Bab 1

5.2K 516 148
                                    

Nayla dan Dayyan masih tadika...

Mata Nayla bergerak mencari susuk tubuh Dayyan yang dilindungi oleh kawan-kawan kecilnya. Nayla mendengus geram sebelum memeluk tubuh sendiri. Dayyan suka lari dari dia!

"Kita cuma suka Ayyan."bibir kecil Nayla bergumam. Terkebil-kebil matanya memandang jari-jemari kecilnya.

"Mommy cakap tak syalah suka lelaki."gumamnya lagi sebelum menghela nafas berat. Besar betul masalah Nayla ni.

"Dia ni anak yatim."ejek dua orang budak lelaki sambil menunding jari ke arah Dayyan.

Nayla mengangkat kepalanya dan secara tiba-tiba matanya bertemu dengan mata berair milik Dayyan. Boyfriend Nayla sad. Laju kaki kecil Nayla melangkah ke arah Dayyan dan dua orang budak lelaki tadi.

"Dia bukan anak yatimlah! Nama ayah dia Abdullah!"lantang nada suara Nayla mempertahankan Dayyan. Wajah garang ditayangkan kepada dua orang budak lelaki itu.

"Mommy kita kata tak baik ejek orang tau. Nanti masuk neraka. Awak tahu tak api neraka tu panas. Jangan sampai kita lempar awak dekat dalam sana baru tahu!"kata Nayla dengan wajah serius. Lengan baju disingsing sehingga ke siku. Nayla tiru gaya mommy marah daddy.

"Eleh, macamlah dia tahu neraka tu apa."kata seorang budak lelaki berbaju biru itu kepada Nayla dengan sinis.

"Kita tahulah! Daddy selalu bagitahu yang neraka tu untuk budak jahat macam awak! Awak baju biru dengan awak baju hijau memang sesuai duduk dalam neraka. Biar terbakar sampai hangit."wajah Nayla bertukar merah kerana geram dengan dua budak lelaki itu yang masih memandang sinis ke arahnya.

Pensil yang berdekatan dengan Nayla itu dicapai. Diletak mata pensil itu tepat dihadapan wajah budak lelaki berbaju hijau.

"Baik awak pergi sebelum kita cucuk mata awak!"lantang nada suara Nayla. Mencerlung tajam mata Nayla memandang budak lelaki berbaju hijau itu.

Bibir Nayla tarik senyuman sinis apabila dua budak lelaki itu berlalu pergi dengan wajah ketakutan. Mata dikenyitkan ke arah Dayyan sebelum dia melabuhkan punggung pada kerusi di sebelah Dayyan. Nayla dapat duduk sebelah crush!

"Ayyan jangan takut. Nayla boleh protect Ayyan macam Daddy protect mommy."kata Nayla lembut. Tangan naik menggosok rambut Dayyan dengan senyuman.

"Te-terima ka-kasih."ucap Dayyan dengan wajah merah menahan malu. Bibir diketap apabila mahu tersenyum.

"Sama-sama kasyih."Nayla menompang dagunya menggunakan tangan. Tak lepas matany memandang ke arah wajah kacak Dayyan.

Can't deny it anymore that Nayla is in love!

"Ayyan hencem."puji Nayla dengan mata yang bersinar-sinar.

"Nayla pun tan-tantik."Dayyan membalas pujian Nayla dengan malu. Langsung dia tidak memandang ke arah wajah Nayla.

Tangan Nayla naik menekup mulut sebelum bahunya bergerak kedepan dan ke belakang. Hati Nayla mula tumbuh bunga-bunga.

"Kita syuka Ayyan tau. Ayyan cuma boleh syuka Nayla. Jangan syuka orang lain tau sebab nanti Nayla sad."petah Nayla bersuara. Tangannya bergerak menyentuh tangan Dayyan dan ditepuk perlahan tangan Dayyan. Pipi Nayla mula berubah warna merah.

"Nayla Madeeha, mommy Nayla dah sampai."panggil cikgu yang menjaga kawasan tadika itu.

Nayla memuncungkan bibirnya sebelum berdiri. Beg galas bercorak princess itu diberikan kepada cikgu tadi dengan wajah masam. Mommy ni cepat sangat sampai. Nayla tak puas nak dating dengan Dayyan.

"Bye Ayyan. Jumpa esyok."kata Nayla dengan wajah muram. Diikut langkah belakang cikgu tadi sambil nenundukkan kepala.

"Na-Nayla."panggil Dayyan lembut. Tangannya memegang tangan Nayla dan dicium kekura tangan Nayla. Senyuman manis tambah malu diberikan kepada Nayla.

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now