13

62 5 0
                                    

Bab 13|Heal me.

AKU menggalas beg dibahuku dan segera beredar dari situ. Mereka yang memandang aku hanya biarkan. Ikutkan hati ingin saja aku mencampakkan segala barang ditangan ke wajah-wajah itu.

“Izz,” satu tangan menarik hujung lengan bajuku lalu ditepis kasar.

“JANGAN GANGGU AKU BOLEH TAK?! SEMAK!” jeritku dan meninggalkan dia keseorangan.

Berhati-hati aku menyelinap masuk ke dalam bilik setelah memastikan mama masih belum pulang. Beg dicampak ke lantai dan aku meluru ke katil. Melingkupkan tubuh lalu melelapkan diri.

“Izz...bangun sayang. Dah petang dah,” suara mama lembut menyapa gegendang telinga mengejutkan aku dari lena. Terpisat-pisat mata yang berselaput itu aku gosok.

Wajah mama yang tersenyum lebar aku pandang. “Bangun mandi lepastu solat. Dah asar dah ni. Nanti keluar makan ya?” aku angguk dan mama keluar dari bilik.

Aku duduk di birai katil sambil termenung merenung pintu yang tertutup rapat. Memikirkan sama ada mama sudah mengetahui tentang kejadian tadi atau tidak. Apabila fikirkan semula, aku mengeluh sendiri. Hati memaki diri sendiri yang bertindak sembarangan.

Tak mahu kusutkan diri, aku mencapai tuala di tempat gantungan dan menghilang di balik kamar mandi.

“Macam mana sekolah hari ni? Semua okey?” termangu aku ingin menjawab pertanyaan tersebut. Dari soalan itu, aku dapat mengagak bahawa mama sudah tahu akan hal itu.

Aku diam apabila mama menyentuh lembut jemariku dan dibawa ke dalam genggamannya. Jauh di sudut hati, aku suka dengan perhatian yang mama bagi.

“Mama tahu anak mama takkan buat macam tu sebab mama kenal anak mama. Izz okey? Sakit tak?” jari itu beralih pula pada bibir yang terluka. Terdapat darah beku disitu. Aku mendesis sakit saat mama mengusap luka tersebut.

“Ah, sorry! Sorry! Mama tak sengaja. Meh sini mama letak ubat,” pujuknya sambil menarik aku duduk di sebelah sambil dia mencari ubat untuk diletakkan pada luka bibirku.

“Mama dengar diorang bertiga akan kena gantung sekolah sebab kes ni. Apapun mama bersyukur sangat Izz tak apa-apa,” ucapnya lagi manakala aku setia mendengar.

“Mai bagitahu mama tadi yang Izz kena buli dengan diorang sebab adik,” aku diam.

Faham dengan ‘adik’ yang dimaksudkan. Siapa lagi kalau bukan dia.

Mama gelak pula. Dia ralit dengan sapuannya. “Mama tak sangka pula yang anak mama pandai berlawan. Selama ni asyik senyap je mama ingat Izz passive sampai macam tu sekali rupanya lah pandai belasah orang. Terkejut mama,”

Aku memalingkan wajahku ke tepi tanda tidak mahu lagi dirawat olehnya. “Tak naklah cakap pasal ni lagi. Izz penat,” kataku tanpa memikirkan perasaan mama yang cuba untuk menghiburkan diriku. Meski begitu, aku langsung tidak tertarik untuk meneruskan bicara tentang hal itu. Makin mengusutkan diri.

Mama terdiam mendengar balasanku.

Kepala ditundukkan ke bawah. “Ah mama mintak maaf. Maaf jugak sebab mama tak mampu jaga Izz baik-baik,” aku bangun tetapi masih lagi berdiri dekat dengannya.

“Bukan salah mama,” tuturku ringkas kemudian berlalu. Tidak mahu bertatapan dengan mama lebih lama. Aku takut aku tak mampu menanggung tangis yang sedari tadi aku tahan.

Pintu bilik dikatup rapat dan badan tersandar di belakang pintu. Telingaku lekas menangkap bunyi tangisan diluar makin membuatkan aku merintih sakit. Air mataku tidak lagi diseka malah laju menuruni pipi membasahkan seluruh wajah.

Her Remedy.Where stories live. Discover now