12

57 5 0
                                    

Bab 12|His clan.

AKU menghela nafas sebaik sahaja punggung mencecah permukaan kerusi. Kemain laju jalan sebab taknak naik satu kereta dengan lelaki itu. Mujur selamat sampai disekolah.

Kepala dijatuhkan diatas meja. Melepaskan lelah tika masih belum ramai dikelas. Suasana sunyi dan sejuk memberikan aku ketenangan dan dibuai perasaan.

BAM!

Mataku dibuka luas mendengar bunyi dentuman kuat menerpa telingaku. Kerusi disebelah telah diduduki seseorang membuatkan aku tegakkan dudukku. Tangan mengeluarkan buku latihan Matematik.

Aku cuba menyibukkan diriku walhal aku perasan diriku direnung tajam oleh orang sebelah.

“Asal kau blah dari situ tak bagitahu aku?”

Aku tidak menjawab pertanyaannya.

“Kau dengar tak aku tanya ni?”

Diam lagi.

Pak!

Aku terkejut. Buku latihanku ditutup kasar dan ditarik jauh dariku. Ia memaksa aku mengangkat wajah dan memandang wajah di sebelah.

Kening berkerut tidak suka dengan tindakannya. “Bagi balik.” pintaku perlahan meskipun hati sudah membengkak panas.

Tangan cuba merampas kembali buku milikku namun tidak berjaya apabila lelaki itu mengangkat buku ditangannya tinggi. Sedar bahawa kami berada di kelas, serta merta aku jarakkan kedudukan kami.

Mata masih lagi tidak lepas memandang lelaki itu tidak puas hati.

“Aku bercakap dengan kau kan? Jawab dulu baru aku bagi buku ni. Hm, kau dah makin pandai jawab soalan matriks, oh soalan trigonometri pun kau dah master sekarang.” dalam kesempatan itu dia membelek helaian buku dan komen hasil kerja yang dibuatku.

Aku pejam mata bila tengok dia makin ralit membelek buku tersebut. Menahan geram. “Bagilah balik bu--”

“Aip. Kau jawab dulu baru aku bagi.” aku menggulingkan mata.

“Aku pening kepala, aku baliklah.” aku tipu dan menghulurkan tangan meminta buku aku balik.

Aku duduk di kerusi semula dan kembali menjawab soalan trigonometri.

“Kau boleh aje bagitahu aku kan, boleh aku hantar kau. Kalau kau pengsan macam mana?”

Aku diam mendengar ayat yang semalam diulang kembali.

“Aku tak suka orang buat aku tertunggu macam tunggul kayu depan kafe semata nak dengar kau kata kau dah balik tanpa pengetahuan aku. Kau tahu tak aku cari kau macam kucing hilang anak. Risau kau tahu kalau kau hilang! Aku nak jawab apa dekat mak kau kalau kau hilang?!”

“Tak payah susahkan diri kalau kau anggap aku beban. Dari awal lagi aku dah bagitahu kau yang aku tak nak ikut tapi kau yang paksa.” kataku tanpa memandangnya.

Jeda.

Aku angkat kepalaku untuk melihat reaksinya. Dan ternyata dia memandangku tidak berkerdip seakan tidak menyangka aku membalasnya kembali dengan berkata sebegitu.

Seketika dia menggerakkan kelopak matanya apabila perasan aku turut merenungnya. Dia berdehem. “Fine! Lepas ni aku dah takkan paksa kau lagi.” kemudian memandang tempat lain.

Terkebil-kebil aku dengan perubahannya sekejap sahaja aku memandang kembali buku latihanku. Beberapa lama loceng sekolah berbunyi menandakan kelas pembelajaran akan bermula.

Murid-murid juga berpusu masuk ke dalam kelas.

꧁    ꧂


Masa ketiga terakhir dipenuhi dengan gelak tawa rakan sekelas dek cikgu yang sepatutnya masuk tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

Her Remedy.Where stories live. Discover now