15

59 3 0
                                    

Bab 15|Late.

CUKUP seminggu pelajar Royal belajar di sekolah kami, maka mereka terpaksa sama-sama mengambil peperiksaan awal di sekolah.

Rata-rata merungut akan hal itu kerana sudah semestinya mereka juga perlu mengambil peperiksaan agama dan juga bahasa Arab yang telah ditetapkan oleh sekolah.

Kami juga tidak terlepas dengan rungutan kerana terpaksa menjadi mentor terjun mengajar mereka. Pelajar lain mungkin terlepas namun terkecuali kelas Alfa1 termasuk aku yang termasuk sekali kerana ada seseorang yang terlepas dari aliran sendiri.

Awal-awal lagi cikgu sudah mengatur nama pasangan mentor-mentee mengikut kesesuaiannya. Ada yang sampai dua mentee dan aku bersyukur kerana hanya dapat satu mentee dan tak lain tak bukan sepupu aku sendiri.

Aku menjeling kertas ditangannya dan silih ganti dengan kertasku. Mungkin ada yang tersalah baca tetapi memang terang lagi bersuluh namanya dan namaku berada di helaian kertas yang sama.

“Asal? Kau tak suka aku jadi mentee kau?” dia bertanya setelah perasan mataku yang dari tadi asyik menjeling kertasnya.

Aku juih bibir. Lebih dari tak suka.

“Fikir aku nak ke? Aku pun tak naklah kau jadi mentor aku. Silap-silap error time kau mengajar.” bidasnya lalu beredar menyapa teman-temannya di hujung dewan.

Aku buat-buat belek belakang kertas mencari sesuatu. Dan tidak menyangka ada sesuatu yang tidak terduga berlaku.

“Weh Izz. Kau partner mentor dengan siapa?” Mai datang menghampiri dan menyambar kertas ditanganku.

Bibirnya yang tadi mekar dengan senyuman pudar serta-merta apabila dia membaca nama yang tertera diatas kertas. “Kau...dengan Daniel?” aku tekup wajah diatas meja.

Semaklah. Mamat Daniel tu dah lah tak berhenti bercakap sampai buat aku rasa macam nak sallotape mulut dia. Kertas Mai aku capai. Membaca nama pasangannya. Zaim. Juga lelaki.

Aku kerut dahi. Cikgu macam dah lupa hakikat sekolah yang dia duduk ni sekolah agama dan bukan sekolah juvana yang nak pasang laki perempuan.

“Aku pun pelik tho kenapa cikgu tetiba nak pair kita dengan lelaki. Kalau mentee tak apalah kut aku faham, ini kalau partner mentor pun lelaki macam tak kena je dengan apa yang kita belajar.”

Tak juga. Mungkin ada sebab cikgu buat macam tu. Aku bertingkah sendiri. Tertanya akan sebab cikgu berbuat sedemikian.

Okay! Partner mentor-mentee sila berada dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan akan ada dua mentor dan mentee pula antara tiga ke empat orang. Cepat-cepat, kita dah tak ada masa!” aku dan Mai berpisah lalu berdiri di dalam kumpulan sendiri.

Aku mengeluh diam apabila jumpa dengan ahli kumpulanku sendiri. Perkara yang cuba dielakkan berlaku lagi. “Hai Izz. Tak sangka awak jadi partner saya.” aku senyum segaris tanda menyapa kemudian berdiri di sebelahnya.

Selang beberapa saat, datang pula Danish dan temannya berdua tadi. Mungkin mereka juga berada di dalam kumpulan yang sama. Dia mengambil tempat di sebelah namun sempat dijeling Daniel di sebelah aku yang lagi satu.

“Awak semua boleh berkenalan dulu dengan mentor-mentee masing masing sebelum kita ke slot seterusnya dimana pembahagian masa dan subjek yang akan diajar oleh mentor.”

“Semua dah cukup kan? Jadi kita dah boleh start ice-breaking kita. Nama aku, Dani—,”

“Tak payahlah skema sangat. Kita semua dah kenal kan? Acah jadi ketua. Buang masa.” sampuk orang sebelah menyelar kata-kata Daniel tadi. Dia buat muka toya apabila wajahnya menjadi tatapan manakala Adam, temannya menahan tawa akibat kelakuan kurang sopan itu. Mikaeyl pula hanya menjungkit bibir tersenyum sinis.

Her Remedy.حيث تعيش القصص. اكتشف الآن