21

24 1 0
                                    

There'll be my pov since I have to focus for Danish’s part and it will be last for 2 or 3 chapters, perhaps. Harap ia boleh diterima ramai sebab saya dah lama tak guna pov 3 camni. Happy reading, anyway!

Bab 21|Admitted.


MACAM mana?” baru saja keluar dari wad itu, dia terus diterjah dengan soalan.

Dia pandang wajah didepan mata sebelum menghela nafas berat. Kepala digeleng perlahan.

He's not even wanting to eat nor talking to me. How did I supposed to know?” keluhnya kemudian duduk di bangku plastik yang disediakan dihadapan bilik wad.

Ketiga-tiga remaja itu turut sama mengeluh dan menunduk. Sementara Mikaeyl hanya berdiri tidak jauh dari mereka. Memerhati gaya temannya seperti hilang punca.

Ingatkan bila panggil kakak lelaki itu datang ke mari, bolehlah dia bantu serba sedikit. Tapi hasilnya sama saja. Dia tetap saja diam membisu, tidak mahu bercerita apa-apa.

“Macam mana ni? Payahlah kalau tuan punya badan tak nak bukak mulut. Mana nak selesai kes ni.”

“Ikutkan aku, biar debik je sebiji dua dekat muka. Baru serik!”

“Sabar Danish. Kita tak boleh nak berkasar dengan dia. Kau pun dengar sendiri kan doktor cakap apa, dia sendiri terlibat dengan kes sama macam ni. Kita tak boleh nak salahkan dia seratus peratus macam tu.” Adam menenangkan remaja itu dari terus mengamuk.

Berombak deras dada Danish menahan nafas yang tersekat direngkung dada. Dia langsung tak boleh bersabar pada saat ini.

Rambut dikuak ke belakang.

“Orang kalau dah trauma, dia takkan buat lah benda yang sama dekat orang lain.” tegasnya sambil memandang Adam tajam.

Lelaki itu melepaskan tangan pada bahu Danish kemudian menjauh. Mengalah dengan lelaki tersebut.

Wanita yang tadi hanya memerhati gelagat anak muda itu berbalah mula bersuara. “Akak balik dulu eh? Ada kerja sikit.” pamitnya. Wajah gadis dihadapannya dipandang.

Terus Umairah bersalaman dengan Denayla.

“Terima kasih akak sebab datang tolong kami. Susahkan akak je.” Mai yang sememangnya peramah tersenyum manis kearah kakak Danial. Lelaki yang berada di dalam wad depan mereka ni.

Denayla membalas senyum tersebut. “Tak ada apalah. Danial satu-satunya adik akak, mestilah akak tolong.”

Mereka hanya senyum tidak membalas. Untung saja remaja itu punya kakak sebaik Denayla. Sudahlah baik, sopan santun lagi.

“Akak balik dulu ya. Terima kasih sebab tolong jagakan Danial untuk akak.” diakhiri dengan sebuah senyuman tipis.

Wanita itu terus beredar sambil membawa perut besarnya. Katanya sudah 6 bulan dia mengandung, suami pula bekerja di luar negeri.

Umairah menghantar pemergian Denayla melalui pandangan mata. Senyum tidak lekang dari bibir. “Baikkan kakak Danial tu. Dia tahu adik dia macam tu pun tetap tak marah.” Mai menjuih bibirnya ke depan.

“Dah tu, kau nak dia marah? Kang terberanak dia dekat sini, siapa nak tanggung?”

Mencerlung mata Umairah memandang Adam yang selamba menuturkan kata-kata tersebut. “Choi mulut kau! Mintak simpang betul!”

Umairah mencebik. Tak adalah sampai dia terfikir macam tu, cumanya Kak Denayla itu sopan kontra dengan adiknya yang berperangai mengalahkan pelesit.

Mikaeyl perhati langkah Denayla dengan pandangan tajam. Langsung tidak terkesan dengan perbalahan kecil antara Umairah dan Adam disebelahnya.

Her Remedy.Where stories live. Discover now