BAB 16

3.5K 489 111
                                    

Nayla memandang wajah tegang Dayyan dengan pandangan tak bersalah. Siap menayangkan senyuman polos lagi.

"Awak nak masuk dulu ke?"soal Nayla sambil menunjuk ke arah pintu masuk rumah daddynya.

Dayyan menganggukkan kepala tanpa melepaskan anak matanya dari terus memandang wajah Nayla. Matanya turun memandang belakang tangan Nayla yang masih merah. Dia menghela nafas perlahan.

"Aku nak jumpa mommy dan daddy kau. Nak bincang pasal tarikh pernikahan."beritahu Dayyan sebelum berjalan mendekati Nayla yang masih berdiri dihadapan pintu pagar.

"Dan aku nak bagitahu mommy dan daddy kau pasal kau tumbuk Aeril dekat pejabat tadi."sambung Dayyan perlahan dengan senyuman sinis.

Mata Nayla membulat. Dia memusingkan kepalanya kebelakang bagi nemastikan tiada sesiapa yang mendengar. Mati dia kalau Malik tahu dia tumbuk muka Aeril.

Nayla menayangkan riak sedih kepada Dayyan. Tangannya naik mengenggam kot pada tubuh tegap Dayyan sambil memandang wajah Dayyan denga mata yang bulat.

"Janganlah bagitahu daddy. Nanti daddy marah."kata Nayla perlahan. Terkelip-kelip mata Nayla bagi memohon simpati.

"Kau pukul kawan aku, Nayla. Kalau dia buat report polis macam mana?"soal Dayyan sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Nayla memuncungkan sedikit bibirnya. Bukannya dia saja-saja tumbuk si gay tu tetapi dia geram. Dia cuma selamatkan Dayyan dari jadi bahan seksual Aeril.

"Kenapa awak asyik back up dia dari tadi? Awak suka dia juga ke?"soal Nayla dengan wajah tak puas hati. Tangannya turut naik memeluk tubuh.

"No! Aku lurus lagilah dan aku suka dekat kau."balas Dayyan sambil menggelengkan kepala.

"So stop back up him! I'm your future wife not him!"kata Nayla tegas.

"Nayla Madeeha."seru Dayyan mendatar. Dia mengeluh perlahan sebelum menarik hujung lengan baju Nayla. Mahu melihat kesan merah di belakang tapak tangan Nayla.

"He's my friend. You punched him in the face and I'm afraid he'll do something bad around you."kata Dayyan tanpa memandang wajah tegang Nayla. Tak mahu bergaduh.

"Saya tak kisah kalau dia nak buat benda buruk dekat saya! At least dia tak ambil awak dari saya. I'm just protecting you from him!"balas Nayla dengan nada tinggi. Dia merentap lengan bajunya dari dipegang oleh Dayyan.

Dayyan tak faham apa yang dia lakukan. Dia cuma nak selamatkan Dayyan dari jadi mangsa gay tu!

"Dia kawan aku, Nayla. Takkan dia nak ambil aku dari kau. Dia support aku dengan kau lagi adalah."kata Dayyan bagi mengubah mindset Nayla yang asyik berburuk sangka dengan Aeril.

"That's just in front of you, Dayyan. Belakang awak, awak tahu apa yang dia cuba buat? Saya tak bodoh nak biar dia hancurkan hubungan kita."balas Nayla geram. Sayang sangat dekat si Aeril tu.

"Dayyan."Nayla mengangkat tangannya tepat dihadapan wajah Dayyan. Tak mahu lelaki itu bersuara.

"Saya tak gila lagi nak tumbuk muka kawan awak tu saja-saja. I just want to protect you and our relationship. Tolonglah faham untuk kali ni. Semua yang saya buat bersebab."kata Nayla perlahan. Dia mengeluh perlahan sambil menunduk memandang kaki sendiri.

Dayyan memandang Nayla yang menunduk itu dengan dahi yang berkerut. Dia tak tahu apa yang berlaku di antara Nayla dan Aeril.

"May I know why you punched him?"soal Dayyan ingin tahu.

"I will tell you but not now. Kita berdua dalam keadaan beremosi. Saya tak nak bergaduh dengan awak."balas Nayla perlahan. Tangannya mengusap lembut belakang tapak tangannya yang merah.

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now