00

174 11 0
                                    

Prolog|She

LOCENG berbunyi menandakan tamat masa persekolahan pada hari ini dan juga buat tahun 2011. Murid juga berpusu-pusu keluar dari perkarangan sekolah sambil menjerit kesukaan kerana selepas ini tiada lagi beban yang bernama kerja sekolah yang akan menghantui diri. Kecuali mereka yang pada tahun depan yang menduduki peperiksaan besar.

Sama seperti aku. Tak lama lagi aku akan bergelar calon pada peperiksaan terbesar di sekolah. Jadi tidak asing lagi bendasing bernama homework itu menghiasi hari-hari cuti aku.

"Izz!" dari kejauhan aku terdengar orang memanggil namaku. Tidak juga aku berpaling. Sangkaku orang itu adalah Mai, temanku dari kelas 4Alfa1.

Aku masih lagi dengan kerjaku. Mengemas segala khazanah alam yang menghuni meja. Beginilah pada akhir setiap tahun. Buku-buku kerja yang langsung tak menarik dimasukkan ke dalam meja tanpa diusik. Jika guru meminta ianya disiapkan segera, barulah cepat tanganku menggelibas melakukan kerja. Kalau tak, jangan harap nak nampak muka aku hantar buku ke depan.

Setibanya Mai di sebelah, kerusi yang telah diangkat diatas meja diturunkan semula dan dilabuhkan punggung disitu. Aku sekadar menjeling.

Gadis itu melepaskan lelahnya setelah meredah 5 kelas untuk datang ke kelasku.

Oh. Mari aku kenalkan kelas-kelas yang ada di tingkatan aku ni. Kelas tingkatan atas terbahagi kepada enam. Dua kelas untuk sains tulen iaitu, Alfa1 dan Alfa2. Satu kelas untuk Reka Cipta iaitu Alfa3. Kemudian dari bawah, dua kelas untuk Addmath dan Economy. Beta1 dan Beta2 dan kelas yang paling bawah adalah kelas Beta3. Kelas Seni&Sastera.

Dan aku dari kelas Beta3. Pandai berseni? Sejujurnya, tak. Kalau tak pandai kenapa ambik seni? Welp. There's no choice. Kalau aku tak ambik seni, aku nak ambik apa? Addmath? No thanks. I don't like to be a part of numberic or any calculus subject.

"Penat weh. Asal kau tak sahut aku panggil?" aku sekadar menjungkit bahu. Malas nak keringkan tekak. Aku tengah takde mood ni.

Mai tongkat pipi sambil merenungku. Matanya terkebil-kebil melihat setiap pergerakanku memasukkan buku ke dalam kotak yang aku ambik dari studio. "Asal kening kau? Berkerut je aku tengok." tegur dia sambil mencucuk kening aku.

Satu tabiat yang baru aku tahu. Bila aku tengah takde mood atau apa-apa yang buatkan aku marah, kening aku akan berkerut dan menampakkan aku betul-betul garang.

"Serabut." ucapku sepatah. Buku kerja Matematik yang tebal seinchi direjam masuk ke dalam kotak. Sumpah aku tak ada mood nak bercakap sekarang ni. Tapi aku bersyukur minah sebelah aku ni sabar layan pending aku. Kadang-kadang kawan yang lain pun tak berani nak datang tegur tapi dia lek-lek chang je datang tolak kepala aku. Time tu panas jugak bila dia datang-datang je tolak kepala aku. Nak bergurau pun agak-agaklah.

Tapi datang dia tu bagai bawak rahmat. Lepas dia tolak kepala aku, dia ada cakap kalau marah lama-lama syaitan pun tepuk tangan sebab dah berjaya buat satu cucu Adam geram. Sentap jugakla. Lepas je dari situ, aku cuba kawal baran aku. Cuma kadang-kadang tu ada jugak terlepas sebab aku dah tak tahan sangat.

Cuma dia je yang tahan dengan perangai aku.

Sambil-sambil aku memasukkan buku ke dalam beg galasku, Mai cucuk lengan aku dengan jari. Aku jungkit kening malas.

"Cuti ni kau nak pergi mana? Family kau ada planning nak pergi mana-mana tak?" aku berhenti dari mengemas buku. Kuangkat kepala. Berfikir sejenak akan perancangan keluargaku waktu cuti ini.

Rasanya mama tak pernah cakap pun nak pergi holiday mana-mana.

Aku kalih wajah pada Mai yang mengerdipkan matanya beberapa kali. Aku terkebil sambil menggeleng. Kemudian sambung balik kemas buku.

Asal banyak semacam buku aku ni?!

Aku terdengar Mai menepuk tangannya. "That's good! Kau join family akulah, Izz. Kitorang nak pergi Langkawi hujung minggu ni."

Aku zip beg galas kemudian memandang wajah teruja Mai. Berfikir.

"Langkawi?" soalku dan diangguk Mai.

Diam dan aku menggeleng.

"Ala kenapa?" soalnya. Aku tunduk dan mengangkat kotak yang berisi buku tadi.

"Mak aku?"

Mai mencebik. Faham benar dengan sikap aku yang suka memikirkan keadaan mama yang keseorangan tanpa peneman. Aku anak tunggal jadi akulah satu-satunya orang yang menemani mama semenjak aku kecil. Papa pula sudah lama tiada.

Mai turut sama berdiri. Dia berjalan menyaingi langkahku ingin keluar dari kelas tersebut. Namun seketika aku berhenti mengejut membuatkan hempapan kecil dari belakang tubuhku. Aku diam.

"Izz! Asal kau ni berhenti tak gitau! Penyet hidung mancung aku."

Aku diam. Kepala dipalingkan ke sisi.

"Kau nak tunggu orang lain ke?" tanyaku.

Mai yang sedang memeriksa hidung yang koordinat dia tak berubah langsung tiba-tiba berhenti. "Hah? Apa dia. Tak jelaslah."

"Aku tanya kau, kau ada nak tunggu orang lain ke?" aku ulang buat kali kedua dengan nada yang sedikit kuat.

Mai tayang wajah bingung. Tidak jelas dengan kata-kataku. Aku mengeluh kuat. Tubuh dipusing menghadap dia namun masih dipisahkan dengan kotak ditengah-tengah. Mata tajam menatap ke dalam kolam mata Mai.

Membuatkan Mai terkejut dan terundur ke belakang.

"Izz, aku masih bernafsu dekat lelaki tau. Kau jangan tayang muka sangap kau tu dekat aku. Meremang!" tak semena-mena dahinya kujentik kuat.

Secara refleksnya Mai tekup dahi yang dijentik tadi. "Auw! Sakitlah Izz. Asal kau jentik aku? Apa salah aku?"

Aku tidak menjawab. Kujuihkan bibir ke dalam kelas. "Kau nak tunggu siapa yang angkatkan kerusi tu untuk kau?"

"Hah?" mata Mai disorot ke dalam kelas semula. Melihat kerusi yang diturunkan tadi. Dia memandang wajahku dan menayang wajah cemberut.

"Kalau iya pun janganlah jentik jendul lawa aku. Sakit kau tahu tak? Tangan kau tu dah lah besar. Tak macam perempuan", aku buat bodoh mendengar bebelan gadis itu. Kaki melangkah selamba meninggalkan Mai di belakang.

"Woi Izz! Jangan tinggal aku",

Lambat, tinggal.

"Izz", panggil Mai meleret dari hujung tangga.

to be continued,

Her Remedy.Where stories live. Discover now