BAB 21

3.1K 436 34
                                    

Nayla melangkah turun ke bawah selepas tidak melihat susuk tubuh suaminya. Sudahlah semalam dia kena unboxing lepastu pagi ini boleh pula tinggal dia. Dasar suami seksi!

"Day—" kelu lidah Nayla apabila anak matanya bertemu dengan anak mata Aeril. Bibir diketap geram.

Rival dia dah muncul.

"Sayang, come. Aeril datang bagi hadiah untuk kita." Kata Dayyan selepas melihat isterinya yang berdiri kaku ditangga itu.

Nayla menjulingkan matanya ke atas. Hadiah? Pftt! Padahal datang nak tengok buah hati dia kena rembat. Dasar budak gay.

"You're so sweet, Aeril. Untung Dayyan dapat berkawan dengan awak." Kata Nayla dengan senyuman palsu. Punggung dilabuhkan sebelah Dayyan. Rapat sehingga paha mereka bersentuhan.

"Sudahlah hensem, baik, ga—"

"Congratulations to both of you. Maaf sebab semalam dapat datang sekejap saja. Ada hal." Potong Aeril dengan senyuman tidak senang. Sesekali anak matanya menjeling wajah selamba Nayla.

"Eh tak apa. Janji awak sudi datang dihari bahagia kami." Kata Nayla sambil menekankan perkataan bahagia.

Dengan sengaja dia menjatuhkan sebelah tangan di atas paha Dayyan dan mengusap lembut paha itu. Anak mata tidak lepas memanah pandangan tajam Aeril.

Nayla 2, Aeril 0.

Mengecil mata Dayyan memandang tangan nakal itu. Aih semakin lama, semakin ke atas. Dayyan terus menangkap tangan itu sebelum digenggam lembut.

"Baby boy dah mandi?" Soal Nayla. Sebelah tangan yang bebas naik mengusap pipi Dayyan dengan lembut.

Terkelip Dayyan memandang wajah tenang itu. Anak mata perlahan-lahan turun memandang bibir yang setia tersenyum itu. Nafas dihela perlahan dengan mata yang terpejam.

"Sayang, saya tanya ni. Awak dah mandi ke belum?" Soal Nayla lagi.

"Dah mandi sebelum solat subuh. Mana boleh solat subuh kalau tak mandi sebelum tu." Balas Dayyan perlahan. Tak mahu orang lain dengar selain Nayla.

"Kenapa tak boleh?" Soal Nayla dengan senyuman nakal.

"Baby." Leret nada suara Dayyan.

"Ermm?" Wajah polos ditayangkan. Jari yang sedang mengusap pipi Dayyan itu turun menyentuh pangkal leher lelaki itu.

"Ada nyamuk ke semalam? Banyaknya merah dekat sini." Kata Nayla dengan tawa yang tertahan. Sekali lagi dia sengaja menekankan perkataan banyaknya merah.

Nak bagi orang tu panas.

"Ada. Nyamuk tu gatal sangat sampai dia tak berhenti men—" terhenti percakapan Dayyan apabila mulutnya ditekup oleh tangan halus itu.

"Tak manislah cerita depan orang single tu." Nayla memuncungkan mulut ke arah Aeril tanpa rasa bersalah.

"Aku ingatkan aku dah tak wujud dekat sini." Kata Aeril dengan nada tertahan. Sebelah tangan digenggam erat.

"Maaflah, Aeril. Belum puas nak bermanja dengan isteri." Kata Dayyan sambil memeluk pinggang Nayla. Ditarik tubuh itu semakin rapat.

"Jadi bila kau masuk kerja?" Soal Aeril sekaligus mengubah topik. Tak mahu tahu lagi hal rumahtangga Dayyan. Geli.

"Rasanya dua minggu lagi kot. Aku ambil cuti seminggu."

"Untuk?" Soal Aeril dengan dahi yang berkerut.

"Honeymoon." Balas Dayyan sambil memandang wajah Nayla. Sebelah mata dikenyitkan kepada isterinya itu.

"Muah." Nayla memuncungkan mulutnya tanpa suara.

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now