BAB 7

1.1K 159 35
                                    

" Nah. " Secawan air dihulurkan pada Saeyoon yang sedang terduduk didalam ambulans. Gadis itu mengangguk dan menyambut air itu dengan gigil.

" LEPASKAN AKULAH, BODOH! LEPASKAN AKU! "

Perhatian mereka teralih pada seseorang yang sedang diseret oleh pihak polis.

Ya, ayah Saeyoon sudah ditangkap polis.

Sekarang ini, Saeyoon baru sahaja dirawat oleh pihak perubatan. Seketika, kawasan perumahannya menjadi perhatian. Jiran-jiran menjengukkan kepala melihat.

Dalam diam, mereka bersyukur.

Akhirnya, adik beradik Ahn terlepas daripada kekejaman sang ayah.

" Mana kau tahu rumah aku? " Soal Saeyoon, perlahan. Dan lelaki yang membantunya itu tersenyum.

" Aku ikut kau tadi sejak kau keluar dengan Jihoon lagi. "

" Kenapa, Yoshi? "

Dan lelaki bernama Yoshi itu memeluk tubuhnya. Wajah si gadis yang bengkak kerana lebam dipandang lama.

" Kau kenal aku? "

" Siapa tak kenal Yoshi, Jihoon dan Junkyu? Korang pelajar harapan sekolah. Cikgu selalu gunakan korang sebagai contoh kat orang bodoh macam kitorang. "

Yoshi berdehem. Dia mengusap belakang tengkuknya sebelum dia fokus pada tujuan asal.

" Jihoon tahu tak kau hidup macam ni? "

Geleng.

" Kau pulak? Kau tahu hidup Jihoon macam mana? "

" Yang aku tahu, dia baru je kehilangan ayah dia. "

" Apa lagi kau tahu? "

Serta-merta, Saeyoon menunduk. Soalan Yoshi membuatkan dia gementar kerana aura lelaki didepannya sangat menakutkan.

Tegas.

" Aku tahu tu je. "

" Hubungan Jihoon dengan momma dia tak baik. Sebabnya, aku tak boleh bagitahu. Tapi, dia tak bahagia macam yang kau nampak. Aku tak nak kawan aku tersiksa lagi. Jadi, aku nak minta tolong kau. "

Wajah Saeyoon mendongak memandang Yoshi. Air liurnya ditelan. Berdebar menunggu bicara Yoshi yang seterusnya.

" Aku nak kau jauhi Jihoon. "

Dang.

Saeyoon menghela nafas kasar.

" Aku tak cari dia pun. Tapi, dia yang perl--- "

" Dia perlukan kau sebab nak settlekan request hantu? Macam tu? "

Saeyoon kehilangan kata-kata. Hanya angin malam menyapa mereka.

" Jangan gunakan Jihoon untuk kepentingan kau. Aku tak tahu apa motif kau. Sama ada kau suka Jihoon atau pun kau nak kikis duit dia. Tapi, tolonglah berhenti. "

Saeyoon berkerut. Dia memandang Yoshi. Seperti dia terluka dengan ayat Yoshi.

Begitu menyakitkan.

" Apa maksud kau, aku gunakan dia untuk kepentingan aku? Jihoon memang betul-betul boleh nampak hantu lepas ayah dia meninggal. Aku pun pernah alami perkara yang sama, jadi dia minta tolong aku. "

" Aku dengan Junkyu tak percaya semua ni. Kitorang rasa Jihoon stres sejak ayah dah pergi sampai dia melalut macam ni. Tolonglah, stop. Jangan dekati Jihoon lagi. Kau pun dah bebas daripada ayah kau. Aku dah tolong kau, jadi kau kena tolong aku. "

" Kau nak cakap aku ni perempuan yang tak tahu malu ke? "

" Tak. Tapi-- "

" Ya, Yoshinori. Aku faham. Aku akan jauhkan diri daripada Jihoon. Terima kasih sebab membantu. Kau boleh balik. "

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now