02

86 6 0
                                    

Bab 2|Accidentally.

SELALU bila datang rumah orang, aku akan duduk je sebelah mama. Tak pun duduk dengan mak tok dalam bilik. Tapi hari ini berbeza. Berbeza bila aku kena duduk menghadap mamat poyo tu 24/7.

Mama dah tak kasi aku terperap dalam bilik. Katanya aku kena ambik angin luar. Terperuk dalam bilik boleh buat apa je.

Lagipun bilik mak tok nak kena ubahsuai sikit. Lagilah aku kena punggah keluar balik baju-baju aku semua.

Aku mengeluh. Bagasi kecil milikku diseret masuk kedalam sebuah bilik kosong. Mama dan mak tok akan tidur di bilik lain yang mana terletak sama aras dengan anak-anak maklong yang lain.

Sengaja aku meminta untuk duduk berasingan. Supaya tidak dikacau oleh sesiapa. Memandangkan Kak Ida masih ada seorang lagi anak kecil jadi kukira itu adalah alasan terbaik untuk aku tidak sebilik dengan mama atau yang lain-lain.

Bilik itu terletak jauh dari kawasan dapur dan juga ruang tamu. Sebelah bilik tu, ada lagi satu bilik yang berpintu cerah. Kukira itu stor. Jadi malas nak ambik pusing aku terus memulas tombol pintunya.

Maka terhidanglah satu permandangan dilautan mataku. Pertama sekali aku nak cakap. Cantik. Bilik ni lebih kurang macam bilik aku. Berona putih dan dicampur dengan warna yang dominan dengannya. Iaitu hitam.

Nice.

Buat pertama kali aku rasa kagum pada decoration sesebuah bilik. Bunyi roda kecil bagasiku terhenti setelah aku menyandarkannya dihujung sudut bilik tersebut.

Aku mengamati setiap hiasan dibilik tersebut. Pandai mak long hias. Bisikku dalam hati.

Dari setempat ke satu tempat aku geledah hingga kurasakan penat yang menjalar dan melemahkan otot sendiku. Aku membuat keputusan untuk mandi terlebih dahulu.

Gendir pintu kutolak dan kukunci dari dalam. Masuk je, mataku pula terpandang pada satu lagi pintu. Dahi berkerut cantik. Bilik apa pulak yang ada dekat sebelah ni?

Lantas kugerakkan kakiku kearah pintu tersebut. Stor tadi ke? Berkira-kira aku untuk menolak daun pintu tersebut tiba-tiba ia terbuka dengan sendirinya. Aku terundur ke belakang.

"Lalala~" orang itu berhenti di ambang pintu.

Mata tidak berkerdip. Aku juga.

Lama kemudian terdengar jeritan yang bergabung meriuhkan segenap ruang. Kami sama-sama berpaling kearah yang bertentangan.

"Apa kau buat dekat sini, betina?" gema suara itu menjerkah aku dari belakang.

Aku diam. Mulut terkunci rapat. Jantung usah dicerita. Berdegup pantas seperti baru sahaja berlari satu padang.

"Kau nak mengintai aku mandi ke?" sekali lagi suara itu membidas membuatkan aku menggeleng kuat. Menidakkan segala tebakannya sekaligus untuk mengembalikan maruahku.

Tiba-tiba pintu dihentak kuat. Terhinjut bahuku.

"Dahtu kau buat apa kat sini?!" tempelaknya kuat.

Terus aku berlari keluar dari situ. Pintu dihempas bagai ingin roboh. Muka ditekup. Malu!

꧁ ꧂


"Dia mengintai adik mandi!" semua menggeleng kepala melihat remaja itu menjerit naik hilang anak tekak. Sepertinya sedang dilanda satu masalah besar.

"Izz dah cakap kan yang dia tak sengaja. Adik jangan marah dia.".Kak Ida cuba menenangkan anaknya yang mencerlung mata kearahku.

Ruang tamu yang menempatkan boleh lebih 10 orang disitu terasa sempit padaku. Haba yang menjalar ke seluruh tubuh membuatkan aku rasa tidak selesa. Wajah terasa kebas dek insiden petang tadi.

Her Remedy.Where stories live. Discover now