17

81 3 0
                                    

Bab 17|Play along.

MEH aku tolong kau angkat hadiah tu.” Hamper yang berat itu diangkat bersama Mai. Berhati-hati kami melangkah membawa hadiah beraneka itu menuju ke dewan.

“Izz, kau rasa Danial tu macam mana?” aku menoleh mendengar soalan yang diaju oleh Mai tentang Danial. Aneh mendengar suara itu menyebut nama lelaki tersebut. Selama dia berkawan dengan Danish, dia pula yang anti dengan Danial.

Entah apa lah yang lelaki tu cakap dekat dia sampai benci Danial sebegitu.

“Macam mana, macam tu je.”

Mai menjuih bibirnya ke depan.

I mean, dia ada buat something yang-, eh no um, you know—,”

Tiba kami di sebuah wakaf, kami berhenti seketika. Tak selesa berbual sambil membawa hamper ditengah-tengah. Aku jungkit kening meminta Mai untuk menyambung kembali bicaranya namun kelihatan dia teragak-agak pula.

“Aku, tak tahu nak cakap macam mana, dia tu, I mean, Danial. Danial, dia tu, menakutkan pada aku.”

Does he did something to you?

Mai geleng.

“Then?”

Aku berkerut melihat Mai tunduk bermain dengan jemarinya sendiri. Hairan sekali dengan sikap gelisah yang dipamerkan. Mai dengan Danial ada apa-apa ke? Atau Danial ada buat apa-apa dekat Mai hinggakan Mai resah semacam ni?

I don't know what's the point he got closed to you but the matter is he scariest. I always sees him with few girls student here, some of them are our juniors and some of from our batch. He keep change the girls he wants to. Womanizer! Yes that's the word.”

Bersungguh sungguh Mai bercerita namun aku tidak tahu kenapa dia harus membuka cerita itu kepadaku. Aku juga tahu akan hal itu. Kerap kali aku melihat Danial bersama pelajar sekolah ini keluar bersama. Tapi apa masalahnya dengan aku?

Its before Danish told me that he—”

“Izz!” aku menoleh. Kelihatan dua orang lelaki datang mendekati kami. Seorang bersama senyuman lebar, seorang lagi dengan wajah beku dingin.

Adam menyengih memandangku. “Cari Danish ke? Dia dalam kelas, study subjek killer katanya,” ujarnya. Berkerut dahiku mendengarnya. Suka hati dia je cakap aku cari mamat poyo tu.

Mata beralih memandang Mai yang sudah mengatup mulutnya. Matanya meliar ke kanan dan kiri mengatakan dia masih gelisah. Mungkin dia tidak mahu orang lain mendengarnya.

“Korang nak hantar mana hadiah ni?” Mikaeyl bertanya sambil mata bersilih ganti memandang aku dan juga Mai.

“Dewan.” Kemudian aku nampak dia menganggukkan kepalanya.

“Adam cakap dia nak tolong korang.”

“Bila— ha betullah. Hehe.”

Mulut bergerak membentuk bulatan.

“Takpe ke? Tak menyusahkan? Berat ni,” ujar Mai sedikit prihatin. Aku angguk sekali mengiakan kenyataan tersebut.

“Eh! Tak apa! Aku memang suka angkat barang berat-berat ni. Mana boleh biarkan orang lain angkat, nak-nak yang angkat tu perempuan. Lagilah aku kena tolong. Mika pun tahu tu.” Sambil berkata, dia menjeling Mikaeyl yang menayang wajah tanpa riaknya.

Dia angkat kening sambil menyambut bahagian hamper di sebelah lagi.

“Boleh? Korang tak ada exam ke masa ni?”

Her Remedy.Where stories live. Discover now