11

59 6 0
                                    

Bab 11|Left.

DIA paksa aku ikut dia pergi sekolah semata-mata untuk tengok dia main bola tampar.

Dengan alasan aku ni pemalas?

“Kau tu tak pernah jejak kaki keluar rumah. Cuba sekali sekala ambik udara segar dekat luar ni. Asyik terperap je mana otak tu tak mendap! Pemalas!”

Aku memerhati bola yang dilambung tinggi ke udara. Dengan sekali toss bola sudah berada di gelanggan pihak lawan.

Dagu ku tongkat. Sekumpulan lelaki itu bersorak apabila mereka berjaya mengalahkan lawan mereka. Wisel dibunyikan menandakan separuh masa dan waktu untuk pemain rehat. Dia berjalan kearahku bersama dua lagi temannya.

“Air.” botol mineral dihulur separa ikhlas.

“Kau bawak siapa ni, Nish? Awek kau ke?” soal salah seorang temannya. Aku menjeling tajam. Suka hati dia je cop aku girlfriend mamat poyo tak laku ni.

Pft!

Air tersembur keluar mengenai baju dan tudung yang tersarung ditubuhku. Aku tahan rasa marah yang memuncak. Apahal mamat ni main sembur-sembur.

Bibir dilap kasar sambil memandang temannya yang mengetawakannya. “Kau gila ke dia ni awek aku? Buruk sangat taste sampai main tangkap muat je. Dia cousin aku lah.”

“Lawa apa?”

“Tapak kaki aku lagi lawa der.” teman-temannya mula mendiam. Malas hendak melawan mulut dengan lelaki itu.

Aku pandang wajah lelaki itu yang kelihatan tidak bersalah membuat aku menunggu disini hampir satu jam lamanya hanya untuk melihat dia bermain dengan kawan! Tuala ditangannya digunakan untuk menyeka peluh didahi.

Ikut hati memang dipijak je muka mamat ni namun ditahan saja.

“Tak payahlah pandang aku macam aku ni buat salah. Baru satu jam kut aku ajak kau keluar.”

“Kau kata nak belajar BA dengan aku.” selarku dan merenungnya tajam.

Pergerakannya terhenti dan memandang aku semula. “Oh? Aku lupa. Em, cancel lah. Aku nak jumpa kawan kejap lagi.” kemudian kembali merenung telefon pintarnya.

Semudah 123 dia membuat keputusan membuatkan aku ternganga. Habis tu, sia-sia je lah aku datang sini?

“Mana ada sia-sia. Aku ajak kau keluar untuk dapatkan udara segar. Haa aku sedang membantu kau untuk bertenang dari segala masalah kau. Tau?” ucapnya lagi dan menyimpan telefon didalam kocek seluar lalu menghadiahkan senyuman kepadaku.

Aku menggulingkan bebola mata mendengarkan itu.

“Jadi kau kena teman aku jumpa kawan aku kejap lagi.” sekali lagi dia mengeluarkan arahan.

“Pahal pulak?!” aku memangkah keputusannya untuk mengajak aku keluar. Cukuplah hari tu dia buat aku rasa macam nak mati.

Otakku ligat memutarkan kembali kejadian hari itu dimana aku menangis teresak-esak dek kerana kesesakan diruangan yang aku duduki.

Dia meletakkan tangannnya didagu dan mengetuknya perlahan. Seakan berfikir. “Agaknya kenapa eh? Mungkin sebab kau ada hutang dengan aku.”

Terjungkit kening mendengar kata-katanya. Sejak bila aku berhutang dengan dia??

“Ada.” ucapnya meleret dan menarik lenganku mengikut langkahnya tetapi segera aku menyanggah pautan tersebut.

Keningnya dijungkit bertanya kenapa. Aku menggeleng dan bergerak ke hadapan. Seketika teringat akan pesan Cikgu Dian dan Cikgu Rogayah.

Her Remedy.Where stories live. Discover now