dia sudah melihat sendiri Jihoon berbual dengan hantu semalam.

"Dia tak tipu. Memang Jihoon boleh nampak. " Sokong Junkyu. Yoshi meraup muka.

" Apa maksud kau, yang kau boleh nampak hantu? "

" Masa aku balik daripada pemakaman ayah aku, aku nampak ramai orang kat bus stop. Tapi sebenarnya, bus stop tu kosong. "

Jihoon menarik nafas.

" Dorang perlukan pertolongan. 6 hantu. Permintaan terakhir sebelum dorang akan pergi berehat dengan tenang. " Jelas Jihoon. Yoshi dan Junkyu mengangguk.

" Kau nak kitorang tolong kau tak? "

Jihoon tergamam.

Matanya berair lantas tubuh Junkyu dan Yoshi dipeluk erat.

" Woi sesak nafas! " Gelut Junkyu. Dia cuba meleraikan pelukan Jihoon dilehernya.

" Jangan nangis, Jihoon. " Pujuk Yoshi. Jihoon tersenyum riang.

" Aku sangka korang akan tinggalkan aku. Label aku gila. Tapi, sebenarnya... Erm terima kasih korang! "

" Eh mestilah! Kitorang kawan kau. " Balas Junkyu. Yoshi juga turut sama mengangguk mengiyakan.

" Masa kau nak tolong hantu tu, kau boleh ajak kitorang sekali. Aku nak juga tengok kehidupan selepas kematian macam mana. " Cadang Yoshi. Jihoon mengangguk laju. Bahu Junkyu dan Yoshi dipaut erat.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now