Prolog

8.6K 566 176
                                    

Kaki Nayla melangkah mendekati hujung kolam yang dalam. Dikatakan oleh orang di situ kedalaman kolam ini ialah 35 meter. Lama Nayla memandang ke arah kolam itu dengan perasaan kecewa.

"Nayla benci Dayyan."gumamnya perlahan dengan mata yang mula berkaca-kaca.

"Nayla suka Dayyan tapi--"Nayla menghentikan percakapannya seraya mengeluh dengan kuat. Sakit hati Nayla!

"Nayla!"

Nayla membekukan tubuhnya apabila mendengar seseorang yang sangat dikenalinya itu menyeru namanya. Siapa lagi kalau bukan Dayyan.

"Nayla Madeeha."seru Dayyan dengan nada lembut. Kakinya berjalan mendekati si manis dengan perlahan. Risau Nayla buat perkara yang bukan-bukan.

"Pergi sanalah!"halau Nayla keras tanpa memandang ke arah Dayyan.

"Tak nak. Dayyan nak berdiri dekat sini dengan Nayla."balas Dayyan dengan senyuman. Disengetkan kepalanya sedikit untuk memandang wajah cemberut itu.

"Buat apa nak berdiri dekat sebelah saya. Pergilah duduk dekat perempuan tu lepas tu peluk perempuan tu ketat-ketat. Dayyan dayus!"kata Nayla tak puas hati. Air matanya kembali bertakung pada tubir mata.

Dayyan ketawa kecil sebelum menarik tangan Nayla agar menjauh dari kolam tersebut. Rupanya si manis Dayyan ni tengah cemburu.

"Look at me, Nayla Madeeha."tangan Dayyan nail memegang tepi wajah Nayla dengan senyuman yang mampu mencairkan hati gadis di hadapannya ini.

"Kesayangan Dayyan ni tengah cemburulah."Dayyan melepaskan ketawa kecil lagi. Jarinya bergerak mengusap air mata Nayla.

"I don't want hug her but I really just want to hug you."tangan Dayyan turun memegang bahu Nayla. Diusap bahu itu penuh kasih.

"Kenapa awak peluk dia tadi kalau awak tak nak peluk dia?"soal Nayla tanpa memandang Dayyan. Melihat wajah Dayyan membuatkan Nayla mahu menangis.

Tubuh Dayyan sudah dicabul oleh perempuan lain. Sepatutnya hanya Nayla Madeeha saja boleh cabul Dayyan!

"Bukan aku yang nak peluk dia tapi dia yang datang peluk aku tiba-tiba. Aku baru nak cari kau dekat dalam sana tapi tahu-tahu kau dah larikan diri."terang Dayyan dengan jelas. Sudah tak mahu bergaduh dengan kesayangannya ini lagi.

"Nanti balik buang baju ni. Baju ni dah kotor sebab perempuan gatal tu."balas Nayla senada. Jarinya menguis baju kemeja Dayyan sebelum bibirnya tarik senyuman nakal.

Nayla cannot merajuk lama-lama dengan Dayyan. Dayyan terlalu hot untuk diabaikan.

"Nak aku buka baju sekarang pun boleh."balas Dayyan dengan senyuman gatal juga. Jari sudah bergerak membuka tiga butang dari atas.

"Don't!"halang Nayla dengan mata yang membulat. Kiri dan kanan dia memandang sekeliling. Nasib hanya ada dia dan Dayyan.

"Why? Bukan kau suka kalau aku shirtless?"soal Dayyan dengan kening yang terjongket sebelah. Kaki melangkah mendekati Nayla.

"Nanti perempuan lain ternampak badan awak. Saya tak suka orang tengok hak milik saya."bisik Nayla malu.

"Argh!"jerit Nayla apabila tubuhnya dipusing membelakangi Dayyan secara mengejut. Lelaki itu memeluknya dari belakang dengan erat sehingga Nayla dapat rasakan ketulan-ketulan roti. Ehem!

Dayyan meletakkan dagunya pada bahu Nayla. Ditatap wajah cantik Nayla sebelum matanya memandang ke arah permandangan laut yang hanya diterangi oleh cahaya bulan.

"Always thinking that I just only love you, Nayla Madeeha. I only love my wife. My beautiful wife. No one can replace you, sayang."bisik Dayyan disebelah telinga Nayla. Dicium telinga Nayla yang dilitupi oleh tudung bawal.

"Apa yang awak boleh lakukan untuk saya percaya dengan kata-kata awak?"soal Nadra dengan wajah berkerut. Dia bukan tak percaya kata-kata Dayyan cuma dia mahu tahu apa yang Dayyan ingin lakukan hanya untuk dirinya.

"Apa yang kau nak aku lakukan?"soal Dayyan pula.

Nayla memusingkan tubuhnya memandang wajah suaminya dengan senyuman penuh makna. Nayla menjengkit kakinya agar wajahnya setara dengan wajah Dayyan. Dicium sekilas bibir merah Dayyan sebelum mengundurkan tubuh menjauh.

"Shirtless."usik Nayla dengan pandangan menggoda.

"Fine!"sahut Dayyan dengan yakin.

"Bye!"laju Nayla berlari menjauhi Dayyan apabila suaminya itu mula membuka butang baju kemeja. Dayyan gatal!

"Silly wife."kutuk Dayyan perlahan sebelum berjalan dengan tenang mengikut langkah Nayla yang sudah menjauh.

Tahulah apa yang dia nak buat dekat isterinya yang terlalu nakal tu.


This is love story about
Dayyan Akhtar dan Nayla Madeeha❤

This is love story about Dayyan Akhtar dan Nayla Madeeha❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now