04

73 7 0
                                    

Bab 4|Five.

HENFON berdering beberapa kali membuatkan aku rimas. Nombor yang tertera ditilik sebelum aku merengus kasar. Nombor ni dari semalam tak habis-habis kacau aku.

Aku switch offkan henfon sebelum bangkit dari duduk. Sempat kukerling figura disofa panjang menghadap tv. Belum aku melewatinya, namaku telahpun diseru.

“Izz,”

Rolling eyes. Mamat ni sengaja nak cari pasal dengan aku kan? Aku datang dari belakang sofa. Dari hujung ekor mata, aku melihat dia yang sedang memegang tekaknya.

“Tekak aku peritlah.” katanya tanpa dipinta. Kening dijungkit tinggi. Hairan.

“Kan best kalau dapat minum milo ais tabur masa-masa macam ni.” aku angguk mengiyakan kata-katanya. Aku pun dahaga jugak.

Lelaki itu merengus melihat aku masih berdiri. Dia pusing memandangku. “Dah tu kau tercegat apa? Pergilah buatkan aku air.” dia memberi arahan pula.

Aku berkerut. Jari telunjuk naik mengunjuk pada wajah bertanya sekiranya dia menyuruh aku buatkan dia air tu atau bagitahu aku supaya aku bagitahu Kak Ida.

Wajah diraup kasar. “Kaulah. Takkan air tu datang sendiri dekat aku kut.” sinis dia berkata menyindirku. Aku buat muka toya.

“Kau jangan buat lupa ya. Kau hutang 5 permintaan dengan aku.” diam-diam aku menggulingkan bebola mata tanda menyampah dengan sikapnya yang angkuh.

Perlahan kaki melangkah menuju ke dapur. Perihal semalam diulang tayang semula dalam benakku.

“Dah siap!” suara lelaki itu memecah masuk ke dalam rongga telinga.

“Benda senang pun kau tak boleh jawab ke? Matriks ni dari tahun lepas lagi dah masuk exam. Dengan bab tahun ni lagi. Sempat ke kau nak reverse balik?” dia perhati aku susun balik kertas-kertas soalan tadi.

“Dengar kata matematik tahun ni ada subtopik Add Maths yang masuk. Kau rasa kau boleh carry ke?” sambungnya lagi tidak putus mengajak aku untuk berbual.

Aku tahu dia takde niat nak perlekehkan aku tapi boleh tak berhenti tanya kemampuan aku. Aku tak suka sembang soalan macam ni.

“Nanti kalau apa-apa kau tanya je aku. Insha-Allah aku boleh jawab.” aku berhenti seketika. Mata tunak pada kertas tersebut walau telinga masih cekap mendengar tutur katanya. Aku tahan bibir dari menyungging senyum sinis. Sekarang kau nak berlagak dengan aku mentang-mentang aku datang pada kau? Huh!

I don't need someone to give an answer but I need someone to show me the way to get the answer. The rest, I'll do it by my own.

So, aku harap kau dapat mark untuk soalan tu dengan cara yang aku ajar. Bab yang ini senang untuk dapat markah bonus asalkan kau rajin buat latihan.” persis seorang motivator, dia mengagahku supaya lebih rajin. Tapi cara dia mengajar berbeza dengan apa yang aku faham dalam kelas. Otak aku pun tak berbelit lepas dia terangkan macam mana nak buat. Sampaikan ada dua tiga soalan yang aku buat sendiri betul tanpa bantuan dia. Senang kata, aku dah master untuk soalan ni.

Aku senyum sedikit. Aku harap aku boleh jawab dengan baik bila keluar soalan yang sama lepas ni.

Jejaka disebelah aku menepuk tangannya sekali menggamit perhatianku.

“Jadi, memandangkan aku dah ajar kau sampai kau dah bijak pandai bestari macam ni, kau kena tunaikan lima permintaan aku.” aku tercengang. What the fish?

Aku tak pernah setuju pun nak tunaikan permintaan dia.

I don't accept no as an answer.” suaranya terngiang-ngiang lagi di cuping telinga.

Her Remedy.Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu