BAB 20

1K 148 14
                                    

Aku taklah suspicious sangat.

Lebih kepada pelik.

Harini uncle dengan aunty akan ke Busan. Selama dua hari ni.

Itu aku taklah pelik. Mungkin uncle dengan aunty pergi sebab urusan kerja.

Yang aku pelik sekarang ni..

Kenapa Sonyoung, adik aku ikut sekali?

Apa keperluan Sonyoung dalam perniagaan uncle aunty?

" Uncle dengan aunty gerak dulu ya? " Senyum aunty Cha. Dia mengusap kepalaku.

Aku mengangguk sebelum lengan Sonyoung yang sedang menyeret bagasinya, aku tarik kuat.

" Sonyoung kena stay. "

" Eh Sonyoung kena ikut. "

" Kenapa? Sonyoung nak ikut uncle aunty honeymoon ke? " Protesku. Aunty menggigit bibir bawahnya sebelum uncle bersuara.

" Kami nak nampak muda kat sana. So kalau Sonyoung teman, bolehlah bangga ada anak muda lagi. " Sengih uncle. Aku berkerut.

" Saeyoon pun muda lagi lah! "

" Alah kak, kau tak payah ikut sebab nanti ada abang hensem datang jaga ka--UMPHH UMPHH! " Sonyoung kaget apabila uncle menekup mulutnya. Menghalang dirinya daripada berbicara lebih lanjut.

" Okay kami dah lambat ni. Jaga rumah ya, Saeyoon. Dua hari je. " Senyum aunty. Aku hanya mengangguk patuh sebelum melambai pemergian mereka sehingga ke pintu.

Sejujurnya aku masih bingung.

Namun aku biarkan sahaja. Tak apalah, boleh rest dua hari ni. Rumah ni jadi hak milik aku kejap.

Selepas sahaja pemergian mereka diiringi dengan pandangan mataku, terus pintu ditutup. Aku berkira-kira mahu mandi terlebih dahulu sebelum belajar melukis dibilikku.

Dapatlah aku elakkan diri daripada didenda Mrs Goh lagi. Dia tu boleh tahan mulutnya.

Baru sahaja mahu menapak ke bilikku, loceng rumah ditekan berkali-kali.

Ting tong!

Ting tong!

Ting tong!

Aku berdecih. Mesti Sonyoung yang tertinggal barang ni!

Segera pintu dibuka.

" Tertinggal apa lagi ni-- HAH?! "

------------------

Diam.

Tak memandang.

Duduk satu sofa.

Tapi tubuh tidak menghadap satu sama lain.

" Sampai bila kau nak senyap, Saeyoon? " Celah suaranya. Aku mendengus lantas berpaling menghadapnya.

" Pahal kau kat sini? "

" Uncle suruh aku jaga kau. "

" Dia tak cakap dengan aku pun! "

" Manalah aku tahu. Dia cakap dengan aku. Aku dah inform kau awal-awal lah kat surat. Dah baca belum? "

Aku terdiam.

Haahlah...

Surat Jihoon bagi tu masih belum aku buka.

Aduh! Nyanyuk dah aku ni.

" Ha lupalah tu! Jadi nenek dah kau ni. " Suara ini lagi.

Aku menahan rasa amarah.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now