07

72 5 0
                                    

Bab 7|Drown.

SEDAR tak sedar, dah tiga minggu aku berkampung disini. And there's five days more left to end this holiday.

Aku menanti hari itu dengan sabar.

Henfon diatas meja dibelek. Semenjak Mai pergi Langkawi sekalipun dia tak call, message aku. Aku nak call takut ganggu dia pulak.

Aku meletakkan kembali henfon dan berbaring diatas katil. Suasana sunyi. Dan aku suka. Tingkap yang sedikit terbuka membawa masuk angin damai. Membuatkan aku terbuai dan selesa untuk melelapkan mata.

Aku katup mata yang semakin kuyu.

Ketukan pintu menyentak rasa kantuk yang tadi bermaharajalela. Aku mendesis kecil. Pintu bilik dikerling kemudian teralih ke kamar mandi. Perlahan tudung kusaut dan kaki kuatur ke sana.

“Jom keluar.”

Kening terjungkit keatas mendengar permintaan lelaki itu. Dah kenapa tiba-tiba berajak keluar bagai. Selalu bukan main anti lagi dengan aku.

“Malas.”

But I don't wanna hear no as an answer.” terus tanganku digenggam dan dibawa keluar dari bilik.

Aku terpinga. Genggamannya dirungkai cepat. Seterusnya menghentikan langkah yang diayun bersama. “Pahal kau ni main pegang-pegang. Aku cakap malas tadi kan?”

“Mengikut otak aku yang bijak pandai ni, perkataan malas dan tak nak adalah dua frasa yang tidak sama. Tak nak adalah keputusan yang sudah diambil sebulat hati dan muktamad, manakala malas pulak adalah keputusan yang sangat tidak tepat untuk tolak pelawaan orang hensem macam aku ni. Jadi jom keluar!” aku memandangnya tidak berkelip.

Is he really on the top of best student yet last year? What does it mean? As not consider decision to decline the offer?

Kami berpampasan dengan Aisyah yang menuju ke ruangan dapur. Sempat tangan panjangnya menggapai cap dikepala Aisyah. “Danish!”, rengusnya sambil memegang dahi.

Dia tanpa berpaling mengangkat cap tadi dan digoyangkan sedikit. “Pinjam jap kak!”

Tiba sahaja di perhentian bas, kami berhenti dan duduk sementara menunggu bas tiba. Dia menghulur cap yang dia sneak dari kakak dia tadi. Aku mendongak.

“Pakai.”

Dahi berkerut. Kenapa pulak aku kena pakai?

Tanpa menunggu jawapanku, terus dia meletakkannya diatas kepala. “Aku tak nak orang nampak muka kau. Kau dah lah buruk. Nanti orang kata aku tak ada taste.”

Aku gulingkan mata. Dah tu siapa suruh bawak aku? Namun tetap sahaja aku ketatkan topi di kepala. Malas nak bertekak. Buat bazir air liur je.

Aku pandang kanan dan kiri jalan yang lenggang tanpa satu pun kenderaan yang lalu kemudian kepala dijatuhkan. Aku mengeluh dalam hati.

This was supposed to be my relaxation weeks since school are coming soon. Then he come and ruins everything in second.

What a bad day.

“Jom, bas dah sampai.” katanya kemudian menarik pergelangan tanganku berjalan bersamanya. Aku perhatikan tangan kami berdua sebelum dirungkai perlahan. Dia juga seakan terkesima. Sedar akan kekhilafan diri.

Tanpa berkata apa-apa, aku menonong ke depan mendahuluinya menaiki bas.

Tempat duduk kedua belakang aku ambil kemudian lelaki itu juga mengikut. Aku melirik kearahnya atas bawah. Mamat ni buta ke apa?

Her Remedy.Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz