08

73 5 0
                                    

Bab 8|Unknown.

JAM menunjukkan pukul 6:50 pagi. Aku keluar dari bilik dengan pakaian seragam sekolahku. Setelah sarapan, seperti biasa aku akan berjalan ke perhentian bas untuk pergi ke sekolah.

Sudah seminggu semenjak sekolah dibuka, hari-hariku dipenuhi dengan hujah cikgu yang mengatakan bahawa kami adalah harapan sekolah. Baru juga di awal persekolah, cikgu-cikgu sudah menghujani pelajarnya dengan kerja sekolah yang menimbun tanpa rehat.

Aku mengeluh kecil mengingatkan hal itu.

“Izz, kaunselor panggil kau.” ujar Hafiz, salah seorang rakan kelasku ketika dia menjejak masuk ke dalam kelas.

Tanpa suara aku bangun dan beredar. Sempat aku mendengar omelan kecil dari mulutnya.

“Kerek gila minah tu!”

Dan seperti biasa juga, itulah kata-kata yang sering aku dapat apabila aku berkelakuan dingin.

Pintu bilik UBK diketuk sebelum aku masuk ke dalam. Aku mencari kelibat Cikgu Dian, cikgu kaunseling di sekolah ku.

Tiba-tiba terjengul kepala cikgu dibalik bilik rizor membuat wajahku berubah. Perasan akan kehadiran cikgu, tubuhku dipaksa berdiri semula dan mendekati cikgu yang sedang ketawa. 

“Cikgu kejutkan awak, ya? Maaf, cikgu tak perasan awak masuk tadi.” aku hanya senyum segaris tanda tidak mengapa dengan itu.

“Kenapa cikgu panggil saya datang sini?” soalku kepadanya.

Cikgu Dian berhenti melakukan pekerjaannya dan berdiri sepenuhnya dihadapan mataku. Dia memerhati kawasan lantai sebelum mengangkat matanya merenungku. “Nanti lepas sekolah, saya nak awak kumpulkan PRS dekat sini ya? Saya ada tugasan untuk diberitahu kamu semua nanti.”

Aku mengangguk faham.

“Ada apa-apa lagi ke, cikgu?” soalan kedua dilontarkan sebelum aku beredar.

“Ah. Tak ada dah. Awak boleh pergi. Terima kasih Izz tolong cikgu.” aku angguk lalu beredar dari situ.

Aku naik tangga menuju ke kelas tanpa sedar telah berpampasan dengan seseorang lalu ditegur.

“Izz!” dia menegurku riang membuatkan aku berkerut memandangnya. Atas bawah aku menilik gaya dia yang seperti telah lama mengenaliku. Tak pernah pula aku melihat lelaki ini dimana-mana. Dengan rambut terpacaknya lagi.

“Er ya? Junior ke?” pertanyaanku berjaya membuahkan gelak lelaki-tak-ada-nama tu.

“Sayalah. Daniel, awak tak ingat ke? Classmate awak masa form 3?” makin berkerut dahiku mendengar perkenalan tersebut. Daniel tang mana pulak ni?

“Oh. Saya lupa, awakkan mana pernah ambik tahu hal orang.”

Eh dah kenapa tiba-tiba. Tak ada kacau dia pun tetiba nak perli-perli aku bagai. Makin jelek aku dengan perangai angkuhnya itu. Secara diam mata diguling perlahan.

“Takde benda nak cakap kan? Aku naik dulu. Lepas sekolah nanti cikgu nak jumpa PRS. Assalamualaikum.” pesanku dan berjalan naik menuju ke kelas.

Well, at least dia tak stern dengan aku.”

꧁   ꧂


Bilik kaunseling bising hanya kerana dibanjiri oleh pelajar berseragam ungu. Aku dan Mai mengambil tempat duduk paling hadapan memandangkan yang lain awal-awal lagi sudah melabuh punggung di belakang.

Cikgu masih belum masuk ke dalam ruangan tersebut membuatkan suasana semakin hingar dengan suara mereka.

Aku melepas keluh. Terlalu sesak.

Her Remedy.Where stories live. Discover now