03

83 6 0
                                    

Bab 3|Matrix.

AKU gigit bibir. Permukaan meja diketuk beberapa kali dengan jemariku. Setelah itu dibawa pula ke hujung bibir.

Rambut digaru perlahan. Pensel mekanikal ditangan berpusing-pusing pada jari. Kertas soalan Matematik Tingkatan 4 ditenung bagai hendak tembus.

Kenapa soalan ni susah sangat?

Aku letakkan pensel mekanikalku dan mencapai telefon pintar disebelah. Nama Mai dicari dalam senarai kenalan.

"Hai kami dari syarikat insurans. Nama saya Umairah. Ada apa yang boleh saya bantu? Cik nak beli insurans ke?"

Aku buang keluh. "Stop buat lawak Mai."

"Kau ni. Tak sporting ah. Ha pe kau nak?" dengus Mai kemudian aku menyelak terus kertas soalan dihadapanku.

"Soalan matriks tingkatan 4 kau dah buat belum?" soalku berharap agar Mai sudah menyiapkan segala jenis soalan yang ada.

"Em. Kejap eh. Aku rasa aku dah buat. Kejap aku tengok jap." kata Mai. Kemudian suaranya menghilang. Mungkin sedang menyelongkar segala kertas diatas meja belajar.

Aku termenung sebentar melihat soalan yang tertera didada kertas. Rasanya soalan ni aku dah pernah buat tapi kenapa aku tak ingat jalan kira dia?

Tangan naik mengetuk kepala sendiri. Bebal tak pernah hilang. Soalan yang macam ni pun tak boleh nak buat.

"Izz, sorry. Kucing aku buat hal. Dia pegi koyakkan kertas tu." suara Mai mengembalikan aku ke alam nyata. Sekali lagi aku terkaku. Habis tu macam mana ni?

"Kau langsung tak ingat ke macam mana jalan kira dia?"

"My bad. Ingatan aku tak berapa nak kuat buat masa ni memandangkan esok dah nak pergi Langkawi! I is excited, you know." dari nada suaranya juga sudah kutahu bahawa dia sedang gembira.

"Okey. Have a nice vacation." ku berkira untuk meletakkan gagang namun dek panggilannya tindakanku terbantut.

"Kau duduk rumah mak long kau ke sekarang?"

"Hm."

Aku menanti lagi sambungan kata dari Mai.

"Memandangkan kau duduk dekat rumah mak sedara kau, apa kata kau tanya mamat Korea celup tu. Mana tahu dia boleh jawab."

Dahiku berkerut. Mamat Korea celup? Sejak bila dalam rumah ni ada orang mata sepet tu?

"Ala kau ni. Anak sepupu kau tu lah. Mamat poyo. Kau kan bagitahu yang dia ambik pure science. Mesti dia boleh jawab soalan matriks macam kacang goreng. Untung-untung kau boleh spend time dengan dia." usul Mai membuatkan aku tarik nafas panjang. Mata digulingkan tanda menyampah.

"Rot in hell." setelah itu kuputuskan talian. Telefon kuhempas perlahan. Kertas tadi aku genggam. Soalan yang susah nak mati tadi aku tenung.

Kenapa dalam banyak-banyak bab yang aku belajar soalan ni yang nak keluar?

Pensil mekanikal kembali ditangan. Hujung pensel itu dicucuk ke dalam pipi. Kalau soalan yang ini ada formula ke?

Langsung aku tekup wajah pada meja. Kenapa susah sangat ni nak ingat?

Jam pada handphone dikerling. Dah pukul 11 malam. Tapi satu soalan matriks pun aku tak faham. Benak mula teringat pada kata Mai.

Bibir diherotkan. Patut ke aku tanya?

Esok je lah! Kertas tadi ditutup dan aku berjalan menuju ke katil. Bantal ditepuk seperti selalu aku lalukan sebelum tidur. Aku baring dan selimut ditarik rapat ke dada. Bersedia untuk melelapkan mata.

Her Remedy.Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum