BAB 20

2.4K 387 65
                                    

Nayla menghelas nafas perlahan. Dia ingatkan jarum yang dicabut dah habis tetapi rupa-rupanya masih banyak. Mendengus kasar dia dengan wajah cemberut.

"Apa bendalah cucuk jarum banyak-banyak dekat tudung ni." Kata Nayla dengan nada tak puas hati.

"Mak andam ni tak bagi aku malam pertama dengan Dayyan ke?" Gumamnya dengan nada yang sangat perlahan. Risau jika Dayyan dengar.

"Ishh!" Rengek Nayla dengan wajah sebek. Stress apabila tudung shawlnya itu masih belum dapat dileraikan. Ada yang dia koyakkan juga nanti.

"May I help you, baby."

Nayla mengerling seseorang yang berada dibelakangnya melalu pantulan cermin. Seketika anak mata Nayla terpaku melihat tubuh yang hanya dililit tuala pada pinggang. Air liur ditelan sebelum Nayla memandang wajahnya semula.

Gosh! Nak luruh segala usus dalam badan dia tadi!

"Nayla Madeeha." Seru Dayyan lembut. Kaki melangkah mendekati si isteri dengan senyuman senget.

Isteri.

"I-iya." Sahut Nayla perlahan.

"Aku nak tolong ni." Kata Dayyan selepas berdiri dibelakang Nayla. Rapat sehingga dia dapat merasakan haruman wangian Nayla.

"Tolong apa?" Soal Nayla polos. Lupa sudah tentang tudungnya yang masih tak buka.

"Turn around and look at me." Arah Dayyan senada.

Darah mula naik menyerbu ke muka. Terkelip-kelip dia memandang wajah Dayyan di pantulan cermin itu sebelum dia mengetap bibir perlahan.

Pusing? Kalau pusing nanti mesti benda pertama dia lihat adalah dada Dayyan. Kalau dia tersentuh macam mana?

"Sa-saya boleh buat sen-sendiri." Tergagap-gagap Nayla bersuara. Sebelah tangan naik mencari jarum diatas kepala.

"No. Aku nak tolong." Kata Dayyan sebelum dia menangkap tangan kecil itu. Dengan sekali rentap tubuh mungil itu pusing menghadapnya. Sebelah tangan naik memegang sisi pinggang Nayla.

Rapat Nayla memejam mata. Tak mahu rosakkan matanya untuk seketika walaupun dada bidang itu seakan-akan memanggil dirinya untuk disentuh.

"Bukalah mata, baby. Bukannya aku nak makan kau sekarang ni. Nak tolong cabutkan jarum aje." Kata Dayyan dengan senyuman. Nak tergelak pun ada. Haih, ingat berani sangat.

"Tapi awak tak pakai baju." Kata Nayla dengan dahi yang berkerut.

"So?"

"Ka-kalau saya tersentuh macam mana?" Soal Nayla ragu-ragu.

Senyuman Dayyan berubah menjadi senyuman nakal. Bibir dibawa rapat dengan telinga Nayla.

"I will do the same to you." Bisik Dayyan sebelum dia melekapkan bibirnya pada telinga Nayla yang masih dilitupi tudung itu. Ketawa kecil terlepas sebelum dia menarik tubuh Nayla kembali mendekat.

"Shh, please be a good baby boo. Nanti lambat pula kita nak solat asar." Kata Dayyan sebelum sebelah tangan bergerak mencari jarum peniti di kepala Nayla.

"Mommy ada pesan apa-apa selepas kita solat asar?" Soal Dayyan bagi memecahkan kesunyian di antara mereka.

Perlahan-lahan Nayla membuka matanya. Pipinya mula terasa bahang malu selepas anak matanya lurus memandang dada bidang yang tanpa seurat benang itu.

"Mommy suruh turun makan sebab tadi mommy kata kita makan sikit sangat." Jawab Nayla perlahan.

"And then?" Soal Dayyan lagi.

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now