10

61 7 0
                                    

Bab 10|My cousin.

“IZZ, cepat ada orang dekat luar ni!”

Aku percepatkan langkahku bersama beg di galas di sebelah bahuku. Suara mama kuat bergema membuatkan aku terkocoh-kocoh keluar dari bilik.

Kelihatan mama sedang memegang sudipnya berdiri di muka pintu yang terbuka. Aku angkat kening bertanya siapa.

“Kak Ida datang nak hantar Izz pergi sekolah.” beritahu mama lagi. Kemudian seorang perempuan masuk ke dalam rumah kami dan tersenyum memandangku yang sudah siap.

“Kan Izz selalu pergi naik bas je. Kak Ida tak busy ke sampai nak hantar Izz pergi sekolah ni?” soalku hairan.

Kak Ida senyum lagi. “Alang-alang nak hantar adik, tumpangkan Izz sekali lah.” aku angguk sekali.

Maknanya mamat tu ada sekali. Tch. Aku lagi rela naik bas dari naik satu kereta dengan dia. Pagi-pagi dah kacau hidup aku.

“Mehla masuk dulu Ida, kita sarapan dulu. Awal lagi ni. Izz selalu pergi sekolah pukul 6:50. Ajak Danish sekali makan.” tanpa aba-aba, muncul pula seorang lelaki berseragam putih masuk ke dalam rumah. Bahu aku jatuh melihatnya. Tak ada semangat.

Kami sama-sama makan di meja dan sekejap-sekejap mama dan Kak Ida berborak bagi menghilangkan kesunyian di meja makan.

“Lepas ni boleh lah adik pergi dengan Izz naik bas. Izz tolong tengokkan adik ya?”

Aku nampak lelaki itu senyum kearah mummy-nya dan melalukan pandangannya kearahku bersama senyuman sinis.

And my day start again with this crack.

“Nanti adik balik dengan Izz aje ya? Mummy kena bawak Nisya pergi check-up.”

Dia mengangguk dan salam dengan ibunya. Aku hanya melihat.

Izz tengok-tengokkan adik ya? Kalau dia nakal piat je telinga dia.” sempat Kak Ida menurunkan pesanan kepadaku buat kedua kalinya sebelum kami turun dari kereta tersebut.

Kepala sekadar dianggukkan dan juga bersalaman dengannya.

Aku mengeluh melihat betapa ramainya manusia yang melihat aku dan dia turun dari kereta yang sama. Ada yang melihat aku tidak puas hati manakala ada juga teman-temannya yang tersenyum-senyum kearahku.

Aku membiarkan dan bergerak menuju ke kelas. Hari ini jadual tugasku berikan pada Fisya memandangkan aku ada tugasan lain. Sebaik sahaja aku meletakkan beg galasku diatas kerusi, aku diterjah oleh Mai yang kebetulan sama-sama sampai ke kelasku.

“Fuh Izz! Berita panas lagi hangit yang patut kau tahu.” dia dah start dah buat perangai mak cik tua.

“Apa?” aku memandangnya malas dan berkerut.

Mai mencebik dan menarik kerusi disebelah. Pipi ditongkat dan dia memandang aku tidak berkelip.

“Kau tahu tak, kau dah jadi famous disebabkan cousin kau yang semalam sampai, tak sempat 30 minit dah buat cikgu mengata dia tahu.” aku pasang wajah toya seakan tidak kisah dengan semua itu.

Kening aku jungkit sebelah dan sama-sama tongkat dagu memandangnya yang masih lagi bercakap.

“Tak faham ke siut? Budak-budak sekolah dia semua tak puas hati sebab kau rampas diorang punya prince charming. Aku yang dengar pun tak percaya kau tahu. Dalam sekolah diorang, cousin kau tu budak top yang paling handsome! Ha lagi satu,” aku dengar dengan setia. Mai tercunggap-cunggap menahan nafas sambil mata melirik kearah jam yang mengunjuk pukul 7:30 pagi.

Her Remedy.Where stories live. Discover now