BAB 22

2.5K 280 20
                                    

Nayla keluar dari elevator untuk menuju ke arah bilik pejabat. Lusa dah nak pergi honeymoon dekat cruise tetapi Dayyan masih sibuk dengan kerja. Senyuman Nayla berikan kepada beberapa orang pekerja yang menegurnya.

Tangan Nayla bergerak mengetuk meja Farid yang ralit menatap skrin komputer. Langsung dah tak sedae kehadiran dia kat sini.

"Eh Puan Nayla. Bila sampai?" Soal Farid sambil berdiri.

"Baru saja. Kusyuk sangat awak ni buat kerja." Bibir Nayla tersungging senyuman kecil.

"Nak jumpa Tuan Dayyan ke?"

Nayla menganggukkan kepala sebagai balasan.

"Masuk terus saja sebab Tuan Dayyan baru habis meeting. Jadi sekarang tengah free." Kata Farid dengan sengihan panjang.

"Free sampai bila?" Soal Nayla ingin tahu.

"Sampai lepas lunch. Lepastu baru Tuan Dayyan kena keluar jumpa dengan client pula." Balas Farid selepas menjeling sekilas jadual dinota kecil yang sedia terbuka.

"Okeylah kalau macam tu. Saya masuk dulu." Nayla melambai ke arah Farid sebelum melangkah mendekati bilik pejabat Dayyan.

Farid melepaskan ketawa kecil. Isteri bossnya itu comel.

"Aku bukan free ke Farid?" Soal Dayyan tanpa memandang ke arah pintu yang terbuka.

"Siapa cakap awak percuma?"

Dayyan mengangkat kepala dengan wajah tegang. Melihat wajah cantik dimula pintu itu membuatkan wajah tegang Dayyan mengendur dan bibir perlahan-lahan menarik senyuman.

"Baby." Sapa Dayyan manja.

Nayla melepaskan ketawa kecil. Pintu bilik pejabat Dayyan ditutup rapat sebelum dia melangkah mendekati Dayyan dengan senyuman lebar.

Tuhan saja tahu bertapa rindunya dia dekat Dayyan...Walaupun Dayyan keluar pergi kerja tanpa sampai tiga jam.

"Miss you." Tangan Nayla memeluk erat leher Dayyan sebelum bibir dilabukan ke dahi suaminya itu.

"Miss you too." Balas Dayyan sebelum mengucup puncak hidung si isteri. Tangan mula menjalar memeluk pinggang Nayla.

"Kenapa datang sini tiba-tiba?" Soal Dayyan. Pipi ditekapkan pada perut Nayla selepas isterinya itu berdiri tegak.

"Kan dah cakap rindu. Kalau dah rindu mestilah kena cari seseorang yang boleh buatkan rasa rindu ni hilang." Balas Nayla lembut. Kepala Dayyan diusap penuh kasih.

"Sekarang ni rindu tu dah hilang ke?" Dayyan mendongakkan sedikit kepala untuk melihat wajah cantik Nayla.

"Belum. Nayla baru sedar yang rupanya rasa rindu tu tak akan pernah hilang. Nayla nak biarkan rasa rindu tu ada jadi Nayla boleh rindu Dayyan setiap masa." Manis ayat Nayla.

Dayyan melepaskan ketawa kecil. Perut Nayla dikucup sekilas sebelum dia menarik tubuh kecil itu sehingga jatuh terduduk di atas ribanya. Bibir meliar pula mengucup pipi Nayla.

Nayla macam magnet. Sentiasa menarik Dayyan untuk mendekat.

"Aku rindu kau juga. Setiap masa aku tengok jam sebab tak sabar nak balik. Nak peluk kau ketat-ketat."

"Sudah. Susah Nayla nak bernafas." Nayla menepuk tangan Dayyan yang memeluk erat tubuhnya itu.

"Banyak ke kerja awak?" Soal Nayla. Pipi disandarkan rapat pada pipi Dayyan. Kena buat macam ni sebab nanti Dayyan tak berhenti cium seluruh wajah dia.

"Banyak sangat, sayang. Nasib aku tak marah waktu kau buka pintu tadi sebab aku tak suka waktu aku buat kerja ada orang dekat sekeliling aku." Balas Dayyan perlahan. Anak mata jatuh memandang ke arah fail yang masih terbuka. Tergendalalah sekejap kerjanya ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now