09

63 7 0
                                    

Bab 9|Exchange.

HARI itu aku datang lebih awal sedikit memandangkan aku bertugas di hadapan pintu pagar. Tugas-tugas dihadapan sekolah masih lagi aku yang laksanakan kerana aku masih lagi belum temui calon yang sesuai untuk mengganti tempat pengerusi.

Aku dan juga seorang lagi pengawas PRS lelaki berdiri menyambut pelajar lain ke sekolah. Tepat jam 7:45 pagi loceng dibunyikan dan nama mula ditanda pada mereka yang lewat tiba ke sekolah.

Tugas itu diambil alih pula oleh pengawas sekolah yang sedia menunggu di pondok guard sekolah.

Aku mengucapkan terima kasih kepada pengawas lelaki tadi dan sempat menjeling nametag-nya. Sufian.

“Terima kasih Sufian.” dia tersenyum dan mengangguk. Kemudian beredar masuk ke kelas.

Aku juga begitu. Beg galas yang diletak di pondok guard disangkut pada bahu. Niatnya mahu pulang ke kelas namun terbantut apabila sebuah bas persiaran berhenti di hadapan sekolah.

Kening berkerut. Ada pelawat ke?

Dan ketika juga, Cikgu Dian beserta tiga pelajar berpakaian seragam ungu tiba di pintu pagar.

“Eh Izz, tak masuk kelas lagi?” aku senyum mendengar teguran cikgu lalu mengangguk.

“Baru nak masuk.”

“Alang-alang Izz ada, cikgu nak mintak tolong boleh?”

“Tolong apa cikgu?”

“Ni haa, budak-budak ni tak tahu blok tingkatan 5 dekat mana. Pelajar sekolah Royale datang hari ni, jadi cikgu nak mintak Izz lead tour ni, boleh?” aku berkerut sahaja mendengarkan permintaan cikgu. Mata mengerling tiga junior perempuan menyorok di belakang cikgu.

Form berapa?”

Mereka bertiga kelihatan takut-takut menjawab kerana aku tidaklah begitu ramah menegur budak-budak junior. Nak jejak kaki dekat blok diorang pun susah. “4.”

Aku kerut lagi. Tak logik kalau empat tahun duduk sekolah tak tahu blok tingkatan 5 dekat mana. Selalunya ada je junior datang hantar hadiah dekat senior lelaki blok aku. Ke acah innocent semua ni?

Tak payah fikir sangatlah Izz. Mungkin diorang betul-betul tak tahu.

Memandangkan blok tingkatan empat tidak sama dengan tingkatan lima mungkin wajar mereka tidak tahu. Heh. Abaikan aje lah.

Aku pandang lagi mereka bertiga sambil menarik senyum kecil. “Tak apa. Awak bertiga ikut saya. Kenal-kenal dengan area situ. Nanti apa-apa senang awak semua dah tahu blok tingkatan 5 dekat mana.” 

Setelah aku berkata begitu, baru mereka senyum walau kelihatan kekok kemudian mengangguk.

Kami mula fokus pada pelajar dari lawatan tersebut. Habis sahaja cikgu Dian memberi sepatah dua pesanan, barulah dia meminta aku dan tiga lagi junior tadi untuk bergerak menuju ke blok.

Aku dan budak form 4, bernama Mayah mengetuai rombongan dan dua lagi mengekor dari belakang rombongan pelajar yang dibawa.

Kami bermula dari kawasan sekolah, blok tingkatan satu dan dua, kemudian ke taman simfoni yang berdekatan dengan blok tingkatan tiga dan empat. Kami mengelilingi sekolah sehingga betul-betul di kawasan blok tingkatan lima dan enam.

Koridor kelas tingkatan lima mula bising apabila pelajar rombongan tersebut menapak masuk ke blok. Ada yang menjerit kesukaan kerana telah menemui lelaki kacak dari sekolah lain serta ada juga bersiul-siul kecil. Tch. Memalukan title sekolah agama.

Her Remedy.Where stories live. Discover now