06

65 7 0
                                    

Bab 6|Secret.

SEPERTI semalam, kami tidak bercakap banyak. Hanya bunyi sudu dan garfu sahaja berlaga sesama sendiri ketika makan. Sama ada Kak Ida mahupun maklong bersama Cik Naa, masing masing memilih untuk membisu. Tentang hal semalam masih lagi berada difikiran mereka ataupun tidak, aku tidak pasti.

Namun aku, sudah semestinya akan tetap begini meskipun hal semalam tidak pernah berlaku. Dan yang paling ketara perubahannya pastilah orang disebelah aku ni. Aku jeling dari ekor mata. Hanya mulutnya bergerak mengunyah isi di dalam.

Aku tak faham motif dia nak duduk sebelah aku sedangkan kerusi disebelah Aisyah masih kosong.

Ooo...mungkin juga kerana semalam Aisyah memarahinya. Tapi setahu aku, Aisyah marah macam manapun, dia tetap duduk sebelah kakak dia. Kemungkinan dia kecil hati sebab kakak dia tak sebelahkan dia semalam kut.

Aku teruskan suapan. Berhenti menelah isi keluarga tersebut. Biarkan. Aku tak nak masuk campur hal mereka anak beranak. Sama ada baik atau buruk, aku tidak ingin menyibuk.

'Tapi kau lupa ke kenapa diorang gaduh semalam? Bukan ke semua punca tu sebab kau ke?'

Tiba-tiba nasi goreng mak long terasa tawar di kerongkong.

Memang sebab aku ke? Kepala diangkat semula merenung sekilas air muka mereka.

Tetapi Kak Ida perasan akan tingkahku lalu bertanya, "Kenapa? Kak Ida masak tak sedap ke, Izz?" aku kaku. Kak Ida masak? Perut terasa sebu. Lagi membuatkan aku malu, semua menghentikan perbuatan mereka dan melihat aku.

Aku geleng sambil senyum segaris. Kemudian menyambung suapanku. Tidak mahu terus menjadi tumpuan.

"Izz...," namaku dipanggil semula membuatkan aku mengangkat bening mata.

"Akak nak mintak maaf," perlahan suaranya menerobos masuk ke dalam rongga telinga.

Aku senyum lagi. "Kak Ida tak buat salah dengan Izz. Izz tak terasa sikitpun", kataku mengambil hatinya.

Wanita suku abad itu mengangguk kepalanya dalam teragak-agak. Seperti ketakutan. "Terima kasih", aku berkerut tidak pasti.

Terima kasih? Untuk? Sebab aku maafkan dia?

Kalau betullah sebab tu, like wow, aku tak sangka Kak Ida akan cakap macam tu. She's 37, though! And me...only 17's. That would be an awkward moment if she seek for my apologise.

Mesti ada sesuatu terjadi, kalau tak Kak Ida takkan tiba-tiba mintak maaf dengan aku.

Aku kerling ke tepi. Memandang anaknya yang diam tidak berkutik menelan setiap butir nasi yang disuap. Dah berjangkit dengan aku ke, tak nak bercakap?

Dan bagaikan sedar diri diperhati, langsung kepalanya diangkat dikalih menghadapku. Keningnya dijungkit sedikit seakan bertanya kenapa. Sekilas aku menjeling dan meneruskan suapan.

Suasana di meja ketika itu bertukar suram semula. Langsung tiada suara yang cuba mencelah sepi.

꧁ ꧂


Aku masuk ke dalam bilik sementara menunggu waktu asar masuk. Tangan dilipat dibelakang kepala memandang siling putih. Termenung.

"Izz." aku menjeling seketika pintu yang terkuak itu sebelum bangun dari pembaringan. Merenung gerangan itu tidak henti.

"Boleh mama masuk?" aku angguk kecil membenarkan mama masuk ke dalam bilik. Pintu dikatup rapat dan mama mendekatiku bersama senyumannya.

Aku memerhati segala gerak geri mama yang mencapai jemariku dan digenggam kuat. Aku diam meski hati sudah lebat dengan persoalan.

Aku ada buat salah ke.

Sekejap mama memandang aku kemudian dia memerhati segenap bilik berona itu. Dan terhenti di pintu kamar mandi. Dia ketap bibir sebelum menoleh kearahku.

"Mama okey?"

"Izz okey?"

Kami bertanya serentak. Mama tampak terkejut dengan soalan aku.

Aku hanya mengangguk menjawab pertanyaan tadi. "Mama okey?" dan mengulang semula soalan aku.

"Mama risaukan Izz. Diorang asyik tanya pasal Izz dengan Danish je. Mama takut Izz tak selesa. Betul Izz okey?"

Tanya? Pasal aku dengan mamat poyo tu? Kenapa?

"Izz dengan Danish okey? Dia ada buat apa-apa dekat Izz? Bagitahu mama." desak mama bersama wajah yang aku tak tahu macam mana nak describe.

Desperate mungkin?

Kepala ditunduk sedikit. Aku tak tahu aku kena buat apa. Mama dah macam putus asa bila Kak Ida asyik tanya pasal aku dengan anak dia.

Aku genggam tangan mama erat dan kepala diangkat semula. "Izz dengan dia okey. Hari tu Izz mintak dia ajar Izz math je. Dia pun okey dengan Izz."

Kening mama yang berkerut sedari tadi mula mengendur meskipun aku tahu mama masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

Aku senyum dan mengangguk. "Dia baik." aku terpaksa menipu demi mama supaya dia tidak risau akan aku lagi. Walaupun aku rasa macam aku nak muntah lepas puji mamat tu.

"Mama janganlah risau sangat dengan Kak Inaa tu. Izz tahu dia cuma risau pasal anak dia. Macam mama sekarang?" pujukku dan mengelus belakang tangannya.

Sedikit demi sedikit mama menarik senyum. Pahit.

"Ya mama tak risau dah. Izz jaga diri tau." aku senyum. Mama ni bercakap macam aku tinggal berbatu dari dia namun tetap jua aku mengangguk.

Mama usap kepala aku dan bangun untuk berlalu.

"Tolong tutup pintu." aku senyum sambil menampakkan gigi apabila mama memandang kearahku.

Senyap.

Aku baring sambil mendepakan tangan. Kembali menyambung lamunan.

Krek.

Bunyi pintu dibuka semula. Aku bangun. Berfikir bahawa mama tertinggal sesuatu tetapi sangkaanku meleset apabila dia yang menapak masuk. Dari pintu tandas.

I should lock the door next time.

"Kau cakap apa dekat mama kau pasal aku?" terjahnya dan memegang lenganku kasar.

Aku hanya berkerut berpura-pura tidak memahami kata-katanya.

"Jangan belagak innocent eh. Aku dengar semua tadi. Kau cakap apa?"

Oh dengar lah? Lepas tu pahal tanya lagi?

Berang aku dibuatnya. Semerta lengan aku rentap. "Kenapa? Mama aku, suka hatilah."

"Masalahnya yang korang dua beranak ni bercakap pasal mummy aku pahal?"

"Kitorang ada mulut kan?"

"Eh kau ni!"

"Kau tak tahu malu ke terjah bilik perempuan? Blah lah semak!" herdikku sambil menolak dia ke pintu yang dia masuk tadi meskipun dia tampak tidak puas hati.

Lepas dia keluar, aku kunci pintu dan berjalan semula ke katil. Benak kembali teringat panorama siang tadi dimana dia dan Kak Ida duduk berdua.

Aku berada di balik dinding yang memisahkan ruang dapur. Tidak sengaja mendengar perbualan dua beranak tersebut.

"Thank you mummy!"

"Ya. Adik tu jangan buat macam tu lagi. Takut mummy tahu."

"Hehe. Saja je test."

Kemudian kembali senyap. Mungkin mereka berdua sudah beredar dari situ.

Aku mengintai sedikit dan betullah sangkaanku. Mereka sudah tiada. Ragu dengan tingkah mereka berdua. Apa yang diorang borakkan?

Ada kaitan ke dengan kejadian semalam?

Ah. Kau sibuk kenapa?

Aku tersedar dari lamunan panjang. Kini mengeluh. Betul, kenapa aku kena sibuk hal orang.

Mata mula dipejam dan aku hanyut dalam mimpi.

to be continued,

Her Remedy.Where stories live. Discover now