01

116 7 0
                                    

Bab 01| So called brother.

MALAM itu aku bertanyakan pada mama, sama ada dia mempunyai apa-apa rancangan sewaktu cuti panjang ini. Kata mama, kami akan pulang ke rumah mak tok dan tinggal disitu hingga tamat cuti panjang ni.

Aku mengangguk. Walau sejujurnya aku kurang berkenan dengan rancangan mama. Bukan apa, rumah mak tok tak adalah jauh mana. Kira-kira lima kilometer sahaja dari rumah kami tapi kenapa dalam banyak-banyak rumah, rumah mak tok jugak jadi pilihan mama?

Tanpa berlengah aku membuka aplikasi WhatsApp Mai dan memberitahu akan rancangan mama. Terus Mai menelefonku.

"Kau kena balik rumah mak tok?" aku mengangguk.

Sedar bahawa aku sedang berbicara secara maya, keluh kubuang kasar.

"Ya." sepatah.

"Hsst." telefon dijauhkan dan mata memincing kearah nama yang tertera. Minah ni kalau sehari tak usik aku tak sah.

"Nampaknya jodoh kau dengan dia masih panjang lah ya? Haha. By the way, goodluck bila dah duduk dengan mak cik-mak cik kau. Moga-moga tak adalah yang celopar sangat nak compare markah exam akhir tahun kau dengan dia."

Satu je nak cakap. Tak guna. Mai memang tak guna. Aku ingat bila dah ngadu dekat dia adalah idea-idea bernas yang keluar dari mulut dia tapi dia duk berdoa jodoh aku berpanjangan pulak dengan mamat poyo innocent tu.

"Bye." kataku berniat untuk menutup panggilan tersebut.

"Eh! Alolo kawan aku merajuk pulak dia."

Aku guling bebola mataku keatas taktala perkataan 'merajuk' menerobos masuk ke dalam rongga telinga. Geli anak tekak. Tolonglah. Siapa yang nak merajuk? Benda kecik macam tu tak pernah ada dalam kamus hidup aku.

"Izz," Mai mula memanggil namaku.

"Hm."

"Kau marah ke?" aku senyap. Dia dah tahu aku tak suka dikaitkan dengan mamat tu, apalagi yang dia tak faham? Nak aku eja satu-satu ke perkataan benci tu baru dia nak faham yang aku tak boleh terima mamat tu dalam salah silah keluarga aku.

"Em marah lah tu. Anyways Izz, mak aku selalu pesan,"

Satu sikap yang aku perhati pada Mai, dia selalu petik nama mak dia bila nak turunkan pesanan dekat aku. Apa. Selama ni memang dia bagitahu mak dia lah yang kawan dia ni jahat nak mampus?

Aku masih lagi diam. Diam-diam mendengar kata-kata dari mak Mai tersebut.

"Jangan terlalu benci nanti jatuh sayang."

Siut.

Baru je aku nak bukak mulut selar kata-kata itu, talian sudah diputuskan. Aku merengus kasar. Mai memang tak guna!

Nak je aku hentak fon tadi lepas dengar dia punya madah. Nasib fon ni mama yang hadiahkan untuk aku sempena gred pt3 aku yang dapat 7A.

Tahu tak seberapa tapi cukup untuk dibanggakan. Mama tak ada anak yang lain jadi akulah satu-satunya anak yang dibanggakan oleh dia. Dan aku, aku nak balas balik apa yang mama dah bagi pada aku.

Aku angkat kepala taktala pintu bilik diketuk. Wajah mama senyum terjengul dimuka pintu.

"Izz, nanti jangan lupa pack barang. Esok kita balik rumah mak tok." pesan mama sambil menyongsor sebuah bagasi masuk ke dalam bilikku.

Aku sekadar memandang. Esok?

Mama ukir senyum lagi. "Bukan apa, Cik Naa dengan Kak Ida nak balik lusa. Alang-alang tu mak long suruh mama buatkan mee kari untuk makan sambut diorang balik."

Her Remedy.Where stories live. Discover now