BAB 9

1.1K 162 9
                                    

Saeyoon menapak ke pintu gerbang sekolah dengan perlahan.

Dia tiada.

Park Jihoon.

Kebiasaannya, lelaki itu akan menunggunya di pintu pagar sekolah untuk bersama-sama membuat request hantu. Tapi harini, lelaki itu tiada.

Jihoon masih marah kah?

Jihoon masih merajuk?

Saeyoon ni memang definisi gadis tak guna. Baguslah, dia kembali berseorangan.

Gadis itu mengatur langkah ke rumahnya. Hembusan nafas kasar dilepaskan sebelum dia menyedari pelipis matanya mulai panas.

Dan air mata membasahi pipi mulusnya.

" Shit! Kenapa aku nangis ni? " Kerutnya. Dia cuba mengusap kasar pipinya yang berair.

Namun, gagal.

Air matanya semakin lebat menuruni pipi. Dan Saeyoon terhenti. Dia bercangkung dan menutup matanya.

Ketika itu, segalanya dihamburkan. Tangisan, rasa sakit, rasa sedih. Gadis itu tiada niat nak menyakiti Jihoon.

Tapi dia sedar dia ni hanya beban.

Hantu? Zaman kini hanya orang bodoh je boleh nampak hantu.

Saeyoon tak pernah lupa diri. Dia tahu dia siapa. Pertolongan Yoshi tak pernah dia lupakan. Pertolongan Jihoon juga. Kata-kata peminatnya ditandas pun tak pernah dia abaikan.

Dia sedar diri.

Selepas beberapa minit menangis, Saeyoon bangun dan mengesat air matanya. Dia perlu balik sekarang. Tukar baju, dan kembali bekerja.

Dia perlu.

Saeyoon menapak pulang ke rumahnya. Namun kerutan pula singgah didahinya. Ada kereta mewah dihalaman rumahnya.

Si--siapa?

Sebaik sahaja gadis itu tiba di pintu rumah, serta-merta dia melopong.

" AUNTY " jeritnya. Tanpa ditahan, terus tubuhnya menerjah dan memeluk wanita berusia yang sedang duduk di sofa. Senyuman manis menghiasi bibir.

" Saeyoon baru balik sekolah ya? " Seorang lelaki berusia pula menegur. Dan Saeyoon tersenyum lantas anggukan laju diberikan.

" Kenapa uncle dengan aunty datang? "

" Uncle dengan aunty dapat menang hak penjagaan korang. So lepas ni, korang duduk dengan kitorang. " Senyum aunty Cha. Dan serentak mengundang sengihan yang semakin melebar dibibir Saeyoon.

" Tadi aunty dengan uncle datang sekolah kau, kak. " Sampuk Sonyoung yang datang dengan seberkas air bersama cawan. Dia menatang air itu dengan berhati-hati.

" Eh yeke? "

" Haah. Tapi orang cakap kau dah balik dulu. So abang Jihoon tolong guide uncle aunty ke rumah ni. "

" Oh.. kejap, apa dia tadi? ABANG JIHOON? "

" Yelah, abang Jihoon. " Jari Sonyoung dituju pada seseorang dan aku terus tersentak.

Kaku ditempatku.

Sejak bila.... Jihoon ada kat sebelah uncle?

Dia tersengih malu sekaligus membuatkan matanya menyepet.

Eyes smile dia.

" Kau tak perasan aku ke sejak tadi? " Senyumnya. Dan Saeyoon hanya menunduk bermain jarinya.

Jap.

Sejak bila aku pemalu ni?

Eee, buat malu je!

Mi Àngel // Jihoon ✓Où les histoires vivent. Découvrez maintenant